Sunday, 9 November 2014

TO WHOM IT MAY CONCERN




MULANYA CINTA


Tiada sesiapa dapat melupa
Perasaan cinta pertama
Akan ku ingat selama-lama
Saat pertama jatuh cinta


Kasih sayang senyum mesra bersama
Gurau senda pujuk rayu mu
Pastiku ingati..
Apapun juga akhirnya

Aku kan tetap mengingatimu dengan setia
Walaupun kau akan pergi
Pastiku ingati gelora cinta
Kali pertama..





#PausInMemory :'(


Thanks for everything


Bismillah..

Disaat dihimpit kesusahan..
Perkara paling yang diperlukan adalah sokongan.
Terima kasih sahabat.
Tak sangka bila aku berdepan kesusahan to the max nie
Dia hadir memberikan pertolongan tanpa ragu.
Terima kasih.. Nur Syafawati..
Semoga Allah SWT membalas kebaikan akak.






And the last but not least, 
Nyawa selama berada di Puncak Alam..
Yang sangat bersabar dengan setiap perangai aku
Yang menjadi tempat meluah perasaan..
Dan semualah.. :')

Fanaa Daisy :)


Latest picture of us


Dan kawan-kawan lain juga.. 

Till then..


Love,
Cik Katie

Wednesday, 17 September 2014

Week 2 dan Sem 5


Bismillah..

Dah masuk kedua bagi semester 5. Masih tak dapat menempatkan kat mana-mana bilik di kolej kediaman. Sedih rasa tapi nak buat macamana. Pasrah je lah menunggu budak-budak diploma nak keluar bulan 10 nie. Ohmai! A month to go.. Hish.. So skarang, memang tengah merempat je kat bilik tv kolej. Ramai lagi yang datang merempat kat sini. Syukur lah ada tempat tinggal. Selesa even tak selesa macam kat bilik kolej, mak redha je. Aku tak kisah asalkan dekat nak g kelas. Huhu.. Nanti bila kawin dah ada anak, aku nak story kat dorang kisah nie supaya jadi motivasi betapa cekalnya mak dorang nie. Kahkah. Lambat lagi kot :P

Now, memang aku selalu ulang alik Ampang-Palam-Ampang. Hari yang takde kelas, memang dengan segera aku akan blah merempit balik rumah kat Ampang (nak balik taiping jauh sangat). Rasa macam dah makin independent since balik Palam je, dah takde abang aku hantar. Memang sekarang, aku guna cukup-cukup motor tu kalau nak g mane-mane.

Bahaya?

Memang ramai macam kata.."EH, tak bahaya ke balik naik motor?"

Naik apa pun bahaya. Even jalan kaki pun boleh kena langgar. Tawakal je lah kat Allah(Swt) moga dia permudahkan perjalanan pergi-balik. Lagipun, jalan menuntut ilmu. Tak gitu? Hahaha macam ustazah pulak tetiba. Yelah, kenalah cekalkan hati. Buat masa sekarang, aku macam okey je balik naik motor. Even dekat highway Kepong-Batu Caves-Hulu Kelang tu memang tersangatlah jem then sampai Ampang pulak memang sangat banyak kereta (MRR2 especially), dah macam boleh asah skill cilok mencilok. kikiki.

Actually kan..

Aku ada presentation esok. Tercurikk masa kejap udate belog. Really want to share this story here.So that, bila aku dah senang nanti, aku boleh flashback balik zaman kesusahan. :P

Okey lah eh.. Nak buat slide presentation kejap..

Till then..


Friday, 29 August 2014

Untold Stories


Bismillah.

Dah habis bulan raya.

Lepas cukup seminggu raya, aku balik KL semula utk part time kat tempat lama. Dari aku habiskan beras baik aku menanam beras supaya tak habis time tengah tengah sem nanti.:P

Banyak untold stories yang belum dikapochikan dalam belog nie. Ahaks.

1) Tahun nie, aku dapat anak sedara baru yang ke-9. Ahaks. Baby Nurratul Dhia Amanda Binti Shariman nama diberi. Comel dan sejuk mata memandang. :) Paling kelakar, kak ipaq aku sempat jaa temankan aku beli baju raya a day before dia bersalin. Gile kental tuuuu. Hihihi. So masa orang busy nak beraya lagi dua hari, baby Dhia lahir. Adui la adik, nasib la tak kuar masa orang nk semayang raya. Anyway, dah selamat semua. Alhamdulillah. Satu rezeki dari Allah yang maha Esa buat keluarga kami :)



"Ramai yang kata nama Amanda nie selalunya cantik. Maka dengan itu membesar lah adik dengan cantiknya bukan sahaja pada paras rupa tapi dalaman juga. Jadi lah seorang puteri yang dapat menyejukkan hati ibubapa mu dan berjaya lah di dunia dan akhirat. Ikutilah panduan agamamu, Allah itu tuhanmu, Nabi Muhammad SAW itu rasul mu, Al Quran itu panduanmu.. Insya Allah , Dia akan menjaga mu dunia dan akhirat, wahai anak saudaraku.. Amanda"



2) Oh lupa pulak last entry pasal exam. Aku passed all papers but not flying colors. Sadis kan. Tapi aku redha. Kalau hal macam tu tak jadi, aku takkan tahu the true colour of others behavior. Dan attitude. Aku pn admitted. Aku pun ada salahnya. Aku sangat berharap aku dapat ubah semua tu in next sem. EH korang jangan salah anggap. CGPA aku still okey la. Cuma dulu kan near to dean list.but this sem, a bit decline. Dah la wei, malas nak taip hal tu.

3) Lately, aku ada plan about biss dengan 3rd bro. Actually dah lama sembang since Ramadhan lepas kot. Cuma aku lebih rasa serius bila equipment semua dah ada depan mata. Maknanya sekarang, aku kena polish balik skill adobe photoshop yang sedia berkarat. Gile kot. boleh pulak benda simple aku boleh lupa. Haishh. Padahal, masa aku praktikal kat Lumut dulu, selalu je aku create my own broshure and segala mak nenek travel promotions dengan adobe photoshope. Barangkali agak haru biru sikit since lappy acer merah aku buat hal dek someone yg crush gila kat aku try utk repair lappy then akhirnya.. bummm! terus rosak. Ermm not really. Rosak teruk lepas ... erm malas nak nak cakap. The end. So now lappy merah dah jadi tempat nephew aku, Ikmal layan RM full episode. Walaweh. Jangan besar nanti gila k-pop udah. :P

Aku bukan apa.. Soal business nie.. Ak lebih kepada nak bantu keluarga. When family is happy, i'm also happy. Percayalah, walau luaran aku sometimes macam pentingkan kawan, tapi sebenarnya aku selalu akan fikir family dulu. Hati orang, orang takkan tahu. Hanya Dia yang tahu apa aku fikir dan angan setiap hari.

Okeylah.. mengantuk dah nie..



Credit to Incik Gugel.




Till then..

Thursday, 14 August 2014

Cekal Hati


Bismillah..

Around 02.56am..

Badan dah letih. Penat kerja pun tak hilang lagi. Tengah tunggu result exam kat emel. But still nothing. Senang cerita, aku check esok je lah by 9am thruu UiTM portal.

Seriusly.. seriusly.. aku takut but sometimes macam takde perasaan.

Aku dah buat sebaik mungkin. Tak tidur malam pasal esaimen. Ya Allah, please ease everything!


And one more thing..

Lately, i've been experiencing feeling that very very hard to describe towards something.

Segala yang ada di langit dan bumi ini adalah milik-Mu. Ku menyusun jari kesemua sepuluh ini memohon permudahkan segala kekusutan ku dan berikanlah diriku petunjuk yang jelas.Amin..