Friday, 13 December 2013

Sukan Antara Fakulti UiTM Shah Alam


Bismillah.

Gettin here. Lama dah aku nak update story nie tapi disebabkan line yang sangat sucks! Hmm faham je lah.

Majis penutupan SAF malam tu memang sangat meriah. Aku pun ada turut serta masuk kontinjen bagi mewakilkan fakulti aku Pengurusan Hotel dan Pelancongan (FPHP) setelah bermati-matian menolak untuk join. Akhirnya join jugak even terpaksa.

Yup terpaksa memandangkan malam tu, fakulti aku jadi tuan rumah bagi SAF kali ini. Tapi terus terang aku kata, lepas join kontinjen, aku rasa aku baru mengenali kawan-kawan course lain. Hahaha pelik kan? Then aku juga baru lah kenal budak tourism dari kelas lain. Nak dekat sebulan lebih baru nak kenal orang.


Terima kasih untuk kenangan ini. Memang malam tu meriah plus sangat merelease kan otak yang sedia serabut. Rasanya kalau tahun depan tu, mcm nk join lagi sekali. Maybe inspired from other faculties kot. Seriusly dance fakulti lain sangat sangatlah awesome. Nak dicompare kan dengan kami, hahaha jauh bezanya. Yang paling awesome ialah Fakulti Law.

Till then.. 

:)


Sunday, 1 December 2013

Konvo Diploma


Bismillah,

Yeay! Officially graduated!

Short speech, keh3..

Thank you to my lecturers at KPTM Alor Setar, my fellow friends.. HMians HM111, my besties.. my family and to our lord, Allah Swt. Surely, i am so proud of myself. Bila memikirkan zaman diploma, i continued with my own efforts. Alhamdulillah, berbaloi.






Hehehe.. still ada satu lagi. fuhh.. semoga degree ku berjalan lancar. amin

Sunday, 3 November 2013

Pre Graduation of UiTM

  
Bismillah..

Hari nie bertarikh 2hb Nov 2013, aku ke Dewan Agung Tuanku Cauncelor (DATC) , UiTM Shah Alam.

Al-kisahnya, kena ambil jubah konvo dan rehearsal untuk konvokesyen. Alhamdulillah, a lil more steps to go before graduate officially :) Tapi tadi, aku ke DATC agak lambat dari kawankawan yang lain. Sebabnya, aku kena pergi print borang Kajian Pengesanan Graduan dekat Seksyen 2. Tetiba pulak, cyber cafe Kolej Seroja tak buka 

A few steps jugak nak konvo nie. Usually korang kena follow steps yang diberi. 1stly, korang wajib buka website Konvokesyen  untuk ikuti peringkat-peringkat sebelum graduate. Alhamdulillah semua lengkap dan run smoothly. 

Ada beberapa perkara penting yang make sure korang kena ada time konvo : 1) Borang Jubah  2) Resit Pembayaran (Bank Islam)   3) Borang Kajian Pengesanan Graduan. Macam aku tadi, itu jer lah yang orang UiTM mintak. Semuanya lancar walaupun ramai gile orang kat DATC tadi. Plus, aku datang lambat dekat pukul 4 sebab aku jalan kaki dari Kolej Seroja ke DATC (bersebelahan Kolej Perindu). 

Gambar dicilok dari belog INI


So take time jugaklah kan nak berjalan. Maklumlah, jalan sini berbukit bukau. Ingat nak tunggu bas tapi bila mengenangkan cuti weekend, bas macam lambat, aku jalan je lah keseorangan pun. Tak jauh pun dari tempat aku tu ke DATC IF naik kereta etc.. tapi turn to WALKING , memang agak take time. 

Sampai kat DATC, ramai lah bakal-bakal graduan dah ambil jubah. Siap photoshoot depan dewan lagi. So terus beratur then masuk dalam dewan, serah borang untuk cop, dapat beg Konvokesyen yang dalamnya ada sticker and kad jemputan untuk tetamu. 

Tema konvokesyen kali ini

Lepastu, masuk stage kedua, ambil jubah dekat bilik penyimpanan jubah. Tetiba rasa awesome kat situ sebab banyak jubah grad. Hahaha perak kan aku? :P

Dapat jubah, terus pegi fitting dekat toilet dengan Naquyah. Lepas aku rasa jubah tu macam okey, aku proceed untuk join budak kelas diploma aku ber"camwhore" dengan jubah yang baru dapat. Well semua nak instagram, WeChat and so on.. ;)




 Mixed feeling pakai jubah konvo.Hahaha





 Agak-agak ayah bangga tak tengok little cute girl dia? :)

Fellow friends during diploma time, Heeee 

Lepas camwhore, pergi raptai. Tak ramai yang attend pun. Adalah dalam seratus orang. Aku rasalah.. 
Bila pihak uitm tunjuk video Istiadat Konvokesyen yang sebelum nie, terasa cuak dan takut. Hahaha 1st time nak konvo kan? :'D

Well, sampai sini sahaja.. tunggu entry konvokesyen pulak. 

Till then u'olls,




Tuesday, 22 October 2013

Midsem Break story

Bismiillah..

Dah masuk week 6 berada kat UiTM. Perasaan tu jangan tanya lah. Aku still rasa semak kepala lagi. Terasa schedule kelas tersangatlah padat. Lebih padat dari time diploma dulu. Tapi kena terimalah, dah nama pun amik degree.

Alhamdulillah.. dapat jugak bercuti seminggu. Setidaknya hilang rindu semua yang ada kat Taiping nun. Cuma aku terlupa nak visit bobbit aku. Aduiii. seriusly lupa. Lagipun Taiping asyik hujan jer petang. Nak kuar pun cam malas sebab naik motor je kan. Emm

Raya haji lepas macam tak raya jer bagi aku sebabnya ayah raya kat JB tahun nie. Aku pulak, amik kesempatan tu beraya kat rumah kengkawan sekolah yang dah lama tak jumpa. Dapatlah jumpa Dibah, Mira Hidayu, Mas and and and si bakal pengantin baru, Fatin. ;)



 Rasa macam baru je meninggalkan zaman sekolah. Tak sangkakan kan time flies.  Bestfriend time form 3, si Aishah pun dah selamat jadi tunangan. Tak sangka.. Huhuhu.


Well, congrats dari aku untuk mereka. Ada satu berita lagi yang aku dengar, ada seorang lagi kawan kelas sekolah aku bakal tunang jugak bulan 2 nie. Hmm congrats kali kedua. Aku? Insya Allah mungkin lambat lagi rasanya. Biarlah aku lepas degree dulu. Lepas tue kerja bantu keluarga. Even anak bongsu pun, aku rasa tanggungjawab untuk senangkan family sebelum jadi hak milik lelaki lain.

Lagipun aku tahu. Family aku susah nak lepaskan aku get married early. Tambahan abg Eman. Siang-siang lagi, dia kata umur 25 tahun baru boleh nak fikir. Alah empat tahun je lagi. Tak lama dah. Wakaka. Hopefully time aku kawin tu, aku dah capai impian masa bujang la.. mcm beli kereta, dah aset sendiri, kerja tetap, ada pelajaran tinggi and so on..

Lagipun.. makin hari makin aku susah nak percaya lelaki.Klah nak sambung wat assignment nie.. Till then!



Friday, 20 September 2013

University Life

Bismillah..

Dah dua minggu bergelar student degree Bachelor Sc Tourism Management UiTM Shah Alam..

Feeling? Aku admit at first datang sini aku rasa sangat tidak eksited dengan semua nie. Bukan apa, nak belajar balik nak kena pakai duit lagi. And of course otak yang dah berkarat hampir setahun nie perlu dikikis kembali. Demi harapan keluarga and especially ayah , aku akan berusaha sedaya mungkin untuk degree. Insya Allah. Cewahh ayat gue. :P

Well, hidup kat sini konfemlah sangat beza dengan kolej lama. And word "KOLEJ" itu sendiri merujuk kpd dua perkara berbeza. Time diploma, kolej merujuk kepada kampus kecik Suka Menanti tu. Degree pulak kolej merujuk kepada Kolej Kediaman. See? Hahaha btw aku dah dapat adapt dengan ini. Huhu.

Kolej kediaman aku dekat lah dengan fakulti. Juga dekat dengan pintu masuk UiTM yang ada Canseleri tu. Nanti nak grad diploma, tak adalah jauh sangat nak pegi but satu bendalah yang amat menggugat ketahanan diri.. Nak ke Dewan Sri Budiman tu, kena jalan bukit yang lebih kpd 45 degree kot. Belum masuk dengan anak-anak tangga yang hampir meneyrupai Bati Caves. Pheww aku rasa aku dah start rasa kurus. Keh3

Makan, beli barang dan merayap. All together akan menggunakan kemudahan bas yang uni sediakan. Buat apa membazir naik Rapid sedangkan ada bas yang free. Hahaha gila kedekut aku. Selalu makan area Dataran Cendekia or selalu weolls panggil DC. Boleh dikatakan tempat feveret aku utk makan, cuci mata dan melepak.

Antara faktornya sebab : 1) Dekat dengan pit stop bus utk ke Seksyen 7. Bas banyak. So dun worry pasal bas utk balik kolej. 2) Dekat dengan fakulti budak pandai mcm Engineering.Boleh cuci mata. Kah3 3) ADa uptown dekat DC. SO cuci mata tengok baju, tudung etc. Murahhhh 4) Sebab makan nasi lemak ayam kat situ sedap.

Fakulti? Okey jer. Just small faculty that combined 3 different courses. Ada budak Food Service, budak Hotel & budak Tourism. Fakulti sini ada hotel sendiri. So senanglah kan nak practical. But the most class that i am very hate to go adalah Dewan Kuliah 4. Nun kat atas bukit, berdekatan dengan Menara Saas. Perghh sakit kaki. Plus kena pakai heels pegi kelas. X.X

Class? Alhamdulillah masih lagi cuba untuk adapt. Dulu kat diploma, mana nak merasa i-Learn semua nie. Tapi seriusly aku cakap, bergelar student universiti sangat-sangatlah kena pandai berdikari. Nak pulak kampus besor macam Shah Alam. Buat PTPTN kena sendiri. Matrik Card pun panjat Saas then buat sendiri. Notes semua kena download and Print sendiri. Dah tak ada nak suruh class rap tolong fotostat.

Syukur atas keperitan nie. Seriusly ajar aku erti berdikari, tabah, dan kuat hadapi masalah. Keperitan kadang tue ajar kita erti kesyukuran. Aku redha jer everything susah aku kat sini. Aku plan nak part time. Now aku nak rasa hidup susah. Yerlah dulu time diploma aku rasa dah cukup mewah kan? elaun plus duit pengajian.. mcm-mcm dah makan. dah banyak tempat dah aku jenjalan..

Rummets? How wonderful. Semua okey dan kamcing. Aku dah anggap kakak-kakak. Rasanya aku paling kecik kot. Dorang semua sangat rendah diri. :)

Harap lepas degree, aku dapatlah kerja yang elok demi membalas jasa keluarga yang sentiasa dengan aku. Ayah, Abang Eman, Kak Eja, Abang Lan.. :') Terharu sangat dengan mereka-mereka.

Okeylah. Aku nak balik bilik. Fenat~~


Till then..






Tuesday, 3 September 2013

A few days to go..


Bismillah..

Beberapa hari lagi dah nak masuk degree.

Aku admit aku agak lil bit stressed dengan kejadian yang jadi dua tiga empat hari nie..

Seriously, 1st aku tertekan bila mengenangkan nak masuk degree, secara automatiknya duit akan banyak habis untuk preparation ke degree, buka akaun sana sini..then apa lagi.. yup, PTPTN.  Seriously, agak penat jugak cari jalan untuk tidak meminjam tp akhirnya terpaksa jugak pinjam.

Nak buat cmne.. Bukan org senang. Lainlah kalau anak tokey minyak ke tokey balak ke. ;)

Actually, aku bukan nak sambung sangat pun. Aku rasa aku nak keje dulu cari experience. Tapi bila tengok ayah beria-ria suruh pergi sambung balik.. makanya aku menurut perintah je lah.

2nd mungkin problem yang agak personal. Malas nak cerita dalam blog. Nama pun personal. Cuma aku rasa aku dah jumpa konklusi kot untuk semua nie. Do not trust anymore. Simple but hard.

3rd , aku sedih nak meninggalkan zaman suri rumah. Cewah. Pasnie pepandailah bawa diri kat tempat orang. Seram rasanya bila nak start new life kat Shah Alam. Lain dari Kedah. Harap semua berjalan baik.

konvo pun dah tak lama lagi. Hmm itu pun nak kena duit jugak but its okay. Konvo kan lambang kejayaan setelah dimaki hamun dengan lecturer , berhempas pulas siapkan assignments, pergi kelas , habiskan duit untuk trip what else. Alhamdulillah dapat jugak merasa diploma walau kat sekolah dulu tak dapat straight As ;P

Till then..


Monday, 22 July 2013

Ramadhan and Confuse Emotion


Bismillah,

Salam Ramadhan uolls.

This day sudah pun genap 12 Ramadhan. Tak lama dah kita nak berhari raya. Yeehuu >_<

Well .. sehingga ke hari ini aku masih lagi berpuasa dan sempat menunaikan solat sunat terawih dari malam pertama hingga malam yang kesepuluh. Tapi hari nie dan semalam, aku terpaksa burn sebab ada masalah kesihatan. Hmm insya Allah aku dah azam nak kejar 10 malam terakhir Ramadhan. Insya Allah. Wish me luck! =)

Tahun nie aku rasa aku sangat-sangat lah berserdehana dalam berpuasa. Tak ada lagi nak membazir duit dekat bazar Ramadhan. Since kat bazar pun makin naik harga, aku decided untuk makan kat rumah je. Kalau pergi pun , hanya untuk tapau air sahaja. Keh3. Penah jugak lah tapau nasi dengan lauk. Memandangkan nasi putih sebungkus pun dah RM 1.50 , so? Masak sendiri lagi bagus kan? Ye dak?

Apapun aku sentiasa rindu zaman berpuasa dengan kengkawan dekat Alor Setar dulu dan zaman berpuasa dengan arwah mama. =')

Then.. About the confuse..

Congratulations to me !!!

Aku berjaya buat penerapan dari Diploma Sem Akhir ke Ijazah.. Tapi kan.. since aku habis praktikal, aku dah tak fikir pun nak continue study. Experience of job hunting very make me learn about new things. Many new things i had learned. Buat resume. Pergi interviews. Kena Reject. What else? Until now, memang aku tak nafikan aku buntu dalam setiap apa yang aku buat. Lebih kurang macam ada je tak kena. Haa macam tuw..

Nite before the result's reveal.. Sikit pun aku tak rasa eksited nak tahu aku dapat ke tak tawaran sambung degree. Aku sampai harap yang aku tak dapat ke Ijazah . I am realized that i made a mistake when i put Tourism as the 1st choice.. Ohmy! Lupa nak cakap..

Aku dapat tawaran ke Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dekat UiTM Shah Alam. Dari beberapa orang kawan-kawan aku.. hanya 5 orang sahaja yang dapat continue dalam kos yang sama iaitu MySelf, Siti Farhana, Fyqa Omar, Syakiroh & Siti Naquyah. But hanya 4 orang sahaja yang dapat continue di main campus. Siti Naquyah pulak tertendang ke Melaka. Sedihlah kena pisah-pisah.. :'(

Hazwani Nabila (Mama) , Haziq Ilmi (Paksu), Wan Salmi Faizah & Shafazira (Mek)  - UiTM Kampus Dungun

I did loved that course. Tapi bagi aku lah peluang kerja macam terhad. Bagi aku lah. Aku ada jugak fikir ak tukar kos. Tapi nak kena bersaing lah pulak dengan next intake. My sis in law suggested me to take Degree at Open University. Its relevant for part timer.

Yup aku bukan dari family yang high income dan Duit can be one of my problems too selain daripada peluang kerja. Memanglah boleh ambik loan PTPTN. But sebelum nak meminjam, we need to think veryyyyyy wisely. Nanti study kemana.. kerja kemana..

Many thoughts that i had received from my friends and family.. Most of them are agreed if i want to further study at UiTM Shah Alam. Some of them are reminded me to think back of what decision that i want to make. Quite hard kan? I need to think wisely. Its all about my future. Well aku ingat nak merisik khabar lagi dari yang lain-lain..

Apepun pray for my success okey? :)

Till then..


 


Thursday, 6 June 2013

Wanie's Big Day!

Bismillah..

Lama jugak tak merempan kat belog nie.. Susah sikit lah since dah habis study nie.. Maklumlah rumah tak ada internet.. So nak guna internet g c.c jer selalu..

Banyak cerita nak kabor..

1st - Wanie is officially MARRIED!

Yeayyyy.. Wanie dah kahwin! Hahaha for those yang tak kenal , dia merupakan Housemate/Roomate/Classmate time study dekat Kedah dulu. Finally.. naik pelamin jugak kawan aku yang sorang nie.. Wanie nie jenis pendiam, pemalu and kecik jer orangnyer.. Hahaha but then.. jodoh dah sampai kan.. :')

Alhamdulillah. Bertarikh 31 Mei 2013 , Wanie sah menjadi isteri kepada seorang Komando Askar , Mohd Efendi bin Musa (tahu nama pun sebab tengok dekat kad kawin.wakaka).. So 1 Jun , hari bersanding.. Yep. totally meriah.

Well , tak ada apa yang diharapkan.. Semoga perkahwinan Wani dan suami kekal hingga ke akhir hayat. Amin ya Rabb :)

So nak menaip memanjang nie dah makin malas.. Layan gambar jer lah yer korang :p



SOLEMNIZATION


Us.. Dari kiri : Nurul Miza (Noomie), Wanie, Syima Nadz (Kak Ngah) & Me :)


Waiting.. Dont look at me ;p


Officially married , congratulations !


:") Happy Marriage Wanie !




Outdoor photography :)


BERSANDING


Mangsa.. :0


Larikkkk


Me is not "pengapit" :P


Ambil berkat. Huhu..



Gambar sesat dalam bilik pengantin


Me with Amalina Roslan , classmate during dip time


Makan beradab ;)


Last but not least.. gambar kenangan kengkawan


So after this.. majlis sapa pulak kita nak gathering?? *thinking*

Till then.. 



Tuesday, 9 April 2013

quick update..


Bismillah..

Sangat lama aku tak update blog.. since last month..

Tried to update thruu fon tapi aku sendiri jadi confuse.. now try guna tab.. oh kakunya...

Well.. now jadi penganggur kt rumah.. kalo tak ingat nk start keje bulan april tp disebabkan time internship tu cm ada kalut sikit.. so aku decided utk start bulan mei je.

Kak Pah.. bos tempat praktikal ada panggil keje.. tp no answer with that.. aku jadi berat nk datang stay Lumut.. Dunno lah kenapa.. maybe sebab dah takde kawan rasanya.. Wanie dah balik Kuala Nerang.. less than 2 months je.. dia pun nak jadi bini orang. Time flies kn?

So maybe aku keje kat Taiping je. MAYBE..

Sekarang ni dalam proses mengumpul aset. Sad part is aku dah cancelkan niat nk beli Experia baru.. Takpelah.. tak lari nset kita kejar.. model tu tetap ada.. cuma lambat jerrr nk guna. Well.. surely aku akan spend money to thing yg lebih bermanfaat dan berguna..
Sebabnye ada perkara yg lebih besar aku nk beli.. nset boleh beli kemudian kn? *separuh rela*

Banyak yang aku nak update ni.. tp lenguh tangan lah gune tab.. nanti lah.. aku try update gune lappy.

Till then..


Sunday, 10 March 2013

report oh report

Bismillah..



Sambil makan sambil buat report.. haihhh makin tembun ler aku... :(


Girls Day Out

Bismillah..

Finally, habis jugak Mini Karnival Visit Malaysia tue.. Malam lepas habis karnival, aku dengan Syima check in Orient Star, Lumut. Tido situ semalam.. Gosipping.. Kat tepi laut nun.. Keh3

Okeh.. dimulakan dengan gambar gerdiks aku dan Kak Ngah (Syima).. Inilah bilik kitaorang.. Bilik117.
Very nice and okeylah pada aku. Tak besar dan tak kecik sangat. lagipun tido berdua jer.



Har har har.. Sila abaikan katil belakang yang bersepah itu.. Apa guna housekeeping kan? wakaka.




Aku pun tak faham apa function aku letak gambar nie.. Barangkali nak tunjuk selendang 3 layer aku kot..
EH murah taw.. Beli time pesta kat Lumut lepas.. Ingatkan mahal sebab kain elok, rupanya sepuluh hengget jer.. hmm mana nak cari lagi pasni.. +.+





Ini pula gambar malam check in hotel.. Sajer nak menghabiskan bateri henponggg.. Padahnya terpaksa pinjam charger orang sebab charger sendiri tertinggal kat rumah. Nasib sama jenis jer dengan Kak Ngah..He3


Pemandangan luar dari bilik kitaorang.. Depan tu laut .. Nampak tak??
 Kalau tak nampak, rabun lettew.. Kikikikiki



 At Tiara Coffee House untuk breakfast.. Part nie paling best sebab makan buffet.. Hilang sudah keinginan nak berdiet.. Almaklumlah muka makin tembun , susah hati punya pasal. =.=




Another view from our room.. nampak tak laut? hah baru clear yang nie.. agaknya tadi terflash kot..

Planning kitaorang sebenarnya nak jalan-jalan kat Pangkor.. Hmmm lebih kurang for last time lah before balik Taiping..

Seronok jugak.. memang betul-betul dapat release tension lepas karnival tue.. Penat kot jaga booth time tue.. Kena pulak Wanie dah balik Kedah hari Ahah tue.. Si seketoi lagi tue asyik mengularrr jerr tak habis.. Menyampah jer rasa.. Lantaklah.. Perkara dah lepas.. Malas nak kenang..

Macam biasa .. time visit Pangkor kali nie tak jalan kaki dah.. Kaki pun dah mintak rehat.. Hahaha.. Sewa Skuter Ego jer.. Then round island.. buka pergi setakat Teluk Nipah jer.. Meronda sakan sampai dekat Teluk Dalam Resort.. Sg Pinang Kechil/Besar.. Kota Belanda..Kilang Satay.. Sampaikan ceruk kampung area Teluk Nipah pun kami teroka.. Time tue baru aku tahu kat mana Raudah Camp kat mana. He3..

Time kitaorang datang tue hari Isnin.. Mostly kedai banyak tutup.. Yang ada kedai Bakso tepi jalan Teluk Nipah.. Hmm tak berkeinginan pun nak makan.. Then before proceed nak ke Pasir Bogak, sempatlah berombak rindu tepi laut.. tak tepi laut sangatlah.. kat buaian bawah pokok jer.. :P


Lepaking minum teh'o beng tepi jalan . kihkhkih..

 Bersantai bawah pokok.. siyesly memang tenang time tue.. plus tak ada orang sangat.. :')


o

Kak Ngah buat muka kiut. Ototototo.




Oh Teluk Nipah.. i'm already miss you :'( Lepas nie, bila pulak nak datang lagi.. Seronok sebenarnya release tension kat sini.. Hmmm insya Allah, ada rezeki boleh datang lagi.. 

Lepas puas beronda.. sampai habis minyak dekat Kota Belanda.. Barulah tergerak nak balik.. Lepas jer hantar motor terus makan-makan jap dekat Pangkor Kopitiam.. Nasib time tu dia masak cepat.. Baru nak komen kat Foursquare..*wink*

Then.. naik feri balik semula ke Lumut.. Starting to packing barang-barang.. Oh ini part sedih.. Even aku tak berapa nak heppy pun stay rumah tue.. still jugak bagi memori manis kan... pahit tue maybelah time banjir yang tak disangka.. now dah serah balik kunci pada Kak Pah..

So starting from last Wednesday.. saya bukan lagi rakyat daerah Lumut.. Tsssskkk tsssskkk.. 

Pasnie mana nak cari laut yer? Kat Taiping semuanya hutan..bukit-bukau belaka.. Hurmmmm

Now adaptation time.. tunggu submit report jer then presentation then berjimba lagi dekat Penang..yeayyy
girls day out again.. then back to Perak.. thennnn?? i have no idea.. apa pun wish me gudluck yer korang..

Nak mengadap report balik.. currently at Library Alor Setar.. :)