Bismillah..
Hari nie dah masuk hari ketiga kita berpuasa bagi tahun 2014.
Hoho beza betul dari tahun lepas.. Tahun nie , dua minggu aku akan menjalani ibadah puasa di kolej kediaman Casuarina , UiTM Puncak Alam. Full stop :p
Lama betul tak mengimbau puasa as student ;)
Dulu tiga kali puasa as student diploma dekat Alor Setar (2010-2012) .
Kali nie pertama kali puasa sebagai student degree.Next year, entahlah sempat ke tak. Aku tak check pun lagi jadual pengajian untuk sem depan. EH sem sem depan. HAHAHA
*****
Tahun nie tak berpeluang lagi nak terawih. Aku pun busy dengan study untuk final. Kena pulak jarak dua tiga hari. Paper pulak style mata kredit tinggi. Insya Allah, balance dua minggu puasa kat rumah tue, nak guna kejaq 10 malam terakhir puasa. AMIN..
Tahniah jugak pada kawan-kawan yang dah berpeluang terawih tue :)
Selain dari puasa , aku kena berperang dengan exam. Alhamdulillah, satu paper done. Four to go.
Takpe.. DUA MINGGU je nak perang pun. Aku redha je. *pasrah sekali*
*****
Perkara paling aku ingat sekali difference puasa tahun nie dan tahun lepas.
Tahun lepas :Puasa sorang-sorang . Kekadang dengan family Abg Eman.
Tahun nie: Buka dan sahur ramai je orang. Pukul 5 pagi penuh je meja makan depan nie dengan housemates.
Tahun lepas : Masak sendiri jer. Jimat!
Tahun nie : Remuk redam hati aku sebab kena beli kat bazaar Ramadhan. Aku tak suka sebenarnya. Nowadays, makanan tu seciput jer tapi rege? Haiyaa mahal tak kena gaya. Tambah kat Puncak Alam ni ha. Bihun sejemput jual RM4. Betul-betul cari untung. *teringat bazaar kat Insaniah, Aloq Staq.. Situ murah je.. :'(
**Well, disebabkan hari 1st puasa aku sambut kat rumah Abg Lan kat Ampang, maka dengan itu aku tapau siap-siap dah lauk kari ayam, bendi dan nasi. Haa tahan sampai ke sahur tadi.. Cer tambah lauk. Itu pun satu jenis.. Nak harap kedai makan dalam kolej nie.. hmm sampai ke sahur, belum tentu dapat makan. Penuh yang amat dengan budak diploma and asasi.. Pitam.
Sorry lupa rotate >.<
Kari Ayam tapau dari rumah di Ampang.. Perhangat banyak kali.. Takdelah basi..
Jangan konfius.. Mende alah tu bukan water heater.
Aku mentioned sbb ada orang pernah pertikai
Boleh digunakan untuk masak rebus rebus.. bubur nasi ke.. sup bla bla bla..
Masak air pun boleh. Selalunya maggi aku campak dalam tue jer.
Sbb aku tak reti makan maggi yang rendam air panas tu.
Even time rumah sewa kat Kedah dulu pun aku masak..
Melainkan kalau Mee Sedap.. Tak pe la kalo nak rendam air panas..
*Anyway aku pernah jugak rebus makaroni, spagetti bolognese, sardin dan juga ketupat nona dalam nie.
Rare kan? Alkisahnya, malas nak beli nasi.. and that time, aku memang kena jimat terukk..
Sebab dah pokai gila babeng.
Tahun lepas : Terawih start malam pertama lagi
Tahun nie : Malam pertama terawih, aku atas bas Konsortium on my way dari Taiping ke KL. Huhu.. Dah malam keempat pun, tak menyempat lagi nak terawih.. Rugi..
Tahun lepas : Ada bobit. Ape tu? Hahaha, rabbit ku.. Bobit Hitam dan Bobit Oren.
Tahun nie : Bobit takde. Mati lepas sebulan aku masuk degree. A night before bertolak ke UiTM SA, Bobit cam sedeh je aku nak g sana.. Tak sangka tak dapat jumpa sampai dia mati.. Lepas aku continue study, ada lah nampak pic Bobit yg Abg Eman upload kat FB. Huhu bulu bulu dia dah tinggal sikit. Hmm..
Motif nak sedih? Yelah.. Dialah peneman aku time ayah aku puasa sebulan kat JB.. Huhuhu >.<
Tahun lepas : erm ape lagi? Tu jer kot. Hahaha. Apapun.. Every puasa, aku akan cherish zaman puasa dengan arwah mama.. Ingat lagi dulu dia buat air rambutan time nak berbuka.. Zaman tu heaven la sebab mama memang masak jer.. Jarang beli lauk kat bazaar. Now? Masak sendirikk. Tssk tsssk.
Well apa pun susahnya, hadapi dengan tenang. Semoga arwah tak kesedihan tengok aku cmnie.. Semoga beliau ditempatkan dikalangan yang beriman Amin..
********
Exam aku bakal tamat pada 13HB Julai - paper Statistcs...
Then packing lah semula barang-barang kembali ke Ampang..
Tunggu next semester pulak.. Tak sangka dah nak sem 5..
Pas raya part time lagi.. Entah lah kat mana..
Terpaksa sebab cari duit untuk trip sem 6 nanti.. Katanya nak ke oversea..
Katanya lagi nak Sabah Sarawak bla bla bla... Wait and see je lah..
Aku tak ler pandai sangat nak bagi tips-tips nie. Demikian itu, aku minta Cik Gugel bagi hampa tips.
Till then..