Monday, 20 January 2014

Au Revoir Kolej Seroja


Bismillah..

1st, final exam dah habis.Yahoo!

So let's packing things. Actually aku bukan semangat pun nak kemas nie. Rasa penat menahan mengantuk untuk study final belum habis lagi. Tapi terpaksa gagahkan diri mengemas, melipat dan membersih bilik.







Esok pagi , kena berangkat hantar barang di Puncak Alam pula. Fyi, next semester aku akan sambung di UiTM Puncak Alam pula dan akan kembali ke Shah Alam time master. Kehkehkeh. Insya Allah.

Segalanya dah settle. Sebelum keluar, kena clearance dulu dekat pejabat kolej, serah kunci , loading barang ke kereta dan bye bye Seroja dan Shah Alam :'(

So bermulalah kehidupan baru di Puncak Alam. Bye bye kucng kesayanganku di kolej kediaman.. Toro, Twins dan Bulat.. Lepas nie tak tahu mana diorang nak cari makan. 


Ini gambar Toro yang sempat aku snap petang semalam. Dia masuk dalam bilik masa Tia (roomateku) tengah busy angkat barang. Dia masuk senyap - senyap terus panjat tidur sebelah aku kat katil. Seriusly dia sangat over. Tido kalahkan orang.. Dekat sejam lebih lena kat katil aku..Gambar diatas nie Toro peluk tangan aku selepas mengeliat. Alkisahnya aku main hidung comel dia tu, then tiba-tiba Toro mengeliat terus capai tangan aku. Haihh la Toro, rasa macam nak bawa dia pindah sekali ke Puncak Alam. :'(

Apapun, banyak kenangan aku kat kolej nie. Syukur dapat roomates yang okey. Bilik yang selesa, dan kolej yang aku describe punyai banyak kemudahan sendiri berbanding kolej kediaman lain dalam UiTM Shah Alam ni. Then jarak kolej dengan kelas dekat sangat, atm bank pun dekat dan senang nak dapat bas. Hmm satu kelemahan, monyet je la yang suka bertandang waktu petang. Hehe.. Lepas nie dah tak ada dah nak kena serang dengan monyet-monyet kat sini. Haha!

Oh Allah, rasa macam baru semalam ayah , Abg Eman dan Kak Eja hantar aku kat sini. Kemas locker aku.. Hari nie dah packing semula masuk dalam beg. I will never forget my memories here :)

Good bye Chaos 1209
Good bye Seroja 1
Good bye UiTM Shah Alam

Au Revoir..



Saturday, 4 January 2014

Recap Moments 2013 & Azam 2014





Bismillah,

Salam tahun baru 2014!

Aku tahu hari nie dah 4 Januari. Busy study final plus Wi-Fi dalam kolej yang macam hampeh jagung , maka dengan itu aku tangguhkan dulu update entry baru. Hmm 2013 sudah pun meninggalkan kita. Well nice and challenging year for me i think.

So let reflash back moments menarik diriku dalam tahun 2013. Check it out!

1) Praktikal di Sharifah Nor Travel di Lumut

Aku praktikal situ dari bulan Nov 2012 sampai Mac 2013. Alhamdulillah walau macam macam perkara yang jadi, i learned many things, kenal bermacam orang. Hah experiences.. Dapat bertemu dengan orang yang tak sangka akan jumpa, yang sangat motivated and sharing experiences dgn aku but dah jarang contact sekarang.. runs event bersama Tourism Malaysia. Dapatlah tido hotel sekali. Okeylah sebab nya selama aku kat situ, Kak Pah tak pernah bawa pergi trip. So dapatlah two nights free kat Orient Star, Lumut :) Dan time nie jugak hal yang tak disangka berlaku, ada orang confess ayat-ayat cinta kat aku sebelum habis praktikal. Well.. sorry. Belum masanya dan bukan orangnya ;) Selama di Lumut, berkali juga aku travelling dengan Kak Ngah ke Pangkor. Yelah dekat sangat weh. Tiket pergi balik RM10 jer. Apa susah sampai pulau, sewa motor jer . Weeeee..


Kengkawan kita dekat booth Tourism Malaysia dulu :')


My niece Anis yang tengah tembam bam bam gile time tu . Masa cuti CNY tu 
abang ku datang dari KL melawat kita sensorang kat sinun. 


Bukti kita nie peserta Tourism Malaysia time tu.


BERCUTI!
Samada bersama keluarga mahupun teman-teman. Tapi bulan 3 hari tu short vacation dengan adik beradik aku. Buat BBQ and stay kat homestay di Cameron Highlands tajaan kak ipar ku terchenta, Kak Eja :D Best dan sangat best. Kena sangat dengan timing. Time tu aku pun macam perlukan masa untuk release tension dari bebanan praktikal. Spend time dengan nieces and nephews, seronok sangat. So lebih kurang family trip lah. 



Anak anak saya. Ramai tak? Semuanya merah kecuali my sayang, Khalisha.. Hehe


FRIEND'S WEDDING
Alhamdulillah Wanie sudah pun selamat menikah dan sekarang sedang menunggu kelahiran anak sulung pada akhir Februari atau awal bulan Mac. Syukur segalanya lancar. Wanie pun bahagia dengan suami tercinta, Efendi walau kerap ditinggalkan. Yelah, bini komando awok awok semua. Berkorban je lah.. Insya Allah cuti sem ni planning nak menziarah bakal mummy kita di Kedah nanti. Haihhh nak dapat anak sedara baruuu :') *call me Mama Katie*


Friendship forever Insya Allah :')


Officially husband and wife. Congratsss :D


Kenangan bersama teman-teman yang hadir bagi memeriahkan majlis..


MASUK DEGREE

Part nie, woahh moment terbesar kot rasanya. Memang bawa perubahan besar pada aku. Aku kena adapt new campus life. Beb, KPTM dan UiTM main campus tak sama okey. But biasalah, mana mana tempat baru kena adapt. Alhamdulillah makin okey hari ke hari. Aku belajar dari kesalahan dan kesilapan. Even selalu gelak, tak semestinya aku tak ada my own probs kan? Still ada. But kuatkan hati bila berdepan dengan problem tu dan think Allah is always beside us. :)

Degree time : kenal ramai kawan-kawan. Kawan berjimba still lagi Kak Ngah tercinta. Hahaha!. Kak Ngah or Syima Nadz continue dekat UiTM Puncak Alam. So tak jauh mana pun. Selalu jugak aku keluar dengan dia.Aktiviti wajib ialah makan ayam penyet dekat Nusantara, Seksyen 7 Shah Alam. Yang lain tu, haruslah kegiatan wajib iaitu menapak dari Kolej Seroja ke tempat-tempat yang kami rasa nak pergi. Contoh : Seksyen 2 ke... Seksyen 7.. Or also Plaza Alam Sentral. Bagi yang tak biasa, dorang akan kata penat tapi sebenarnya korang akan rasa dekat je. tak jauh mana pun. Lain-lain.. biasalah TS, Midvalley.. Setia City.. Hmm cuci mata.

Subjek degree? Hmm carry 9 subjects. Dua subjek tak masuk final iaitu Arab language dan ELC (BEL) kalau tak tahu lagi, Bahasa Inggeris :P Yang lain tue, Ekonomi yang aku menyampah gile tu, Hubungan Etnik (Sejarah SPM) hihihi dan other tourism subjects. Banyak juga yang aku study tu lebih deep. Macam Front Office Management. Research pasal hotel.Park Rec: Research kat Taman Botani, Putajaya.. Macam macam lagi.


On my way to Putrajaya. 1st time naik ERL. Ngeee


Ni masa research di Taman Botani Putrajaya. Geng dengan Fyqa & Fanaa.



Berjimba timeeee dengan Kak Ngah di Setia City Mall.


Kengkawan kelas kita yang sama-sama join kontinjen fakulti di
majlis penutupan Sukan Antara Fakulti (SAF) bagi tahun 2013.


KONVOKESYEN DIPLOMA

Most memorable. Alhamdulillah dengan izin-Nya, aku dapat jugak genggam segulung diploma. Aku syukur usaha dan lelah selama nie, berhasil. Hadiah khas buat orang orang yang berada dengan aku time susah.. Abg Eman, Kak Eja, Abg Lan dan juga Ayah.. :') Insya Allah aku cuba berjuang habis-habisan untuk degree pulak. Moga dipermudahkan. Mana nak tahu, dapat ANC :P aminnn! Hehehe. Paling penting time konvo tu, tercapai juga dua hasrat aku.. 1) Nak bergambar famili. Nak cukupkan semua adik beradik dalam satu gambar. 2) Dapat empat bouquet of flower dari seorang satu abang. Hari hari aku dok membelai bunga-bunga tu. Bunga hidup pulak. Jenuh nak bawa balik kampung. Cuma bukay ayah bagi tu je masih simpan kat kolej. Buat teman malam :')


Hanya tiga yang aku bawa balik ke kampung sebabnya bunga hidup. 
Takut layu pula kalo tinggalkan dalam bilik.
Abg Long : Purple
Abg Eman & Kak Eja : Red & Yellow
Abg Lan & Kak Erna : Peach 
:)



Gambar kenangan bersama bekas rakan sekelas diploma dulu :)



Mak buyung kita, Wanie yang awal awal lagi dah buka jubah. Panas dan penat katanya. Ihik.
Haaaa yang aku pegang tu lah peneman tidur malam kita sekarang :')


Long time not snap a picture with this man... Ayah and his little cute girl :)


Ucapan istimewa dari mereka yang ada dengan aku, susah dan senang. Terima kasih kalian :")


PORT DICKSON & REUNION KAWAN SEKOLAH

Aktiviti overnite pertama dan terakhir bagi tahun ini. Overnight di Port Dickson. Girls day out. Lama tak jumpa Noomie. So sekali dia datang bawa dia jalan sampai PD. Sampai jugak. Teringat pada seseorang yang pernah ajak datang sini ambik kucing. SObss O.o..  Sewa kereta dan esoknya ke Puncak Alam dan Sungai Buloh. Kat Sungai Buloh tu datang kenduri kawin kakak kawan sekolah, Fifi. Dah lama jugak tak jumpa, finally bertemu juga di kenduri tu. Time tu adalah jumpa kawan lain seperti Fendi & Qilah. Seronok. Rasa macam semalam je aku tingkatan dua dan rasa macam semalam Fifi pindah dari Taiping ke Sg Buloh. Time flies kan? 

PORT DICKSON
  





No need to say anything.. Memang semua feeling lepas tension. Sengih jer memanjang. Hehehe.
Harap dapat datang lagi lepas nie. Amin :')


SG BULOH



Aku tak tahu apa yang kami tengah gelakkan tue, yang pastinya kelakar! Hihihi.
 See! datang rumah Fifi,
aku songlap bunga ros kat meja bawa balik tapi dah minta izin tuan rumah yer. 
Oh I'm so crazy when see roses. Feeling calm :)


Masih banyak moments yang lain yang agak memberikan kesan. Tapi cukup lah hanya aku yang tahu. Bagi aku, 2013 adalah tahun permulaan untuk aku keluar dari comfort zone. Moga 2014 dapat memberikan 1001 kekuatan untuk aku terus kuat, tabah dan aiways motivate to achieve my goals. 

Aku ada baca balik azam tahun lepas dan re-checking back samada tercapai atau tak. Hmm rasanya 50-50. kikikiki. Meh aku mulakan dari yang dah tercapai:-

1) Berjaya dapatkan asset
-Motor dan phone baru. Jenama tu hanya aku dan yang terdekat dengan aku jer tahu okey? Biasa jer tapi cukup untuk sekrang. Nak lebih, kita usaha lagi time kerja.

2) Spend time with family
-Rasanya aku cukup spend masa menganggur hari tu kot. Hmm cukup rehat dah empat bulan dok rumah tak kerja. Hmm tiba masa kena kerja keras pula.

3)Heart Feeling
-Even sometimes terbabas crush pada seseorang , but no worries. Now dah kembali ke normal. Masih fikir tapi tak payah kot nak fikir beria. Ye dok? But.. Hmm nevermind.

Yang belum atau susah nak capai.

1) Jaga solat awal waktu
Aduhhh. kelalaian sokmo. Tapi terus perbaiki diri untuk solat awal lepas azan. Doakan aku.

2) Travel Bandung.
Belum cukup duit nak ke sana. Teruskan usaha menyimpan duit untuk itu. 

3) Tidur awal 
Masih mencuba hari ke hari. Selalunya aku akan lena pada pukul 1 ke 2 pagi. Susah betul nak lena awal. Takpe, itu azam untuk tahun nie. 

4) Minum banyak air masak.
Bukanlah aku tak sayang diri, tapi aku masih kurang minum air masak. Ya Allah, apa nak jadilah dengan aku. Okey itu pun azam kedua 2014 aku. Hikhik

dan untuk 2014 ..

aku nak tambah azam

1) kurang pakai mekap
2) be punctual
3) motivate always
4) menabung
5) cari sendiri jawapan. Hahaha setakat itu jelah boleh kabor ke kamu. 

Well.. Happy New Year uolls. 

Sempena new year, belog ini jug dah ada new domain name... 


Hidup perlukan perubahan. Walaupun suam suam kuku. Takpe. Improve sikit sikit. 

Pelajaran 2013 : 
"Apapun masalah yang datang, hadapi dengan tenang dan jangan mengeluh. Allah nak uji hambanya supaya kuat.."-CK,2013 

Till then,

Doakan aku jawab paper final dengan baik eh?

:)
















Friday, 13 December 2013

Sukan Antara Fakulti UiTM Shah Alam


Bismillah.

Gettin here. Lama dah aku nak update story nie tapi disebabkan line yang sangat sucks! Hmm faham je lah.

Majis penutupan SAF malam tu memang sangat meriah. Aku pun ada turut serta masuk kontinjen bagi mewakilkan fakulti aku Pengurusan Hotel dan Pelancongan (FPHP) setelah bermati-matian menolak untuk join. Akhirnya join jugak even terpaksa.

Yup terpaksa memandangkan malam tu, fakulti aku jadi tuan rumah bagi SAF kali ini. Tapi terus terang aku kata, lepas join kontinjen, aku rasa aku baru mengenali kawan-kawan course lain. Hahaha pelik kan? Then aku juga baru lah kenal budak tourism dari kelas lain. Nak dekat sebulan lebih baru nak kenal orang.


Terima kasih untuk kenangan ini. Memang malam tu meriah plus sangat merelease kan otak yang sedia serabut. Rasanya kalau tahun depan tu, mcm nk join lagi sekali. Maybe inspired from other faculties kot. Seriusly dance fakulti lain sangat sangatlah awesome. Nak dicompare kan dengan kami, hahaha jauh bezanya. Yang paling awesome ialah Fakulti Law.

Till then.. 

:)


Sunday, 1 December 2013

Konvo Diploma


Bismillah,

Yeay! Officially graduated!

Short speech, keh3..

Thank you to my lecturers at KPTM Alor Setar, my fellow friends.. HMians HM111, my besties.. my family and to our lord, Allah Swt. Surely, i am so proud of myself. Bila memikirkan zaman diploma, i continued with my own efforts. Alhamdulillah, berbaloi.






Hehehe.. still ada satu lagi. fuhh.. semoga degree ku berjalan lancar. amin

Sunday, 3 November 2013

Pre Graduation of UiTM

  
Bismillah..

Hari nie bertarikh 2hb Nov 2013, aku ke Dewan Agung Tuanku Cauncelor (DATC) , UiTM Shah Alam.

Al-kisahnya, kena ambil jubah konvo dan rehearsal untuk konvokesyen. Alhamdulillah, a lil more steps to go before graduate officially :) Tapi tadi, aku ke DATC agak lambat dari kawankawan yang lain. Sebabnya, aku kena pergi print borang Kajian Pengesanan Graduan dekat Seksyen 2. Tetiba pulak, cyber cafe Kolej Seroja tak buka 

A few steps jugak nak konvo nie. Usually korang kena follow steps yang diberi. 1stly, korang wajib buka website Konvokesyen  untuk ikuti peringkat-peringkat sebelum graduate. Alhamdulillah semua lengkap dan run smoothly. 

Ada beberapa perkara penting yang make sure korang kena ada time konvo : 1) Borang Jubah  2) Resit Pembayaran (Bank Islam)   3) Borang Kajian Pengesanan Graduan. Macam aku tadi, itu jer lah yang orang UiTM mintak. Semuanya lancar walaupun ramai gile orang kat DATC tadi. Plus, aku datang lambat dekat pukul 4 sebab aku jalan kaki dari Kolej Seroja ke DATC (bersebelahan Kolej Perindu). 

Gambar dicilok dari belog INI


So take time jugaklah kan nak berjalan. Maklumlah, jalan sini berbukit bukau. Ingat nak tunggu bas tapi bila mengenangkan cuti weekend, bas macam lambat, aku jalan je lah keseorangan pun. Tak jauh pun dari tempat aku tu ke DATC IF naik kereta etc.. tapi turn to WALKING , memang agak take time. 

Sampai kat DATC, ramai lah bakal-bakal graduan dah ambil jubah. Siap photoshoot depan dewan lagi. So terus beratur then masuk dalam dewan, serah borang untuk cop, dapat beg Konvokesyen yang dalamnya ada sticker and kad jemputan untuk tetamu. 

Tema konvokesyen kali ini

Lepastu, masuk stage kedua, ambil jubah dekat bilik penyimpanan jubah. Tetiba rasa awesome kat situ sebab banyak jubah grad. Hahaha perak kan aku? :P

Dapat jubah, terus pegi fitting dekat toilet dengan Naquyah. Lepas aku rasa jubah tu macam okey, aku proceed untuk join budak kelas diploma aku ber"camwhore" dengan jubah yang baru dapat. Well semua nak instagram, WeChat and so on.. ;)




 Mixed feeling pakai jubah konvo.Hahaha





 Agak-agak ayah bangga tak tengok little cute girl dia? :)

Fellow friends during diploma time, Heeee 

Lepas camwhore, pergi raptai. Tak ramai yang attend pun. Adalah dalam seratus orang. Aku rasalah.. 
Bila pihak uitm tunjuk video Istiadat Konvokesyen yang sebelum nie, terasa cuak dan takut. Hahaha 1st time nak konvo kan? :'D

Well, sampai sini sahaja.. tunggu entry konvokesyen pulak. 

Till then u'olls,