Wednesday, 28 January 2026

My Baby Boy :')


Assalamualaikum 

Lama ya tak posting since 2019..
Lot of things happened

Last entry aku tahun 2019
Selepas raya aku disahkan mengandung

Trimester Pertama
Selepas check UPT, naik dua line. Aku bagitahu suami.
Dia gembira namun kami ambil pendekatan utk taknak bercerita lagi
Selang beberapa hari aku demam, muntah, mual senang ckp lembik
Pergi KK Jalan Macalister, doktor suruh check UPT 
Ya memang confirm mengandung
Terus ke KKIA sebelah utk buka buku pink
Bermula episod tak lalu makan. Nak luah segalanya.. 
Lastly warded di Hospital Kepala Batas sbb kebetulan time tu suami ada kerja kt situ
Niat aku nak jumpa doktor je. Lepas post dekat IG , kantoi semua tahu berita pregnancy
Masuk wad kena masuk air sebanyak 10 bag. Dehidrasi kata doktor
Lepas tu, makan nasi dan kangkung belacan je yg aku lalu
Air pun air sirap. Berat turun banyak. Makan apapun tak lalu.

Trimester Kedua
Aku dah cergas, kuat dari sebelumnya
Ada beberapa benda juga yg aku mengidam nak makan
Contohnya : bihun singapore dan sambal kicap. 
Aku bangun tengah malam masak sendiri. Lepas tu ais kacang 
Abahnya pun mengidam pizza. Tak banyak sangat aku mengidam. 
Rezeki kami dpt kuarters. Masuk pindah tu aku kemas sikit. 
Terkejut tiba-tiba baby tak bergerak sangat. Bila pergi KKIA, diorang tak percaya
Diorang cakap baby aku okey je. Tambah pula aku belum lagi start kiraan kick baby.
Aku mengandung anak pertama. Mmg overthinking la kan.
Alhamdulillah baby okey. Sihat je.
Oh ya satu lagi, aku teringin aiskrim McD. Pernah sekali leka makan ais krim,
Aku  jatuh di kawasan parking dan lutut kedua belah tu berdarah.
Husband kerja jauh. Di seberang time tu, Aku pelan-pelan drive balik. 
Sesampai dia di rumah, kami ke HPP utk check baby. 
Alhamdulillah baby okey. Mama dia je luka sikit dkt lutut.

Trimester Ketiga
Aku kembali alahan yang sangat-sangat teruk.
Pergi kerja kena bawa payung sebagai tongkak
Pinggang sakit sangat2. Batuk pulak mcm nak terkeluar tekak.
Berlarutan dari Krismas sampai ke CNY. Aku mmg lemah sangat waktu tu
Tambah ada sedikit tekanan lain kdg2 aku tak tidur malam fikir hari-hari
Sampai tarikh checkup terakhir di KK, mereka check degupan jantung baby
TIADA! Berkali-kali takde. Doktor check takde!
Diorang suruh pergi PAC HPP. 4-5 kali pakar check, baby dan meninggal dalam perut

Dunia aku terhenti. Apa yang jadi? Aku buat salah apa ?? Kenapa jadi mcmni?
Doktor suruh dtg semula esok utk induce. Mlm tu kami balik Semeling dgn hati yg berkecai
Aku menangis tak berenti. Mak mertua diam je. Bagai menghormati aku waktu tu
Takda tanya panjang. Diorang bagi aku rehat dan aku betul2 menangis tak berhenti

Esoknya aku masuk wad
Induce pertama : ubat. Tak jalan. 
Induce Kedua : belon. Tak jalan jugak. 
Aku jadi letih. selepas 5hari di wad, doktor suruh balik dulu
Biasalah anak pertama. Kemudian, aku discharge. Hari jumaat. 
Suami belikan air kepala buat penenang hati. Kami xde sedih xde apa. Masing2 menahan perasaan
Dalam hati tiada siapa yg tahu. 
Malam tu husband belanja makan McD. Lepas makan, aku jalan sekitar rumah. Naik tangga
Aku ckp "Mama redha Adam. Takpe. Keluarlah sayang. Mama okey"
Malam tu ramai berkampung di rumah aku. 

Pagi subuh tu mula kontraksi. Secara natural.
Mak masak nasi goreng. Makan semulut dah tak lalu.
Perut dah start kontraksi. Tunggu sampai pukul 11.30am. 
Aku mandi,siap2 nak ke Wad Bersalin. Pukul 1 ptg tu ya Allah nak menapak ke kereta pun sakit sgt2
Husband pegang tangan dibelakang, adiknya tlg drive ke hospital.
Jalan Masjid Negeri ke hospital tu jem pulak ahhh stress!
sampai wsd, diorang suruh tukar check bukaan dah 3cm
lps tu tunggu wad dekat dgn LR. Dahaga sungguh. Tunggu air dr husband tak sampai
rasa nak marah pun ada. Lidah tak berhenti zikir Nabi Yunus A.S
Lepas asar tu masuk LR bukaan 6cm
Tgh tunggu doktor deliver katil depan aku tu, sis tu dapat anak perempuan. 
Bersorak satu LR nak sambut baby girl. Ketuban pecah, nurse tukar sheet.
Senyap sedikit, aku teran sorang-sorang. Maka berlarilah doktor2 ke tempat aku pula
2-3 kali teran akhirny Adam lahir ke dunia namun hanya jasad sahaja
Doktor nangis, Kata nak pegang tak? Aku waktu tu tak mampu dah nak buat apa
Lemah sangat. Husband tengok Adam lepas tu mereka bawa kerumah mayat
Suami bg kata kata semangat
Kemudian hadap jahitan pulak. Warghh Terasa sangat jarum menembus. Fuhh

Siap semua around 8pm. Aku ditolak ke wad semula
Mandi, segarkan badan
Husband bawakan nasi panas2 dan ikan bilis 
suapkan aku. masa tu aku makan berselera sgt.
mlm tidur tu baru rasa nyenyak. mungkin sbb satu beban dah hilang
selagi tak bersalin, selagi itu org bertanya tak keluar lagi ke? sampai fedup aku nak layan

Ahad tu 
Aku discharge bersama Adam. Aku, suami, ayah aku dan abg2 aku menunggu di depan bilik mayat
Adam kaku berada di pangkuan aku. Suami aku mengucup pipi Adam
Dia mmg sentiasa ada dan kuat bersama aku. Tak pernah menyalahkan
Mak mertua pun sama. Mak nangis kata cucu mak dah pergi syurga dulu
Kita ni belum tentu. Aku sayu tapi aku kaku tiada reaksi.
Sampai di Semeling, saudara mara dah sambut Adam. Ramai sayang dia walau dia tidak bernyawa
Yang memandikan Adam, Kak Ilah, kak angkat suami. Menitis mata. 
Sayu suasana ketika itu. Air mata aku menitis. Jiwa kosong. Tenang. Tak macam hari pertama aku tahu Adam meninggal. Aku tenang. Aku redha cuma air mata turun tanpa esakan, tanpa sedu sedan

Maka berakhirnya kisah aku dan Adam..
Allah pinjamkan 38 minggu dalam kandungan
Seminggu sebelum Covid-19 melanda
Waktu bersalin tu, kami stranded di Semeling. Aku ketika itu tengah berpantang sama
Walau begitu, dia cukup sempurna
Kakinya panjang sama mcm aku
Wajah mcm abahnya. 
Kadangkala bila tengok Adam nampak mcm suami tengah tidur

Adam pilih menjadi anak syurga dikala dunia gempar dilanda Covid-19
Ya lama kisah ni aku pendamkan
Aku menulis di sini utk ingatan suatu masa nanti
Yang aku pernah mengandung, bersalinkan seorang bayi
Till now, aku masih belum ada rezeki
Aku redha. 
Aku harap aku stabil dan sihat walafiat
Itu pun cukup bersyukur bagi aku

Till now, aku masih takde rezeki untuk mengandung semula.
Aku mcm dah redha
Aku mcm kalau ada, adalah.. Kalau takde, aku redha
Aku serahkan urusan itu kepada Allah. 

Demikian itu kisah Mohd Adam Muqri
satu-satunya anak aku dan suami

Yang ada sekarang, anak bulus je
Chiko and furfriends..
Tapi itulah diva sikit Chiko tu. BSH kan..
Berlagak, tak suka dipeluk, digomol
Macam i need my own privacy gitu

Terima kasih sekiranya ada yg membaca
Tapi aku rasa,aku je kot yg baca HAHA

Till then

Monday, 1 April 2019

Mama

Salam 1 April 

Harini terdengar conversation officemate dengan mak dia.

Tiba-tiba aku pun jadi sebak tapi tahan je la air mata.

Tiba-tiba macam terdetik, macam mana la kalau arwah masih hidup?

Macam mana cara kami bersembang?

Satu perasaan yang sukar nk explain. Betapa kadang-kadang aku rindu nak gelak-gelak dengan mama.

Nak menyakat dia. 
Nak peluk-peluk dengan dia. 
Nak request makan sedap-sedap. 
Nak clingy dengan dia waktu sakit. 
Nak sembang panjang dengan dia. 

Mama meninggal masa tu aku form one. Muda sangat.

Teringin aku nak tengok wajah dia bila aku dapat result spm.
Tengok aku dapat ijazah. Naik pentas masa grad. 
Paling aku teringin menjadi orang paling dekat waktu aku nikah, 
Tapi itulah salah satu nikmat dunia, kasih sayang dan doa ibu tu dah takde.
Bermula saat arwah mama kembali ke Rahmatullah.

Mulai detik tu, aku jadi tak reti.
Mak mentua aku baik tapi aku tak reti nak lebih-lebih.
Sebab aku hormat dia sebagai mentua.
kadang aku jadi tak reti nak layan.
Dekat 13 tahun aku hidup takde mak. 
Yang besarkan aku pun abg dan kak ipar aku.

Orang tak faham apa yg kita cuba kata.
Tak akan faham sampai dia sendiri yang kehilangan ibubapa.
Luar nampak aku happy enjoy life.
Sedangkan dalam hati ni, bila terdetik pasal mama
Mesti aku kalah. Air mata mula berlinang.
Tak mudah untuk kita belajar hidup berdikari.


Semoga aku terus kuat dan cekal hati.
Aku percaya mama pun tak suka tengok aku lemah.
Sebab mama juga seorang yang kuat semangat.
Walaupun dia ada sakit jantung, 20 tahun lamanya dia fight.
Aku tetap bersyukur Allah bagi masa hidup 12 tahun dengan mama.
Kenal mama. Merasai kasih sayang nya walaupun sekejap.
Mungkin akan ada lagi yang lebih sedih daripada aku.

Al Fatihah untuk mama. 

Yang sentiasa ada dalam doaku sentiasa..

Wednesday, 20 March 2019

Meet my husband :)


Salam my little blospot!



I am sure no one will read this. 

But i want to post here. mana tahu one fine day, my children will able to read his/her mom's babling :P

30.11.2018

I am officially as a wife to Encik Mohd Safuan after 10 months 'ikat tepi' or orang panggil 'engaged atau bertunang'. The majlis held at Mali Home , Assam Kumbang which located at the centre of Taiping. Well , the majlis went smoothly. Thanks to my kak ipaq, Kak Eja. She is the one who struggling managed everything. Daripada catering, bridal, hantaran and so on. Same goes to my beloved brother, Abg Eman :)

Meet my husband :)

He came from Sg Petani. 7 years older than me. Chubby cheeks but he denied. He told that he was a handsome guy. Kacak katanya *muntah pelangi :P*

Dear husbaby,

Eventually, you are able to tied me as your wife legally.
Able to sekali lafaz nikah on our solemnization.

We made a plan to married. Alhamdulillah, Allah has made it comes true.

I am not promise you to be a good wife. But i am promise to learn be your good wife as much as i can . We still undergo learning process to know each other, what your likes or dislikes, and and and i am trying to adapt to in love with your hardcore hobbies such as badminton and football. It is not easy for me who is very dislike to sports activities. Please guide me and support me ya!

I knew you are strong. We still new in this relationship. However we go through this together. I will stand at your behind. Insya Allah. 

I always pray to Allah for His blessings, guide us to the right path and .... its okey i will finish the duas in my prayer. *cakap sikit-sikit udah le, nanti org tau :P*

Thanks again B . I love you to the moon and back *mini love*


Sincerely your wife,

Wednesday, 20 July 2016

Nature Guide Course at Segantang Garam, Merbok.

Assalamualaikum

Well its been a year i've left this blog over..


Okey let's start!


After two months after graduation, i joined a nature guide course at Segantang Garam, Merbok Kedah. The place that i found my cinta hati :P 
It was enjoyable course.  Guided by PERHILITAN , TOURISM KEDAH, MOTOUR, ICU PENANG and PPK Merbok. Thanks to Mdm Lenee, my former lecturer during my diploma. She was the one at my behind of my success to get the license as a Qualified Nature Guide for Kedah/Perlis region.

Here my senior guide , En Faizy. Got lots of knowledge both in nature and city guide. 


My teammates :)

My sempoi facilitator , Che Wan. hehe.. Pls ignore that oily face. Affected by the breeze of sea water for 18 days Yes , we stayed at floating house called as Chalet Terapung :D

Fellow friends that closed to me .. Bal Renjong and Jenab. 
Oh ya, at behind? :P later will talk about it.

Kayaking.

Sunset beautiful and calmy.

My adopted mama's floating restaurant :)



My 1st time ever here .. Semeling near to mangrove exhibition centre .




It was a beneficial course for me since i am degree holder in Tourism Management. I think it crucial to have that license. Most important , knowledge that i gained from the course. Yes.. :)


Talk to you later..

Love,
Katie
July 2016

Monday, 22 June 2015

Happy Father's Day & Ramadhan 2015


Bismillah..

This 'Happy Father's Day' wishes goes to my beloved ayah (yg kini berada di perantauan.. eh JB ;) ), Shamshul Kadri and also to all my elder bros.. Masrul, Shariman & Ahamad Mazlan.




Not only dad but also to my bros.. The best men that i knew through out of my life were you.

No words can describe how much i love you.

I don't know how to reward on your kindness in raising me during i lost our mom.

Some of you have took care good of me from my school time until here.. university life.

You have take place as my brother also as my father.

Thank you for everything. May Allah rewards all of your kindness :")

And Happy Ramadhan guys !