Friday, 28 December 2012

Simple Facts about Me


Bismillah..


Aku dapat dari belog Kak Raihana. A Tag "Simple Facts About Me"  :) Jom buat!

1) I'm Malaysian female and Sagittarius.

2) Anak tunggal perempuan & bongsu dari empat adik beradik.

3)Arwah mama aku meninggal ketika aku berumur 13 tahun bersamaan form one. pada tahun 2005.

4)Born on 7th December 1992 selepas 51 tahun Pearl Harbor diserang pihak tentera Jepun ;) pada pukul 04.41am hari Isnin ketika hujan lebat diluar hospital. Aha.

5)Origin from Taiping, Perak. Dilahirkan, dibesarkan dan disekolahkan.Pernah tinggal di Alor Setar selama 2 1/2 tahun untuk kursus Diploma, now di Lumut selama 4 bulan untuk praktikal.

6)Love reading newspaper & magazines. tak kesahlah baru atau lama.

7)Peminat tegar Laksa utagha.

8)Pemegang lesen motor seawal umur 18 tahun dan lesen kereta pada umur 20 tahun. Now dah lesen full.

9)Suka Twitter daripada Facebook.

10) Belum berkahwin dan bercita-cita untuk sambung Master sebelum umur 30 tahun. Insya allah.

11)Berat maintained 50 kg. Sometimes 48kg. naik turun cenggitu lah dan aku agaklah tinggi tapi tak setinggi Nasha Aziz :p

12)Tak suka makan berlauk sangat. lebih gemarkan sayur dan buah-buahan. kadantu penuh sayur je dari ikan or ayam.

13)Aku pemalas minum air masak. Sebab itu aku selalu beli air mineral botol besar je. Satu botol boleh tahan 5 hari. LOL!

14)Suka spaghetti with mushroom homemade :)

15)Sangat trauma bila orang tak reply mesej or tak angkat call. Its remind me to my ex-bf ;(

16)Simple person. Love smile and kuat bercakap.

17)Favorite color : purple, orange, pink and pastel colors.

18)Tak suka orang yang suka hempas barang.

19)Peminat tegar Tare Panda, Kucing dan kumpulan T-Ara & Tasha Mashahar.

20)Kalau makan kat kedai , aku suka mintak side order ; sambal belacan dan timun ^__^

21)Tak suka makan kek or benda manis yang lain tapi kdg tu makan jugak dalam kuantiti yang sikit. Takut kena diabetes.

22)Mata aku semakin panda sejak suka stay up late zaman diploma.

23)Tak ada bakat melukis. Tapi takat nak mendesign dlm adobe photoshope buat header tu takde masalah.

24) Tak pandai berenang walaupun ayah aku navy dan abang-abangku ada bakat tersebut.

25) Lebih cekap bawak motor dari kereta. Kalau motor tak kesah lah clutch ke gear ke auto ke, merempit dicelah-celah kereta memang faveret aku. Keh3.


Cukup 25 simple facts.

Nanti ada tag lain, aku publish lagi. Till then ..



My little Anis said " Smile always everyonnneee!!!"



Alhamdulillah,



Ayah's birthday





Bismillah..

This day - 28 December 2012 .. The last Friday for the year 2012.

I'm wishing to my lovely ayah..


HAPPY BIRTHDAY AYAH! - SHAMSHUL KADRI MOHD YUSOF :D
May the blessings of Allah fill ur life with healthy and happiness




Berikut merupakan gambar ayah's advanced birthday celebration oleh anak-anaknya. Keh3.

Kronologi Surprise Birthday :

1) Aku keluar berasingan dengan ayah. Lepas sampai dari Lumut, aku terus ke rumah Abg Eman. Then temankan Abg Eman ke Colombia Asia then proceed beli kek bday ayah,So kiranya aku datang dengan Abg Eman and family.
2) Ayah pula kat rumah. Keluar satu kereta dengan Umi (yang baju ungu tue). Memandangkan malam tu umi terpaksa naik bas balik JB so ayah bawak satu kereta naik berdua dengan umi.
3) Abg Lan baru sampai dari Ipoh waktu sama aku sampai dari Lumut. So dia call time kat Colombia tu then suruh belikan kek.
4) Jumpa and kumpul di satu restoran di Kamunting. Then makan dinner mcm biasa. Kengkunun family dinner lah. Hahaha
5) Nak dekat habes makan siakap steam, aku standby dari bawah pasang lilin.  Sebatang je lah.

Tadaaa! Aku keluarkan kek dari bawah meja. Ayah mcm terkejut then..

Ayah: birthday sapa?
Aku: eh tanya pula. birthday ayah lah.
Ayah: birthday ayah next week(28 Dec). Bukan hari nie. *ayah tersenyum malu*

Hahaha advanced birthday lah sebab tarikh 28 Dec tu kami adik beradik tak ada kat Taiping.






Huh. Tak sempat tukar baju keje. Lepas balik ofis terus cabut balik Taiping.Sampai Taiping kelam kabut cari kek. Nasiblah jumpa kan. Hmm lantaklah. Selesai sudah surprise untuk ayah. Sorang lagi tak cukup dlm gambar tu ; Abg Long. 




Dear Ayah , 
No matter where i go in life..
Who i get married to..
How much time i spend time with friends..
How much i love my boyfriend (later will be ;p) 
YOU'LL ALWAYS BE MY NUMBER 1 MAN IN MY LIFE


  Sincerely,
Your daughter :)


Alhamdulillah..



Friday, 7 December 2012

Sweet Twenty


Bismillah..

7th December 2012

Today is my birthday. Now dah sweet 20 :) also 2 series. cehh!

This morning , i had received so many wishes from friends and family members through phone , absolutely social networking. hahaha the most site people keep wishing me ;p

Thanks dear friends n family.. true appreciated of all your wishes :)
Thank you for your pray on my bday :)
Thank you for remembering my bday :)
and so on .. :D

Thank you ollsssss :)

Takde menda sangat pun yang aku nak cakap sangat selain melahirkan rasa kesyukuran
sebab Allah masih beri aku ruang bernafas di bumi-Nya. Semoga tempoh usia yang masih berbaki nie, aku tak buat kerosakan dan kemaksiatan dibumi-Nya. Insya Allah.

Happy Birthday to Me :)













Monday, 3 December 2012

the Saturday story

Bismillah..

Wanna share my picture. ngeee...

This photo taken at Marina Wings Lumut Waterfront, Perak.

Motif adalah untuk tujuan promosi syarikat SNT Tours yang aku tengah praktikal sekarang nie.

Actually , these photos should be include in marketing and of courselah privately n company's right.

Tapi nak jugak! Then aku curi satu je. Ahakss


looks pretty good on me :)


Then petang tu, aku proceed ke KL pula. 

Yep. Sangat berjalan sakan. Arrived at 7.30pm kat Pudu Sentral. Ride LRT ke Ampang. Then Abg Lan catch aku kat situ. Hujan lebat KL. Tak mcm Lumut. Always hot and dry ;)

Then proceed ke Pavilion , makan kejap kat food court area. Then dapat lah pekena Assam Laksa. Pergh sedap kot cuma ikan rebus tu for me , no need put together kot. Then, sometimes , it reminds me to Laksa Ikan Sekoq , Alor Setar. But Pavilion style. Hahaa


Esok tu pegi kezen kawen di Damansara.


Gambar 1st: Haihh time makan jugak ler Abg Lan nak snap pun ;(
Gambar 2nd: Aku, Abg Lan dan Mak Ngah yang tudung merah.
Gambar 3rd: Gambar aku, Abg Lan dan Kak Ngah (Azifa).
Gambar 4th: Of course ler acu and her cute lil bambam, Anis Musyirfah :)



Gambar Atas : Kak Yusnita dan Husband
Gambar Bawah : Kak Aina Amanina and her spouse.
Ya, dua beradik sanding sekali dalam satu majlis :)

Lepas tu, proceed pula ke Berjaya Times Square. Ohmayy. Paling giler! Banyak kot baju murah-murah. Hampir je aku nak kena tinggal dengan bas. Kekekeh. Maybelah sebab YES kot. Baru aku tau gilanya Year End Sale. 


Masuk TS , ada pulak Krismesss Tree besor-besor. Ape lagi, gerdiks lagi depan kamera.

Tadaaa !





Setelah sampai Puduraya yang sesak, berakhirlah trip to KL seorang diri. Then back to Lumut again. Maybe this becoming Feb nak pergi KL lagi. Rindu sama bambam :)

Till then, next entry okey.

Assalamualaikum!



Alhamdulillah..

Thursday, 15 November 2012

Good & Bad News

Bismillah,

Dah ke sejuta kali aku nak hapdet story morry nie tapi dek kesibukan mencari pakej membataskan segalanya. LOL!

There are several stories ...

1)RESULT EXAM FINAL SEM 5
-Alhamdulillah, aku PASSED semua subjek. Pointer tu pun alhamdulillah jugak sbb masih maintain tiga keatas. Pheww. Tak dapat aku bayangkan , lepas buka je emel then trus nampak result. I PASSED ALL SUBJECT! Yeayyyy!

Aku terus mesej abang-abang kesayangan : Abg Long, Abg Eman , Abg Lan dan of courselah, Kak Eja (isteri Abg Eman). Mereka adalah orang yg banyak sangat tolong aku since arwah mama pergi.. :') Then of courselah ayah. Aku call cakap result then ayah pun sound happy je. Then okaylah..

Paling terharu..
Rummet aku , Wanie pun lepas jugak. Siang malam aku doa dia lepas. Bukan ape, bayangkanlah if aku lulus n kne habiskan praktikal but dia repeat then have to back Alor Star.. Sianlah aku wey. Takkan nak stay sensorang kt Lumut. Huh Scary kot. But no need to worry.. both of us dah pn passed kan? Tak adalah aku sensorang. hehehe..

2)MAK LONG & PAK LONG MASUK WAD
-Dalam cerita heppy ada pulak cerita sedih. Ayah call ahad lepas. He said bila ada time free, sila pulang ke Taiping segera sebabnya mak long (kakak arwah mama) kena tahan wad. At the same time, her husband pun kena tahan wad jugak tp di IJN KL. AT THE SAME TIME!

Latest news.. Pak long selamat operation. Alhamdulillah. Mak Long pula , aku tak dpt dengar khabor pn lagi.Hmm

Siyesly, aku takut dengar pasal operation jantung. Reminds me to my late mother....

 Arwah dulu operate jantung di Hospital Penang. A fter a week di Penang, arwah is allowed to back home. Then, a month later, mama demam panas. so kene stay wad dekat sebulan. Ada satu hari tu, doc said mom can discharge esok. Happy sangat time tu sbb dah lama mama tak balik rumah. Tapi pagi esoknya tu , ayah call cakap mama demam balik (based on what Abg Eman said to me). Actually, time tu mama dah koma.

Abang-abang pandai sorok berita koma mama. Aku pula feel weird, gelabah dan berdebar tak tentu pasal. Bila both of my SILs (Kak Eja & Kak Iza) came, barulah tahu yg mama dah koma. Bawa kes mama ke Hospital Ipoh. Malang sekali, its too late. Mom cannot be operate. Sbb itu terlalu bahaya.

Bawa balik ke Hospital Taiping..
Mama koma. Tak bergerak. Tak bercakap. Tak sedarkan diri. Ya Allah.. perit bila tengok mama mcm tu. Then aku pun, setelah seminggu tak datang sekolah ke sekolah balik. Ayah pun nasihat ape yg jadi, sekolah tetap sekolah. After 2 days, Kak Eja datang amik kat sekolah. katanya mama dah tenat.

Sesampai di wad mama, hanya Abg Long je yang sanggup bagitahu aku yg mama dah kembali ke rahmatullah. Aku takde lah nangis at the 1st. Tapi bila nampak Kak Eja nangis, baru aku tersedar yang aku dah jadi anak yatim dan aku kehilangan mama yang sangaattt penyayang :'(

Now, dah tujuh tahun mama pergi.. rindu still ada tapi tak terluah pada sesapa. Kadang tue, ada beberapa malam aku tak boleh tido sbbnya teringat mama. **sigh..**


Panjang jugak aku cerita kan? Hahaha. Motifnya. Aku nk ceghita, yang pak long dan mak long je. Hopefully, both of them selamat dan tak ada ape-ape yang berlaku. Insya Allah.

3) KAK LINDA DAH KAWIN!
Finally. Setelah lama bujang, kahwin juga cousin aku nie. Dia sepupu aku belah arwah mama yg tinggal di Kluang.. Ramai jugak yang pergi kenduri Kak Linda. Ayah datang dengan ummi bcoz datang dari JB. Abg Lan pun pergi. Bawa sekali anak kesayangannya,  si Anis Musyifah comel tu. Haiyaa rindu sama dia lah.

Abg Long tak pergi pun. Dengar kata, takde cuti. Abg Eman pulak terpaksa cancel sbb si kecik Durratul Nia Ashira kena scan jantung di Hospital Penang..



Dari Belakang : Acu & Paksu
Duduk di Hadapan : Ummi , Abg Lan & Anis Musyrifah dan Ayah tercinta :)


Abg Lan & Kak Erna with bride & bridegroom


Acu & Paksu, Ayah & Ummi also Muaz budak nakal, hehe bersama
pengantin yang cantik amat. :D

SELAMAT PENGANTIN BARU KEZEN KU, SALINDA RASALI :)



Untunglah demer. Berjalan sakan hingga ke Johor. Kehkehkeh. 


4) NEPHEWS DAH GRADUATE :)
-Iyerrrr. My nephews dah grad dulu dari mak sedarenyer. Untunglah mereka. Aku study dekat dua tahun setengah baru nak grad, but dorang baru study setahun dua, dah pakai baju konvo dulu dari acu nyer. ihiksss.

Firstly, IKMAL HAZIQ konvo dulu. Baru adiknya pulak IRFAN WAFIQ. Hmm dah boleh kot cari keje. Hehehe.


MUHAMMAD IKMAL HAZIQ B. SHARIMAN
(6 tahun)


MUHAMMAD IRFAN WAFIQ B. SHARIMAN
(3 tahun)

Untungler anak sedare acu nie. Pakai jubah grad dulu dari acu ;) hahahaha. 

Baru tersedar dah besar rupanya mereka nie. Rasa mcm baru semalam aku dukung Ikmal  sebab dia tak reti jalan lagi. Dia tak pandai cakap dengan betul lagi. Now, lebih cerdik, nakal dan banyak mulut dari aku. Hahaha.

Lepas nie si Qurratul Mya Khalisha pula masuk sekolah..


Nasiblah ini budak dapat adik perempuan. Tak adalah jadi ganas nanti. Heheh. Lately, asyik nampak si Eicha layan ultraman dengan abg nya, si Irfan. Haiyaa.. apepun, semua ank-ank sedare, acu miss uolls! :)

Till then,



Alhamdulillah.

Thursday, 8 November 2012

Lumut Life.

Bismillah..

Assalamualaikum..

Actually, aku kat ofis nie. baru lepas mengarang surat cinta untuk pengarah imigresen Ipoh untuk permohonan renew permit pekerja asing. Inilah hidup aku sekarang since aku datang Lumut last 2 weeks. Syukur , everything running well.

Banyak experiences baru yang aku baru hadap. Life totally different dengan life kat Kedah. Yelah, Kedah kan tempat aku study. Now aku dah kerja. SO, mana boleh sama. Yedak?



Lumut? Is a small district yang aku sendiri tak tahu mana nak pergi. Paling jauh pun pergi Manjung. Shopping at Tesco then makan-makan area sini. But okaylah. Not really boring lah. Okey, i lied! Actually bosan jugak sebabnya rumah yang stay skarang nie takde tv. Perghh, sangatlah boring lah kan. Nasiblah Cik Acer Merah ada menemani. Bolehlah mengadap movie kan. HAHA

Nasiblah dapat machine auto. Tak adalah bengang aku nak tunggu lama nak spin baju whatsoever. But, day by day, aku makin malas nak basuh baju. Ampaian kecik. Terpaksalah aku berebut-rebut dengan Wanie nak sidai kain. Dahler kering pun lambat. But syukur jelah kan. Rumah dekat dengan ofis. Full furnished. Okey lah tu kan?

Beberapa malam lepas (bukan malam semalam lah) ,
Aku kene serang dengan anjing-anjing liar kat luar rumah. Haisss. Penat kot tetiap malam nak kene kejar dengan anjing. Giler ! Tapi yang memusykilkan aku, time pagi-pagi aku nk pegi keje, tak ada lah pulak nak datang serang. Siap boleh jalan sebelah lagi. Hareee betol lah.

Bos nasihat suruh bagi roti , so that anjing-anjing tu can recognize orang yg bagi makan then takde lah dia nak datang menyerang. So aku dah praktikkan but dia buat bodoh je dengan roti yang aku bagi. Ohmayyy, so demand lah itu KUCING! ;P

Makan.. 1st day makan. kena RM6 sepinggan padahal time aku makan tu nasi separuh je kot then lauk ikan seketul kecik. time tu pulak lauk nak habis. After 2nd , 3rd.. aku makan di Stesen Bas Lumut je. Sangat sangat sangaaatttlah berpatutan. RM4 sekali air. Lauk pun boleh tahan lah. Makan ala kampung kan.
** terliur kot. dah ler laporr.baru pukul 12pm. another 1 hour nk lunch**

Kerja okey. Cuma sekarang nie lebih kepada budak ofis and be secretary. haiyorhh. Tapi demi experience, aku redha je. Aku nak jadi pekerja serba boleh. Mana tahu, 1 day aku dpt buka my own business kan? Pakej travel pun aku buat jugak. Pangkor je. Lepas keje-keje utk foreign workers yg bertimbun nie siap, barulah aku back to origin. Maybe create flyers, broshure to international packages like Taiwan, India, Indonesia and so on. Wanie dah start buat utk Korea. Then okaylah. Dia pun banyak belajar. HAHA. Before nie, aku yang buat utk dia flyer and bla bla bla. Now, dia terpaksa bat sendiri sebab bos nk tengok dia yang buat. kehkehkeh.

FYI, semalam aku makan di stesen bas lumut. ada orang tolong bayarkan aku makan! waaaa! muka aku nie mcm org takde duit nk makan ke? but apepun, thanks for that guy. semoga Allah mengurniakan rezeki yang murah buat anda. amin :) seriusly, aku tak kenai pun mamat yang bayarkan makan aku dan wanie. terkejut giler. ingatkan jadi dalam drama je. alih-alih kene kat batang hidung sendiri. hahahah

Next, ... hahaha inilah alkisahnya bila aku dah lama tak hadpet. semua cerita aku nak kabor. hikhik.
tomorrow , result final exam utk sem 5 lepas akan keluar. If katalah aku REPEAT, katalah.. so aku terpaksa balik Alor Setar semula utk study balik. Oh noo!!!!!!! Hopefully, aku , Wanie and rakan-rakan yang lain tak repeatlah ape-ape paper. But, Sincerely from bottom of my heart, final exam lepas mmg susah giler. Tarik nafas dalam-dalam! Apepun , hope sangat yang kami semua lepas. Amin ya Allah!!


Till then,

Next entry ?

See ya, BABAI :)
 
alhamdulillah...

Saturday, 6 October 2012

Snogurt , New Froyo in Jitra

Bismillah,

Salam..

Bagi merelease-tension lepas jawab dua paper serentak pada hari yang sama (Law & Tour Planning), makanya aku dgn Syima & Noomie naik bas Mara Liner ke Jitra. Sangat student life okay. Hehehe. Aku rajin jugak pegi Jitra naik bas dgn diorang. Sbbnya, hari nie Wanie balik Kola Nerang coz nak survey cadar utk kenduri kawennye.. So that, tak ley ler pinjam kete :)


Letak frame jer. Tak sempat nak mengedit :P

Dlm berjalan plus cuci mata, ada lah nampak dari main entrance tu.. kedai froyo ala-ala Tutti Frutti.
Named as  " S N O G U R T ". 

Yg bagi attraction tu, kedainye. Colorful dengan padanan warna pink, white and green!

Then, kat belakang kerusi pulak, diorang selit balon pink dan putih. Ya Allah, sangat cantik.:)



Syima & Noomie :)


Again with Noomie yang cuteee sangat :P

Fyi, this froyo shop milik Raja Farah yg pelakon tue. Maybe , this shop.. her second branch kot. Maybe lah.

Tak jauh beza pun dengan Tutti Frutti.. Its still same. Ice creamnya.. Toppings.. but this Snogurt ada sikit kelebihan...

Check it out!

1- Tandas yang sangat bersih dari TF.
2- Air Mineral disediakan :)
3- The flavours and the toppings more attractive and lovely kot dr Smile Yogurt (Alor Setar).
4- Surrounding of the Snogurt so attractive! (aku dh mentioned tadi..)
5- Cheaper than TF.. (tp mengikut amount yg komer-komer amiklah) :P

**These comparisons between TF Jitra and Smile Yogurt, Alor Setar okeh!


Kepada sesapa yg stay area Perlis, Alor Star, Jitra also seangkatan dengan nya...

Jemputlah try this Snogurt. Bagi aku, sedap jugak. Tutti Frutti pun sedap cuma apa lah salahnya kalo kita try another one kan.. Tak rugi pun. Kalo komer-komer pegi time sekarang (bulan pertama), korang akan dapat loyalty card. Lepastu, korang kena kumpul 9 cop dari pembelian korang tu,

Then sampai yg kesepuluh..  u'll be given a 200g free of froyo . Best kan? hahaha tolong promote pulak.

K lah.. need some rest. Bye :)




Alhamdulillah,

Wednesday, 3 October 2012

School memory

Bismillah,

Salam..

Quick hapdet.

Tadi aku bukak Fb jap then nampak my kawan lama sek menengah tagged me a picture :)
Pic aku zaman sekolah menengah form five. Time tu aku ikut rombongan sekolah ke Alor Setar..


Oh Allah, how i missed so much that moment :) Sweetie moments together with my friends, share joy and happiness . Hope Allah always bless them , Amin ! Harap-harap , lagi sepuluh tahun jumpa, semua dah ada kerjaya & live happiness with their own families. hai sapelah jodoh aku time tu. ....




**Esok final paper LAW277 & HTT350 ( Tour Planning) , Sesak nafasku bila dua paper dlm satu hari yang sama =.=


Alhamdulillah,

Monday, 1 October 2012

Counting to final examination

Bismillah,

Salam..

Aku terpaksa menaip dalam kadar kelajuan yg pantas sbbnya aku nak tido. Esok, aku ada paper ENT300. Pheww seram der.

Sumer chapter dah kaji habis-habis dgn Syima & Noomie mlm smlm then continue pula this evening ( erkk last evening, heheh) So hopefully, lepaslah kot. Insya Allah dengan izin-Nya :)

Aku nk wish jugak utk budak UiTM especially budak batch aku lah kan. HM111 & OM114.. But most special utk classmates aku, HM5A.




"Aku harap korang buatlah yang terbaik okey? Hope, kita sama-sama lepas utk praktikal akhir bulan 10 nanti.. Smoga jugak, final exam nie adalah final terakhir kita di kampus nie.. amin ! "



Aku harap sangat yg exam kali nie , semua budak kelas aku akan lepas and takde repeat paper. Hope semuanya akan berjaya :) Amin! Amin! Amin! 





Utk budak OM (Office Mgt) pun sama jugak terutamanya budak rumah sewa aku. Gudluck eh! :D


Last nite, banyak jugak aku terima wishes dari kengkawan. Mostly dekat twitter, facebook, and mesej pun ada.. Rasa terharu dan appreciate sangat. Terima kasih banyak-banyak lah mengkomer-komer sekalian. Diharapkan komer sekalian sama-sama lah "good luck" utk perjuangan esok. :P

So next entry.. wait for me ha?

See u soon :)




**Tadi ayah dtg Alor Setar, sempatlah jugak minta restu. Nasib tak nanges je sbb rindu :')







Alhamdulillah,

Saturday, 29 September 2012

Of the sweet memories

Bismillah,

Byk kali nk update tapi aku suka save back into draft. Heh!

Lepas raya aritu, aku mcm busiesssstt giler dengan presentation, esaimen yg segunung n etc. Alhamdulillah, sekarang ni tengah study week , so aku cer melapangkan diri utk hapdet kesah terbaru.

1. Dinner HM
-Dinner farewell utk budak part 5 mcm aku yg dah nak habis diploma. yeppy!
-Be held at Regency Hotel
-Jadi emcee lagi utk kali kedua. (last year pun sama)
-Makan sedap giler cuma tak dapat nak feeling lama-lama sebab fokus pd kerja emcee terjun mlm tu. ;)
-Mekap still yang sama dgn tahun lepas cume this year agak heavy sbb ikut theme "funky colorful".


Aku dan Kak Bie. last year n this year.
masing-masing gune make up consultant yg sama dgn last year.
bezanya, dia bapok yg mekap. Aku , akak kedai muslimah yg mekap :)


Photoshoot lepas dinner di Istana Anak Bukit. Nice lightning kan?
Aku suka gambar bawah nie , rasa mcm cantik jer..


Pic 1: Aku bersama Princess of the Nite (yg oren tue)
Pic 2: Sedang bekerja as "Emcee Terjun". Time tu conduct slot "Prince & Princess of the Nite"
Pic 3: Ayu(green color) , my emcee's partner bersama Cik Moon.
Pic 4: My batchmates , HM Batch July 2010 melaram sakan ;)




2 Kenduri Mentor ( Sir Rushezad & Isteri) di Perlis
-Kami konvoi dengan empat kete dan satu motor. Sumer naik kete kecuali Edwan & Memey. Deme naik motor. So, yg ladies tu konfem lah kete kan? tapi ada je guys yang naik kete sesama. Hahaha

-Pelbagai dugaan jugak time nak pegi sana ; 1) Kete habis minyak. 2) Tersilap jalan. 3) Pit stop terlampau banyak hingga mengakibatkan kami sampai lewat.Hehehe, normallah lettew. Nama pun konvoi kan?

-Sir Jad's home located at Tasik Melati. Before nk sampai rumah tu, we'olls pit stop kejap kat tasik area situ. Alkisahnya, menunggu Sir Jad datang n tunjukkan jalan.

-Meals kt rumah Sir Jad sedap-sedap. Aku lahap sampai full perut. Aiseyy.. Rumahnya besar and seronok je. Terasa mcm balik kampung. Suasananya berbeza dari bandar. Like , i'm live in moderate environment. Tak terlalu megah and tak terlalu kekampungan. :)

-Lepas rumah sir, gerak pulak ke Padang Besar. So, all the lil cute Kancil kembali berkonvoi sesama. Cadangnya nak ke Wang Kelian tapi Sir Jad cakap tutup coz kami datang hari Jumaat. Hmm takde rezeki gamaknya.

-At Padang Besar, aku sempat memborong jugak. Kikikiki. Dalam kata duit kering, sempat je kan? Nama pun perempuan. Other factor, ter"influence" dengan Cik Quya membeli toto. Lepas 2-3 kali memikior, belilah sbbkan comforter kt rumah sewa tu makin hari makin nipis. Hikhik

-Yang lain, aku memborong isi sotong, keropok, etc. Dapat jugak lah minum ayaq nyioq. Hah, buat mcm kt Alor Setar takde je kan? Tapi sebab dahaga melampaui batas, aku belilah jugak even suara aku dah takde and sore throat! :P

So layan gambar dulu..


Pic 1  : Kete Kancil Silver yg dipandu aku. Yg turut serta naik besama adalah Cik Moon, Cik Quya n Kyra.
Pic 2-3 : View negeri Perlis yang mendamaikan ala-ala New Zealand cm tu :P
Pic 4 : Batchmates Candid Style ! :D



Pic Atas (1) : Sebahagian batchmates aku :)
Pic Atas (2) : Paksu bersma Bie Blur(Pink) , Kak Bie(Yellow) n me. Erkk candid ke?
Pic Tengah   : Gambar kenangan before balik. Over tau yang belakang tu. HAHAHA
Pic Bawah (1) : Padang Besar! Here we come :D
Pic Bawah (2) : Again with friends.. :) 


Pic 1 : All the little cute Kancilss. Silver, Red, Bule and Purple. Comelkan? :)
Pic 2 until 4 : Various pictures of me n Cik Quyah. Hahaha asal jumpa kamera kan? Ade je gaya nk dibuatnya. Hehehehe

Mmm, tak suka nengok pic sendiri. Looks like P A N D A! 

Memang lah aku peminat tegar Panda but Tare Panda yang comel tue. Oh no, seems like mata aku perlukan penjagaan rapi or sleep early? Haiyaaaa, poor me! :(

Fyi, ini hasil setelah ada beberapa hari aku kne stay up late nite semata-mata nk siapkan esaimen n slide. Sadis betul perjuangan. Eceh.. 

So sampai sini dulu. Next time, aku hapdet lagi.

Till then :)







Notekaki : Bajet 2013 dah dibentang. Baucar buku dah naik ke RM250 ;)


Alhamdulillah :)

Saturday, 1 September 2012

RAYA 2012

Bismillah,

This year, aku celebrate raya dekat Taiping! Alhamdulillah :)

TAPI!

Raya pertama je lah sebab the 2nd raya, aku ikut abg long beraya kat kampung mertua dia di Selangor. Makanya, pagi raya pertama tu, aku memang raya sakan lah kan dekat Taiping. Bermula dari rumah ayah, aku dgn family abg-abg aku berkumpul. Then bermaaf-maafan sambil exchange duit raya.

** From left : Abg Long, Abg Eman, Abg Lan and Me**

** With SILs. From Left : Kak Iza, Kak Eja , Kak Erna & Me ( again!) hehehe **


Part nie aku suka. Sebabnya, tak sangka pulak aku bila dah besar gajah pun, aku still lagi valid nak dapat duit raya. Hahaha , hampa semua jangan jeles naa! ;) Kemudian, kami gerak ke kubur arwah mama, opah, mak long, tok dan wan.. ** yes, my mom passed away 6 years ago.. :"(**

** Kubur allahyarhamah opah, Hajah Yuhanif bt. Ahmad - al-Fatihah..**

** Kubur arwah tok.. Belakang tu kubur arwah wan :'(  **

Lepas ziarah kubur , gerak ke rumah sedara mara sampailah ke petang. Time senja camtu, kami balik rumah ayah balik. Lepas Isyak, malam tu jugak kami gerak balik kampung masing-masing. Abg long balik Selangor, Abg Eman balik Kedah, & Abg Lan pulak balik beraya di Kampar, Perak.

Aku? .. Kampung aku of courselah, Taiping. Memandangkan aku nie still single sensorang, maka Abg Long as abg sulung bawak aku beraya di Selangor. Jadi nomad lah kejap. Ayah balik JB, rumah mak tiri. Aku malas nak ikut. Lagi best beraya dengan keluarga sendiri , kan? But, my 'mak tiri' baik lah. Jgn risau eh.

Raya kedua 

Raya kedua - Tidur rumah mak mertua Abg Long kt Sg Besar. Lepas Zohor, kami ke Banting untuk ziarah kubur arwah ayah sis in law. Then, ada raya kejap kt situ then balik semula ke Sg Besar..







Raya ketiga

Beraya di area Sg Besar & Sekinchan. Masa tu lah, aku baru ada experience beraya dlm kalangan masyarakat Jawa.Semuanya berbeza! Cara cakap lain. Makanan pun lain. Environment lagi lain. Tapi kan, ada satu makanan tu nama "Lontong Pecal" , fuhh rasa sedap kot even memelikkan. Hehehe.

** the taste is not bad but sedappp.. :) **

Afterthat, again! Mana rumah aku datang raya, mesti aku dapat duit raya even amount tak la berapa banyak mcm kat Taiping. Its okay ape. Dari tak dapat, kan? Bersyukur je lah. Itupun, ada jugak yg sudi bagi. Apepun, semua tu duit, kan? Muahaha!

Raya keempat

Meronda sekitar kawasan Kuala Selangor dan Bukit Melawati. Mengikut sejarah, tempat tu atempat bersejarah lah jugak. Kat sini jugaklah, terletaknya makan almarhum 3 sultan Selangor yg dulu-dulu tue. Then, ada forts , cannons. Dari puncak bukit tue, kita boleh view laut lepas and kawasan bakau yg sangat luas.

Hmm kawasan yang sangat strategik utk defense. Lokasinya mengadap laut. Nice view actually :)

** My Lil Nephew "bertenggek" at one of the cannons :P **

Fyi, kat Bukit Melawati nie banyak gila lutong. Nak cakap jinak tu , aku tak sure lah. But , ramai jugak orang datang , beli kacang panjang then bagi lutong-lutong nie makan. Ada jugak yang mcm agresif. Ikut mood jugak kot. Kekeke ;)


** Abg Long with his new pet, Lutong!:P** 

** So scarryyyy kah, little girl? Hehehe **

** Handle with care ye Abg Long ? Kehkehkeh *


** Wan Muhd Haqimi yg gila amik gambar, haihh **


** With my lil nephew at Peak of Bukit Melawati :) **

Lepas tu, back to Sg Besar..
Kitaorang raya rumah kawan Abg Long nama Wak ape ntah. Dia keje sama kem dengan Abg Long. Then balik rumah , packing all my stuff. Hmm tp sampai Taiping, ada jugak barang yg tertinggal. Haii lah cik katie!

Otw balik Taiping, aku sempat jugak ler singgah rumah housemate,Syima di Manjung. ** Sometimes, i called her as "Kak Ngah" becuase she is second daughter in her family. Ngehngehngeh ^____^** Time beraya sini, aku paling tak boley blah dgn Haqimi, nephew aku. Tambah bihun sampai 5 kali! What the fish! hehehe.

Lepas beraya, kami singgah Lumut. Saje je aku nak mengusha mamat navy hensem bakal tempat praktikal aku. . Insya Allah, if lepas semua paper sem lima nie. Kalau kata lepas, ape lagi.. " welcome to Lumut" lah pasnie. Weeee!

Raya kelima - Ketujuh

** Balik Taiping , jem pulak dah **

Back to my family's home :') Ayah pun dah balik sama-2 umi, kak long & Muaz (anak along) dari JB. Paling best, dua hari before balik Aloq Staq, umi masak Bawal masak tiga rasa . Esoknya, umi masak Siakap pulak. Yg paling terliur, roti cicah Sup Tulang yang pekat lagi likat. Fuhh sedap gyloss .

** makan petang + dinner + supper = kenyangg **

Demikianlah cerita raya aku..

**Momen paling indah bila adik beradik aku dapat kumpul sekali. Before nie, adalah sikit crash tapi cerita lama. Alhamdulillah, semuanya makin baik :) I love my sibling and my family so much! Hopefully, Allah (swt) akan eratkan hubungan nie sampai ke akhir hayat kami semua. Amin!

Done writing :)