Thursday, 15 November 2012

Good & Bad News

Bismillah,

Dah ke sejuta kali aku nak hapdet story morry nie tapi dek kesibukan mencari pakej membataskan segalanya. LOL!

There are several stories ...

1)RESULT EXAM FINAL SEM 5
-Alhamdulillah, aku PASSED semua subjek. Pointer tu pun alhamdulillah jugak sbb masih maintain tiga keatas. Pheww. Tak dapat aku bayangkan , lepas buka je emel then trus nampak result. I PASSED ALL SUBJECT! Yeayyyy!

Aku terus mesej abang-abang kesayangan : Abg Long, Abg Eman , Abg Lan dan of courselah, Kak Eja (isteri Abg Eman). Mereka adalah orang yg banyak sangat tolong aku since arwah mama pergi.. :') Then of courselah ayah. Aku call cakap result then ayah pun sound happy je. Then okaylah..

Paling terharu..
Rummet aku , Wanie pun lepas jugak. Siang malam aku doa dia lepas. Bukan ape, bayangkanlah if aku lulus n kne habiskan praktikal but dia repeat then have to back Alor Star.. Sianlah aku wey. Takkan nak stay sensorang kt Lumut. Huh Scary kot. But no need to worry.. both of us dah pn passed kan? Tak adalah aku sensorang. hehehe..

2)MAK LONG & PAK LONG MASUK WAD
-Dalam cerita heppy ada pulak cerita sedih. Ayah call ahad lepas. He said bila ada time free, sila pulang ke Taiping segera sebabnya mak long (kakak arwah mama) kena tahan wad. At the same time, her husband pun kena tahan wad jugak tp di IJN KL. AT THE SAME TIME!

Latest news.. Pak long selamat operation. Alhamdulillah. Mak Long pula , aku tak dpt dengar khabor pn lagi.Hmm

Siyesly, aku takut dengar pasal operation jantung. Reminds me to my late mother....

 Arwah dulu operate jantung di Hospital Penang. A fter a week di Penang, arwah is allowed to back home. Then, a month later, mama demam panas. so kene stay wad dekat sebulan. Ada satu hari tu, doc said mom can discharge esok. Happy sangat time tu sbb dah lama mama tak balik rumah. Tapi pagi esoknya tu , ayah call cakap mama demam balik (based on what Abg Eman said to me). Actually, time tu mama dah koma.

Abang-abang pandai sorok berita koma mama. Aku pula feel weird, gelabah dan berdebar tak tentu pasal. Bila both of my SILs (Kak Eja & Kak Iza) came, barulah tahu yg mama dah koma. Bawa kes mama ke Hospital Ipoh. Malang sekali, its too late. Mom cannot be operate. Sbb itu terlalu bahaya.

Bawa balik ke Hospital Taiping..
Mama koma. Tak bergerak. Tak bercakap. Tak sedarkan diri. Ya Allah.. perit bila tengok mama mcm tu. Then aku pun, setelah seminggu tak datang sekolah ke sekolah balik. Ayah pun nasihat ape yg jadi, sekolah tetap sekolah. After 2 days, Kak Eja datang amik kat sekolah. katanya mama dah tenat.

Sesampai di wad mama, hanya Abg Long je yang sanggup bagitahu aku yg mama dah kembali ke rahmatullah. Aku takde lah nangis at the 1st. Tapi bila nampak Kak Eja nangis, baru aku tersedar yang aku dah jadi anak yatim dan aku kehilangan mama yang sangaattt penyayang :'(

Now, dah tujuh tahun mama pergi.. rindu still ada tapi tak terluah pada sesapa. Kadang tue, ada beberapa malam aku tak boleh tido sbbnya teringat mama. **sigh..**


Panjang jugak aku cerita kan? Hahaha. Motifnya. Aku nk ceghita, yang pak long dan mak long je. Hopefully, both of them selamat dan tak ada ape-ape yang berlaku. Insya Allah.

3) KAK LINDA DAH KAWIN!
Finally. Setelah lama bujang, kahwin juga cousin aku nie. Dia sepupu aku belah arwah mama yg tinggal di Kluang.. Ramai jugak yang pergi kenduri Kak Linda. Ayah datang dengan ummi bcoz datang dari JB. Abg Lan pun pergi. Bawa sekali anak kesayangannya,  si Anis Musyifah comel tu. Haiyaa rindu sama dia lah.

Abg Long tak pergi pun. Dengar kata, takde cuti. Abg Eman pulak terpaksa cancel sbb si kecik Durratul Nia Ashira kena scan jantung di Hospital Penang..



Dari Belakang : Acu & Paksu
Duduk di Hadapan : Ummi , Abg Lan & Anis Musyrifah dan Ayah tercinta :)


Abg Lan & Kak Erna with bride & bridegroom


Acu & Paksu, Ayah & Ummi also Muaz budak nakal, hehe bersama
pengantin yang cantik amat. :D

SELAMAT PENGANTIN BARU KEZEN KU, SALINDA RASALI :)



Untunglah demer. Berjalan sakan hingga ke Johor. Kehkehkeh. 


4) NEPHEWS DAH GRADUATE :)
-Iyerrrr. My nephews dah grad dulu dari mak sedarenyer. Untunglah mereka. Aku study dekat dua tahun setengah baru nak grad, but dorang baru study setahun dua, dah pakai baju konvo dulu dari acu nyer. ihiksss.

Firstly, IKMAL HAZIQ konvo dulu. Baru adiknya pulak IRFAN WAFIQ. Hmm dah boleh kot cari keje. Hehehe.


MUHAMMAD IKMAL HAZIQ B. SHARIMAN
(6 tahun)


MUHAMMAD IRFAN WAFIQ B. SHARIMAN
(3 tahun)

Untungler anak sedare acu nie. Pakai jubah grad dulu dari acu ;) hahahaha. 

Baru tersedar dah besar rupanya mereka nie. Rasa mcm baru semalam aku dukung Ikmal  sebab dia tak reti jalan lagi. Dia tak pandai cakap dengan betul lagi. Now, lebih cerdik, nakal dan banyak mulut dari aku. Hahaha.

Lepas nie si Qurratul Mya Khalisha pula masuk sekolah..


Nasiblah ini budak dapat adik perempuan. Tak adalah jadi ganas nanti. Heheh. Lately, asyik nampak si Eicha layan ultraman dengan abg nya, si Irfan. Haiyaa.. apepun, semua ank-ank sedare, acu miss uolls! :)

Till then,



Alhamdulillah.

Thursday, 8 November 2012

Lumut Life.

Bismillah..

Assalamualaikum..

Actually, aku kat ofis nie. baru lepas mengarang surat cinta untuk pengarah imigresen Ipoh untuk permohonan renew permit pekerja asing. Inilah hidup aku sekarang since aku datang Lumut last 2 weeks. Syukur , everything running well.

Banyak experiences baru yang aku baru hadap. Life totally different dengan life kat Kedah. Yelah, Kedah kan tempat aku study. Now aku dah kerja. SO, mana boleh sama. Yedak?



Lumut? Is a small district yang aku sendiri tak tahu mana nak pergi. Paling jauh pun pergi Manjung. Shopping at Tesco then makan-makan area sini. But okaylah. Not really boring lah. Okey, i lied! Actually bosan jugak sebabnya rumah yang stay skarang nie takde tv. Perghh, sangatlah boring lah kan. Nasiblah Cik Acer Merah ada menemani. Bolehlah mengadap movie kan. HAHA

Nasiblah dapat machine auto. Tak adalah bengang aku nak tunggu lama nak spin baju whatsoever. But, day by day, aku makin malas nak basuh baju. Ampaian kecik. Terpaksalah aku berebut-rebut dengan Wanie nak sidai kain. Dahler kering pun lambat. But syukur jelah kan. Rumah dekat dengan ofis. Full furnished. Okey lah tu kan?

Beberapa malam lepas (bukan malam semalam lah) ,
Aku kene serang dengan anjing-anjing liar kat luar rumah. Haisss. Penat kot tetiap malam nak kene kejar dengan anjing. Giler ! Tapi yang memusykilkan aku, time pagi-pagi aku nk pegi keje, tak ada lah pulak nak datang serang. Siap boleh jalan sebelah lagi. Hareee betol lah.

Bos nasihat suruh bagi roti , so that anjing-anjing tu can recognize orang yg bagi makan then takde lah dia nak datang menyerang. So aku dah praktikkan but dia buat bodoh je dengan roti yang aku bagi. Ohmayyy, so demand lah itu KUCING! ;P

Makan.. 1st day makan. kena RM6 sepinggan padahal time aku makan tu nasi separuh je kot then lauk ikan seketul kecik. time tu pulak lauk nak habis. After 2nd , 3rd.. aku makan di Stesen Bas Lumut je. Sangat sangat sangaaatttlah berpatutan. RM4 sekali air. Lauk pun boleh tahan lah. Makan ala kampung kan.
** terliur kot. dah ler laporr.baru pukul 12pm. another 1 hour nk lunch**

Kerja okey. Cuma sekarang nie lebih kepada budak ofis and be secretary. haiyorhh. Tapi demi experience, aku redha je. Aku nak jadi pekerja serba boleh. Mana tahu, 1 day aku dpt buka my own business kan? Pakej travel pun aku buat jugak. Pangkor je. Lepas keje-keje utk foreign workers yg bertimbun nie siap, barulah aku back to origin. Maybe create flyers, broshure to international packages like Taiwan, India, Indonesia and so on. Wanie dah start buat utk Korea. Then okaylah. Dia pun banyak belajar. HAHA. Before nie, aku yang buat utk dia flyer and bla bla bla. Now, dia terpaksa bat sendiri sebab bos nk tengok dia yang buat. kehkehkeh.

FYI, semalam aku makan di stesen bas lumut. ada orang tolong bayarkan aku makan! waaaa! muka aku nie mcm org takde duit nk makan ke? but apepun, thanks for that guy. semoga Allah mengurniakan rezeki yang murah buat anda. amin :) seriusly, aku tak kenai pun mamat yang bayarkan makan aku dan wanie. terkejut giler. ingatkan jadi dalam drama je. alih-alih kene kat batang hidung sendiri. hahahah

Next, ... hahaha inilah alkisahnya bila aku dah lama tak hadpet. semua cerita aku nak kabor. hikhik.
tomorrow , result final exam utk sem 5 lepas akan keluar. If katalah aku REPEAT, katalah.. so aku terpaksa balik Alor Setar semula utk study balik. Oh noo!!!!!!! Hopefully, aku , Wanie and rakan-rakan yang lain tak repeatlah ape-ape paper. But, Sincerely from bottom of my heart, final exam lepas mmg susah giler. Tarik nafas dalam-dalam! Apepun , hope sangat yang kami semua lepas. Amin ya Allah!!


Till then,

Next entry ?

See ya, BABAI :)
 
alhamdulillah...