Sunday, 9 November 2014

TO WHOM IT MAY CONCERN




MULANYA CINTA


Tiada sesiapa dapat melupa
Perasaan cinta pertama
Akan ku ingat selama-lama
Saat pertama jatuh cinta


Kasih sayang senyum mesra bersama
Gurau senda pujuk rayu mu
Pastiku ingati..
Apapun juga akhirnya

Aku kan tetap mengingatimu dengan setia
Walaupun kau akan pergi
Pastiku ingati gelora cinta
Kali pertama..





#PausInMemory :'(


Thanks for everything


Bismillah..

Disaat dihimpit kesusahan..
Perkara paling yang diperlukan adalah sokongan.
Terima kasih sahabat.
Tak sangka bila aku berdepan kesusahan to the max nie
Dia hadir memberikan pertolongan tanpa ragu.
Terima kasih.. Nur Syafawati..
Semoga Allah SWT membalas kebaikan akak.






And the last but not least, 
Nyawa selama berada di Puncak Alam..
Yang sangat bersabar dengan setiap perangai aku
Yang menjadi tempat meluah perasaan..
Dan semualah.. :')

Fanaa Daisy :)


Latest picture of us


Dan kawan-kawan lain juga.. 

Till then..


Love,
Cik Katie

Wednesday, 17 September 2014

Week 2 dan Sem 5


Bismillah..

Dah masuk kedua bagi semester 5. Masih tak dapat menempatkan kat mana-mana bilik di kolej kediaman. Sedih rasa tapi nak buat macamana. Pasrah je lah menunggu budak-budak diploma nak keluar bulan 10 nie. Ohmai! A month to go.. Hish.. So skarang, memang tengah merempat je kat bilik tv kolej. Ramai lagi yang datang merempat kat sini. Syukur lah ada tempat tinggal. Selesa even tak selesa macam kat bilik kolej, mak redha je. Aku tak kisah asalkan dekat nak g kelas. Huhu.. Nanti bila kawin dah ada anak, aku nak story kat dorang kisah nie supaya jadi motivasi betapa cekalnya mak dorang nie. Kahkah. Lambat lagi kot :P

Now, memang aku selalu ulang alik Ampang-Palam-Ampang. Hari yang takde kelas, memang dengan segera aku akan blah merempit balik rumah kat Ampang (nak balik taiping jauh sangat). Rasa macam dah makin independent since balik Palam je, dah takde abang aku hantar. Memang sekarang, aku guna cukup-cukup motor tu kalau nak g mane-mane.

Bahaya?

Memang ramai macam kata.."EH, tak bahaya ke balik naik motor?"

Naik apa pun bahaya. Even jalan kaki pun boleh kena langgar. Tawakal je lah kat Allah(Swt) moga dia permudahkan perjalanan pergi-balik. Lagipun, jalan menuntut ilmu. Tak gitu? Hahaha macam ustazah pulak tetiba. Yelah, kenalah cekalkan hati. Buat masa sekarang, aku macam okey je balik naik motor. Even dekat highway Kepong-Batu Caves-Hulu Kelang tu memang tersangatlah jem then sampai Ampang pulak memang sangat banyak kereta (MRR2 especially), dah macam boleh asah skill cilok mencilok. kikiki.

Actually kan..

Aku ada presentation esok. Tercurikk masa kejap udate belog. Really want to share this story here.So that, bila aku dah senang nanti, aku boleh flashback balik zaman kesusahan. :P

Okey lah eh.. Nak buat slide presentation kejap..

Till then..


Friday, 29 August 2014

Untold Stories


Bismillah.

Dah habis bulan raya.

Lepas cukup seminggu raya, aku balik KL semula utk part time kat tempat lama. Dari aku habiskan beras baik aku menanam beras supaya tak habis time tengah tengah sem nanti.:P

Banyak untold stories yang belum dikapochikan dalam belog nie. Ahaks.

1) Tahun nie, aku dapat anak sedara baru yang ke-9. Ahaks. Baby Nurratul Dhia Amanda Binti Shariman nama diberi. Comel dan sejuk mata memandang. :) Paling kelakar, kak ipaq aku sempat jaa temankan aku beli baju raya a day before dia bersalin. Gile kental tuuuu. Hihihi. So masa orang busy nak beraya lagi dua hari, baby Dhia lahir. Adui la adik, nasib la tak kuar masa orang nk semayang raya. Anyway, dah selamat semua. Alhamdulillah. Satu rezeki dari Allah yang maha Esa buat keluarga kami :)



"Ramai yang kata nama Amanda nie selalunya cantik. Maka dengan itu membesar lah adik dengan cantiknya bukan sahaja pada paras rupa tapi dalaman juga. Jadi lah seorang puteri yang dapat menyejukkan hati ibubapa mu dan berjaya lah di dunia dan akhirat. Ikutilah panduan agamamu, Allah itu tuhanmu, Nabi Muhammad SAW itu rasul mu, Al Quran itu panduanmu.. Insya Allah , Dia akan menjaga mu dunia dan akhirat, wahai anak saudaraku.. Amanda"



2) Oh lupa pulak last entry pasal exam. Aku passed all papers but not flying colors. Sadis kan. Tapi aku redha. Kalau hal macam tu tak jadi, aku takkan tahu the true colour of others behavior. Dan attitude. Aku pn admitted. Aku pun ada salahnya. Aku sangat berharap aku dapat ubah semua tu in next sem. EH korang jangan salah anggap. CGPA aku still okey la. Cuma dulu kan near to dean list.but this sem, a bit decline. Dah la wei, malas nak taip hal tu.

3) Lately, aku ada plan about biss dengan 3rd bro. Actually dah lama sembang since Ramadhan lepas kot. Cuma aku lebih rasa serius bila equipment semua dah ada depan mata. Maknanya sekarang, aku kena polish balik skill adobe photoshop yang sedia berkarat. Gile kot. boleh pulak benda simple aku boleh lupa. Haishh. Padahal, masa aku praktikal kat Lumut dulu, selalu je aku create my own broshure and segala mak nenek travel promotions dengan adobe photoshope. Barangkali agak haru biru sikit since lappy acer merah aku buat hal dek someone yg crush gila kat aku try utk repair lappy then akhirnya.. bummm! terus rosak. Ermm not really. Rosak teruk lepas ... erm malas nak nak cakap. The end. So now lappy merah dah jadi tempat nephew aku, Ikmal layan RM full episode. Walaweh. Jangan besar nanti gila k-pop udah. :P

Aku bukan apa.. Soal business nie.. Ak lebih kepada nak bantu keluarga. When family is happy, i'm also happy. Percayalah, walau luaran aku sometimes macam pentingkan kawan, tapi sebenarnya aku selalu akan fikir family dulu. Hati orang, orang takkan tahu. Hanya Dia yang tahu apa aku fikir dan angan setiap hari.

Okeylah.. mengantuk dah nie..



Credit to Incik Gugel.




Till then..

Thursday, 14 August 2014

Cekal Hati


Bismillah..

Around 02.56am..

Badan dah letih. Penat kerja pun tak hilang lagi. Tengah tunggu result exam kat emel. But still nothing. Senang cerita, aku check esok je lah by 9am thruu UiTM portal.

Seriusly.. seriusly.. aku takut but sometimes macam takde perasaan.

Aku dah buat sebaik mungkin. Tak tidur malam pasal esaimen. Ya Allah, please ease everything!


And one more thing..

Lately, i've been experiencing feeling that very very hard to describe towards something.

Segala yang ada di langit dan bumi ini adalah milik-Mu. Ku menyusun jari kesemua sepuluh ini memohon permudahkan segala kekusutan ku dan berikanlah diriku petunjuk yang jelas.Amin..

Tuesday, 1 July 2014

Salam Ramadhan & Salam Final Exam


Bismillah..

Hari nie dah masuk hari ketiga kita berpuasa bagi tahun 2014.

Hoho beza betul dari tahun lepas.. Tahun nie , dua minggu aku akan menjalani ibadah puasa di kolej kediaman Casuarina , UiTM Puncak Alam. Full stop :p

Lama betul tak mengimbau puasa as student ;)

Dulu tiga kali puasa as student diploma dekat Alor Setar (2010-2012) .

Kali nie pertama kali puasa sebagai student degree.Next year, entahlah sempat ke tak. Aku tak check pun lagi jadual pengajian untuk sem depan. EH sem sem depan. HAHAHA






*****


Tahun nie tak berpeluang lagi nak terawih. Aku pun busy dengan study untuk final. Kena pulak jarak dua tiga hari. Paper pulak style mata kredit tinggi. Insya Allah, balance dua minggu puasa kat rumah tue, nak guna kejaq 10 malam terakhir puasa. AMIN..

Tahniah jugak pada kawan-kawan yang dah berpeluang terawih tue :)

Selain dari puasa , aku kena berperang dengan exam. Alhamdulillah, satu paper done. Four to go.
Takpe.. DUA MINGGU je nak perang pun. Aku redha je. *pasrah sekali*


*****

Perkara paling aku ingat sekali difference puasa tahun nie dan tahun lepas.

Tahun lepas :Puasa sorang-sorang . Kekadang dengan family Abg Eman.
Tahun nie: Buka dan sahur ramai je orang. Pukul 5 pagi penuh je meja makan depan nie dengan housemates.

Tahun lepas : Masak sendiri jer. Jimat!
Tahun nie : Remuk redam hati aku sebab kena beli kat bazaar Ramadhan. Aku tak suka sebenarnya. Nowadays, makanan tu seciput jer tapi rege? Haiyaa mahal tak kena gaya. Tambah kat Puncak Alam ni ha. Bihun sejemput jual RM4. Betul-betul cari untung. *teringat bazaar kat Insaniah, Aloq Staq.. Situ murah je.. :'(

**Well, disebabkan hari 1st puasa aku sambut kat rumah Abg Lan kat Ampang, maka dengan itu aku tapau siap-siap dah lauk kari ayam, bendi dan nasi. Haa tahan sampai ke sahur tadi.. Cer tambah lauk. Itu pun satu jenis.. Nak harap kedai makan dalam kolej nie.. hmm sampai ke sahur, belum tentu dapat makan. Penuh yang amat dengan budak diploma and asasi.. Pitam.


Sorry lupa rotate >.<

Kari Ayam tapau dari rumah di Ampang.. Perhangat banyak kali.. Takdelah basi..

Jangan konfius.. Mende alah tu bukan water heater. 
Aku mentioned sbb ada orang pernah pertikai
Boleh digunakan untuk masak rebus rebus.. bubur nasi ke.. sup bla bla bla..
Masak air pun boleh. Selalunya maggi aku campak dalam tue jer.
Sbb aku tak reti makan maggi yang rendam air panas tu.
Even time rumah sewa kat Kedah dulu pun aku masak..
Melainkan kalau Mee Sedap.. Tak pe la kalo nak rendam air panas..

*Anyway aku pernah jugak rebus makaroni, spagetti bolognese, sardin dan juga ketupat nona dalam nie.
Rare kan? Alkisahnya, malas nak beli nasi.. and that time, aku memang kena jimat terukk..
Sebab dah pokai gila babeng.


Tahun lepas : Terawih start malam pertama lagi
Tahun nie : Malam pertama terawih, aku atas bas Konsortium on my way dari Taiping ke KL. Huhu.. Dah malam keempat pun, tak menyempat lagi nak terawih.. Rugi..

Tahun lepas : Ada bobit. Ape tu? Hahaha, rabbit ku.. Bobit Hitam dan Bobit Oren.
Tahun nie : Bobit takde. Mati lepas sebulan aku masuk degree. A night before bertolak ke UiTM SA, Bobit cam sedeh je aku nak g sana.. Tak sangka tak dapat jumpa sampai dia mati.. Lepas aku continue study, ada lah nampak pic Bobit yg Abg Eman upload kat FB. Huhu bulu bulu dia dah tinggal sikit. Hmm..

Motif nak sedih? Yelah.. Dialah peneman aku time ayah aku puasa sebulan kat JB.. Huhuhu >.<



Bobit-bobitku.. In memory.


Tahun lepas : erm ape lagi? Tu jer kot. Hahaha. Apapun.. Every puasa, aku akan cherish zaman puasa dengan arwah mama.. Ingat lagi dulu dia buat air rambutan time nak berbuka.. Zaman tu heaven la sebab mama memang masak jer.. Jarang beli lauk kat bazaar. Now? Masak sendirikk.  Tssk tsssk.


Well apa pun susahnya, hadapi dengan tenang. Semoga arwah tak kesedihan tengok aku cmnie.. Semoga beliau ditempatkan dikalangan yang beriman Amin..


********

Exam aku bakal tamat pada 13HB Julai - paper Statistcs...

Then packing lah semula barang-barang kembali ke Ampang..
Tunggu next semester pulak.. Tak sangka dah nak sem 5..
Pas raya part time lagi.. Entah lah kat mana..
Terpaksa sebab cari duit untuk trip sem 6 nanti.. Katanya nak ke oversea..
Katanya lagi nak Sabah Sarawak bla bla bla... Wait and see je lah..




Aku tak ler pandai sangat nak bagi tips-tips nie. Demikian itu, aku minta Cik Gugel bagi hampa tips.




Till then.. 

7 Sea Steamboat and Grill


Bismillah..

Hari nie 1st July 2014..

Tapi peristiwa nie berlaku Jumaat lepas bersamaan 27 June 2014.

Usaha aku balik Puncak Alam lambat semata mata nak small indulgence dekat situ.

Demi memenuhi keinginan SIL ku (yang bakal melahirkan anak dalam masa terdekat) mengidam steamboat, kami rushing jugak ke Lumut petang Jumaat, selepas abang dan akak aku balik keje.

Selalunya makan steamboat memang akan ke Manjung, makan kat Shabu Shabu. Oleh sebab kawan kite, Kak Ngah share tempat steamboat yang baru buka kat situ, apa salahnya try kan? Hikhik


INFO 7 Sea Steamboat & Grill 

-Kedai ala ala hotel. Masuk je pintu ada receptionist yang menunggu untuk entertain anda.
-Bahagian makan di tingkat atas. Bukan bawah.
-Bayar dahulu baru boleh naik atas.
-Price : Adult (Rm29.90) & Children (Rm16) - *umur 4 tahun ke 12 tahun dikira harga children
-Menyediakan pelbagai jenis seafood, sayur, daging, ayam, etc untuk direbus ke dalam periuk steamboat.
-Sedia terima tempahan untuk event ke apa apa lah.. *ritu katanya navy buat event dlm tu.
-Menyediakan tiga jenis sup steamboat : Sup Ayam, Tomyam dan Sup Herba.
-Di meja anda, akan ada pot letak periuk steamboat setiap satu dan satu pan grill untuk panggang ayam ke daging.. ikut komer la.

Lokasi : Bukit Permata, Lumut.

So...

Time pergi tu memang lapar.. Oh yea, they served sushi too.

Penat pun agak jugaklah sebab ulang alik depan belakang depan belakang nak amik barang-barang steamboat dan segala jenis udang, sotong etc semua tue.. Kejar anak menakan lagi.. Budak nak besar, tahu je la hyper nye cmane.. Tambah ada geng.. Sian kak aku..


Interior design..



Sorry, pic sebelum makan takde sebab tak sempat nak snap. 
Mengejar anak anak time tue. 



The chef also the manager.
Experienced with 18 years working in culinary in China
also orang Perak.. Dekat jer.. Bagan Serai..
Married with 4 childrens..


Komen : 

My sister and bro said Shabu Shabu is more better than 7 Sea.. Well i agreed!

1) Barang steamboat sikit, tak macam Shabu Shabu Manjung. Grill pun sama.
2) Space meja kecik sampai aku pun taktahu mana nak letak pinggan. *2X suruh pekerja situ angkat coz mmg tak cukup tempat.
3)Price.. erm boleylah.. Tapi rasa macam mahal. Tak tahu la pada orang lain. 
4) Lack of privacy. Rasa macam tak privacy makan situ. Pekerja suka pandang-pandang. Tambah masa nak nak amik barang steamboat. Macam buat dosa lak amik makan kat situ.. Nak pandang2..Padahal dah bayar mahal kot.
5) Mangkuk penuh dengan semuttt. 

Well aku memang tak puas sebenarnya makan steamboat tempoh hari. Kenyang tapi tak puas. Boleh rasa tak cemana aku rasa? Huh. Apapun nie hanyalah komen ikhlas dari hati dan bukan nak jatuhkan mana mana pihak. Mungkin kedai tue baru lagi.. masih banyak yang kena perbaiki.. 

IF korang nak makan dengan kawan-kawan ke.. Family ke.. dalam skala 6 orang.. Maybe you will feel comfortable but if more.. Hmm i don't think so. Tambah bawak anak kecik.. Interior ? memang superb. Rasa mewah sangat but when it turns to food.. Hmm seriusly not satisfied. Yelah.. bayar dah cecah ratus.. kena lah consider itu ini.. setakat bayar sorang je.. aku tak kesah sangat..

Hope one day, they will improving their service. I hope so.. 

Apapun.. Chef dia memang sporting..Walaupun anak anak menakan aku memang hyper habis kat kedai dia, dia boleh pulak mlayan.. Hahaha. Itu yang bagusnya kedai nie. Customer feel more apreciated. Aku percaya nanti dia akan menambahbaikkan kedai tersebut. Insya Allah..

Till then..




Monday, 30 June 2014

Backpacking di Melaka


Bismillah..

Aku ke Melaka atas urusan study. Senang cerita buat assignment berkenaan "Tourism Impacts at Kg Morten Melaka". Haaa gitew. Rasanya lepas seminggu balik dari Johor kot, aku ke Melaka pulak untuk settle hal nie setelah berkali-kali dah bertangguh.

So gerak dari Puncak Alam pukul 10 lebih sebab pagi tu ada hal sikit , so dalam 12 sampai di Klang Sentral (tunggu Rapid lama sangat), beli tiket terus makan lunch kat situ. Takut lembik pulak.. Yelah nak berjalan jauh. Aku mention sekali lagi, "jalannn". Tepat 12.30pm, gerak dari Klang Sentral menuju ke Shah Alam, then baru betul bertolak ke Melaka.

Sampai Melaka Sentral dalam pukul 3 lebih.. hmm agak lost sebab time pergi tue 1st visit ke Melaka. Before nie, aku tak pernah jejak kaki pun kat negeri bernama Melaka nie, kalau ada pun, dekat RnR Ayer Keroh je lah pun.. masa balik dari JB dulu.

Then naik bas 17 kot yang Panorama Bus tue.. ke Bandar Hilir.. Sekeliling jalan tu penuh dengan rumah-rumah kampung Melaka yang sangat indah. yer lah 1st time, memang menilau kiri kanan lah nak tengok rumah tue. Kami stop dekat Dataran Pahlawan sebab nak jumpa kawan lama time dip dulu. Oh yea, lupa nak kabor.. aku g bersama Farhana Daisy, other group member. Lagi sorang? Missing in action. Ahh malas nak cakap.

Pastu ke Tourist Centre dekat dengan Bangunan Stadthuys. Settle hal kat situ, pergi pulak makan cendol, Mira Rafi(kawan masa diploma) belanja dekat Jam Besar (alah area situ-situ jugak). Pastu nak ke Kg Morten, kami naik ride boat cruise menyusuri Sungai Melaka. Wow memang interesting. Dengan RM10 per ride per pax (lupa kanak-kanak bape rm) , korang boleh tengok bangunan-bangunan sejarah di kiri kanan korang.. Cantik sangat! Aku ada jugak lah record video time tu, tapi entah lah boleh working ke tak.

Kemudian, arrived di Kg Morten....

Permai sungguh kampung tue. Dengan buah mangga merimbun kat pokok-pokok mangga tue.. terasa feeling balik kampung.. (perasan sebab kampung aku tak macam kampung pun.. >.<) . Setelah settle beberapa hal, ke Yunnus Homestay sebab kitaorang bermalam kat homestay tu.




Malam tu pulak, interview bersama Datuk Sidang Kg Morten. So memang banyak info-info pasal pembangunan situ. Hmm lepas tu lepak kat Riverline , duk ngeteh kerang bakar. Then balik tido.. huhuhu penat kan. Eh silap, g selfie & cuci mata dulu tengok kawasan kampung.



Dibawah nie beberapa gambar dalam bilik:



Bilik air yang memang bersih :)


Some amenities macam uncang teh, TV dan meja mekap.



Bed yang selesa.




The main house. Yang ni disewakan dengan harga RM400++
Sesuai untuk keluarga atau group :)



Malam tue tido , perghh memang sejuk nak mamtiks kot. aircond tu aku rasa takde kuat mane pun. tapi sejuknyaaa hadui.. peluk bantal, bantal tu pun sejuk mengalah ais.. Si Farhana Daisy pulak dah keras. Last last memang lena jugak sebab mengantuk punya pasal.

Keesokan harinya..

Setelah bersiap-siap, breakfast dulu dengan air teh. Hehehe buat sendiri jer. Lepas jalan -jalan lagi sekeliling kampung ambik gambar.. Lepas tu, selfie dengan budak kecik yg kami jumpa dekat tepi riverine Kg Morten. Nama Aish. Comel! Budak lelaki. Rupanya parents dia pun stay kat situ jugak. Beria la budak tu kata tido hotel. Hahaha. Makcik homestay tu kata parents dia nak merasa stay kat rumah kampung sbb dorang takde kampung. Orang Johor , tak silap aku, JB..

                                      

Lepas settle membayor duit homestay (Rm100/night/room) , kami pun gerak jalan kaki ke Bangunan Merah (Stadhuys) melalui persisiran sungai. Memang ada walking pathway sepanjang sungai sampai ke situ. So boleh jumpa macam macam jenis design jambatan kat situ. And macam macam nama jugak.


Dengan adanya trip buat sendiri nie, aku baru dapat jalan dekat dekat dengan bangunan-bangunan sejarah yang ada kat Melaka to be specific Banda Hilir. Hmm what can i conclude, it was a beautiful scenic and full of heritage value. 

Beberapa minggu lepas tu, aku ada g sekali lagi.. 

Tapi dengan kengkawan kite la.. Noomie, Kak Ngah and Opah..

Jenjalan sampai ke Muar pastu singgah Melaka balik.. emm Dataran Pahlawan.. Dapat jugak menyinggah dekat Masjid Selat Melaka.. Sorry pic takde.Sbbnye masa aku stop tue, Subuh.. Langit gelap lagi and henset tak berapa nak canggih nie tak ley nak capture.. Huhuhu..

Well, memang cantik and best sebab diatas laut. Even tak nampak laut, tapi still dapat dengar bunyi ombak.. sambil tue siap ada kilat memancar kat langit.. hamboih.. camaner lak para sailor duk kat tengah laut nun eh? takut pulak tengok.. Subhanallah.. 


Cilok dari Gugel.

Ini rupanya bila pegi time langit still gelap..


Ini pulak view waktu siang.. Pun dicilok dari Gugel..


Well.. itulah report dari trip buat sendiri sambil buat esaimen ke Melaka Bandar Bersejarah.

Banyak nilai yang aku dapat.. Pemandangan yang cantik.. Bangunan bangunan lama.. Paling attracted, lukisan lukisan belakang bangunan bangunan lama tue. Bagus jugak idea tu untuk preserve khazanah lama kan? Bukan ke ianya salah satu Tourism Inventory negara? Hehehe

Aku stop sampai sini...

Till then guys.

*Sorry pic ada pecah sikit.. Edit teroverrr sangat kot.. :P

Wednesday, 21 May 2014

Puteri Harbour Family Indoor Theme park


Bismillah..

Sorry for late update. I'm quite busy tido-ing. Kekeke..

Seperti dijanjikan sebelum nie, nak story morry pasal trip ditaja khas oleh my 3rd bro, Abg Lan & SIL, Kak Erna ke Sanrio Hello Kitty Town yang terletak di Nusajaya, Johor.


BIG APPRECIATION TO THEM FOR THE TREAT! =D

Kenapa aku caps lock besar-besar? Hahaha. Ianya sebagai tanda TERIMA KASIH sebab sudi bayarkan harga tiket yang sikit lagi nak sampai RM100 :P Kitaorang amik tiket Two Park Pass and with this pass, we are allowed to visit Sanrio Hello Kitty Town and Little Big Club.




And free drink at Lat's Place from 11am until 7pm.


Area luar Lat's Place. *Tapi tak ambik pun free drink :P*


1stly, korang dah boleh agak kan ini tempat apa. Yes, ianya sejenis indoor themepark yang bagi aku selesa dan okey untuk bawa anak-anak kecik sebab tak panas. Tapi bila mengenangkan price nya.. (oh price sebenar RM85 tapi mesti kena tunjukkan IC untuk dapatkan price nie..) , hmm aku rasa dalam 10 minit korang boleh habis tawaf kot kawasan dalam Hello Kitty Town. Thats the cons.



Well aku mulakan dengan Sanrio Hello Kitty Town.


1) Masuk je dalam tue, memang seluruh kawasan tu akan terpampang dengan muka Hello Kitty je. Pinky shineee gitew. Well chidlren of course lah akan attracted dengan keindahan disekeliling sebab cantik dengan lampu-lampu, decorations bla bla..

2) Dihiburkan dengan "Hello Kitty show" dekat stage. So adalah kita nampak Si Kitty nie menari-nari atas stage. (Gambaran seperti korang tengok Hi5 tu.. Kehkeh). Lepas Si Kitty habis show, boleh la selfie dengan dia. Oh yea, Kitty rupanya ada boyfriend named as Dear Daniel *baru tahu..>.<


Eventually, Anis dapat jugak jumpa Hello Kitty depan-depan :)

3) Kemudian, ke beberapa rumah Kitty. Rumah 1st, kita akan decorate cookies yang bentuk muka si Kitty nie dengan peralatan yang diberi and after that, kita boleh makan cookies tue.


Taraaah! Yang pink tu actually gula yang dikalerkan. Rendam dengan sirap kut. 
Then yang mata and misai tue normal lah, gune Hershey's rasanya. ^,^

Huh burok gile aku buat. Tangan tak kreatif memang cenggitu.


My 3rd bro's family... cute and small..
 Terima kasih kepada mereka yang sudi menaja aku. *terharu sikit :')*

Oh Anis! baru pandang kamera, Ahahaha..



Ini dapur di rumah Hello Kitty dan aku yang buat buat rajin disitu. ". ."

4) Then, moved ke rumah kedua. Hmm lebih sesuai dipanggil bilik kut. Okey, bilik kedua. Photography session dengan kostume Hello Kitty... Nice one.. 



Tak faham aku kenapa abangku tak mahu pakai kostume nie. Melawakkan barangkali?
Baru perasan kostume iolls sama dengan Anis, hikhik.

6)  Kemudian, kami ke Hello Kitty Town Black Wonder


Bahagian nie pula kitaorang macam kena main satu game cari hint la.. Alkisahnya Hello Kitty nie kena culik, so koranglah yang kena selamatkan dia.*Nampak tak kat atas tu due ekor Hello Kitty kena kurung..* Sekali pandang, kawasan nie macam dalam cite Pirates of the Carribean. Dengan kena cari guna lampu nie..


Kena guna lampu nie untuk cari hint kat map.

Ikut hati, aku memang malas gila nak teka-teka password dan hampir give-up.
Tapi pekerja situ memang sungguh-sungguh suruh aku habiskan mission nie.
*siap pancing lagi nak bagi sijil if menang :P

Maka dengan itu, aku dengan Kak Erna strunggle lah cari balik hint untuk lepas si kucing nie.

Then setelah dapat, rupanya passwordnya adalah "K I T T Y"

And me is like "huhhhhhh!"

Hahahaha. Sengaja je nak bagi thrill kan. Akhirnya barulah...


Hello Kitty senyum sebab dah dilepaskan.. :)


Sijil yang dijanjikan.. Sweet like sugar kan. :P





Lepas pusing pusing kawasan dalam tu, maka kami moved ke tingkat seterusnya..



LITTLE BIG CLUB



Seperti gambar diatas, dalam LBC terdapat kartun Thomas & friends, Angelina Ballerina, Barney, Pingu dan BoB n Builder. Kat sini rasanya sesuai untuk budak budak kecik lelaki. Yelah yang Hello Kitty lebih sesuai dengan perempuan, kat sini untuk lelaki la pula. 

Memang havoc and exciting. Even aku nie sekali pandang ingatkan mak kepada si Anis, aku tanpa segan silu ride permainan yang ada. Not only me, my SIL pun sekali but dia temankan Anis la..

Muka tak tahu segan betei la aku nie. Kikiki :P


Ahaks. Zaman iolls kecik dulu takde menatang nie lagi, 
itu yang excited lebih. Kakaka


Again with our family portrait atas train ala ala kat Times Square

Eh sedondon merah? What the heck!? 

Nie pulak ermm anybody knows who is he? I forgot already..
I found him merayau rayau dekat tingkat atas LBC =.=



The most cute cartoon instead of Hello Kitty i think.. Angelina Ballerina.
Eventhoo dia hanyalah seekor tikus yang bermimpi untuk menari ballet.
^_____^


Daydream with magical stick! >,>


Dan setelah berpuas hati selfie dan ride bermacam macam benda sampai tak henggat dunia,
kami pun beransur pulang. oh yea last but not least

Our memory that need to bring home..



My SIL said she wants to paste it at her daughter's room
(also surrounded by pink colour..!) 


We had ended our enjoyable trip with a couple glass of ice - blended (SHARING!)
*juga ditaja oleh Abg Lan, huh geleng kepala iolls, ekcelli tak mintak pun suruh beli*


Setelah keluar dari Nusajaya, ingatkan balik KL terus. Rupanya menyinggah pula kat sini...


Johor Premium Outlet

Adalah dimaklumkan aku tak shopping apa pun. Cuma stop makan, solat semua.

Aku dan Abg Lan shopping mata jer.. Yes, memang murah sikit lah dekat sini. 20% off dari price biasa.

Padini pulak memang mengancam hatiku. Ada ke time tue, jeans tinggal RM39 hengget je! 

PDI kot!! Tapi duit makin menyusut. Nanti-nantilah..


My SIL? Ada kot borong sikit. Abg Lan cakap nanti kumpul duit dan boleh datang lagi. 
Ahaha tak tahu la tahun bila. Tunggu aku kawin la senang. 
Beli barang hantaran kat sini. Kikiki.


*This outlet memang nak generate economic sebab attracting Singaporean untuk shopping disitu.*


Selesai semua , kami gerak balik Ampang. 
*sampai pukul dua pagi >.<*

Tak balik Palam terus sebab Abg Lan tak larat gile nak hantar.


End of my Johore trip :)




*Lepas nie boleh kumpul duit, trip ke USS pulak.


Till then...