Bismillah.
Dah habis bulan raya.
Lepas cukup seminggu raya, aku balik KL semula utk part time kat tempat lama. Dari aku habiskan beras baik aku menanam beras supaya tak habis time tengah tengah sem nanti.:P
Banyak untold stories yang belum dikapochikan dalam belog nie. Ahaks.
1) Tahun nie, aku dapat anak sedara baru yang ke-9. Ahaks. Baby Nurratul Dhia Amanda Binti Shariman nama diberi. Comel dan sejuk mata memandang. :) Paling kelakar, kak ipaq aku sempat jaa temankan aku beli baju raya a day before dia bersalin. Gile kental tuuuu. Hihihi. So masa orang busy nak beraya lagi dua hari, baby Dhia lahir. Adui la adik, nasib la tak kuar masa orang nk semayang raya. Anyway, dah selamat semua. Alhamdulillah. Satu rezeki dari Allah yang maha Esa buat keluarga kami :)
"Ramai yang kata nama Amanda nie selalunya cantik. Maka dengan itu membesar lah adik dengan cantiknya bukan sahaja pada paras rupa tapi dalaman juga. Jadi lah seorang puteri yang dapat menyejukkan hati ibubapa mu dan berjaya lah di dunia dan akhirat. Ikutilah panduan agamamu, Allah itu tuhanmu, Nabi Muhammad SAW itu rasul mu, Al Quran itu panduanmu.. Insya Allah , Dia akan menjaga mu dunia dan akhirat, wahai anak saudaraku.. Amanda"
2) Oh lupa pulak last entry pasal exam. Aku passed all papers but not flying colors. Sadis kan. Tapi aku redha. Kalau hal macam tu tak jadi, aku takkan tahu the true colour of others behavior. Dan attitude. Aku pn admitted. Aku pun ada salahnya. Aku sangat berharap aku dapat ubah semua tu in next sem. EH korang jangan salah anggap. CGPA aku still okey la. Cuma dulu kan near to dean list.but this sem, a bit decline. Dah la wei, malas nak taip hal tu.
3) Lately, aku ada plan about biss dengan 3rd bro. Actually dah lama sembang since Ramadhan lepas kot. Cuma aku lebih rasa serius bila equipment semua dah ada depan mata. Maknanya sekarang, aku kena polish balik skill adobe photoshop yang sedia berkarat. Gile kot. boleh pulak benda simple aku boleh lupa. Haishh. Padahal, masa aku praktikal kat Lumut dulu, selalu je aku create my own broshure and segala mak nenek travel promotions dengan adobe photoshope. Barangkali agak haru biru sikit since lappy acer merah aku buat hal dek someone yg crush gila kat aku try utk repair lappy then akhirnya.. bummm! terus rosak. Ermm not really. Rosak teruk lepas ... erm malas nak nak cakap. The end. So now lappy merah dah jadi tempat nephew aku, Ikmal layan RM full episode. Walaweh. Jangan besar nanti gila k-pop udah. :P
Aku bukan apa.. Soal business nie.. Ak lebih kepada nak bantu keluarga. When family is happy, i'm also happy. Percayalah, walau luaran aku sometimes macam pentingkan kawan, tapi sebenarnya aku selalu akan fikir family dulu. Hati orang, orang takkan tahu. Hanya Dia yang tahu apa aku fikir dan angan setiap hari.
Okeylah.. mengantuk dah nie..
Credit to Incik Gugel.
Till then..