Wednesday, 28 January 2026

My Baby Boy :')


Assalamualaikum 

Lama ya tak posting since 2019..
Lot of things happened

Last entry aku tahun 2019
Selepas raya aku disahkan mengandung

Trimester Pertama
Selepas check UPT, naik dua line. Aku bagitahu suami.
Dia gembira namun kami ambil pendekatan utk taknak bercerita lagi
Selang beberapa hari aku demam, muntah, mual senang ckp lembik
Pergi KK Jalan Macalister, doktor suruh check UPT 
Ya memang confirm mengandung
Terus ke KKIA sebelah utk buka buku pink
Bermula episod tak lalu makan. Nak luah segalanya.. 
Lastly warded di Hospital Kepala Batas sbb kebetulan time tu suami ada kerja kt situ
Niat aku nak jumpa doktor je. Lepas post dekat IG , kantoi semua tahu berita pregnancy
Masuk wad kena masuk air sebanyak 10 bag. Dehidrasi kata doktor
Lepas tu, makan nasi dan kangkung belacan je yg aku lalu
Air pun air sirap. Berat turun banyak. Makan apapun tak lalu.

Trimester Kedua
Aku dah cergas, kuat dari sebelumnya
Ada beberapa benda juga yg aku mengidam nak makan
Contohnya : bihun singapore dan sambal kicap. 
Aku bangun tengah malam masak sendiri. Lepas tu ais kacang 
Abahnya pun mengidam pizza. Tak banyak sangat aku mengidam. 
Rezeki kami dpt kuarters. Masuk pindah tu aku kemas sikit. 
Terkejut tiba-tiba baby tak bergerak sangat. Bila pergi KKIA, diorang tak percaya
Diorang cakap baby aku okey je. Tambah pula aku belum lagi start kiraan kick baby.
Aku mengandung anak pertama. Mmg overthinking la kan.
Alhamdulillah baby okey. Sihat je.
Oh ya satu lagi, aku teringin aiskrim McD. Pernah sekali leka makan ais krim,
Aku  jatuh di kawasan parking dan lutut kedua belah tu berdarah.
Husband kerja jauh. Di seberang time tu, Aku pelan-pelan drive balik. 
Sesampai dia di rumah, kami ke HPP utk check baby. 
Alhamdulillah baby okey. Mama dia je luka sikit dkt lutut.

Trimester Ketiga
Aku kembali alahan yang sangat-sangat teruk.
Pergi kerja kena bawa payung sebagai tongkak
Pinggang sakit sangat2. Batuk pulak mcm nak terkeluar tekak.
Berlarutan dari Krismas sampai ke CNY. Aku mmg lemah sangat waktu tu
Tambah ada sedikit tekanan lain kdg2 aku tak tidur malam fikir hari-hari
Sampai tarikh checkup terakhir di KK, mereka check degupan jantung baby
TIADA! Berkali-kali takde. Doktor check takde!
Diorang suruh pergi PAC HPP. 4-5 kali pakar check, baby dan meninggal dalam perut

Dunia aku terhenti. Apa yang jadi? Aku buat salah apa ?? Kenapa jadi mcmni?
Doktor suruh dtg semula esok utk induce. Mlm tu kami balik Semeling dgn hati yg berkecai
Aku menangis tak berenti. Mak mertua diam je. Bagai menghormati aku waktu tu
Takda tanya panjang. Diorang bagi aku rehat dan aku betul2 menangis tak berhenti

Esoknya aku masuk wad
Induce pertama : ubat. Tak jalan. 
Induce Kedua : belon. Tak jalan jugak. 
Aku jadi letih. selepas 5hari di wad, doktor suruh balik dulu
Biasalah anak pertama. Kemudian, aku discharge. Hari jumaat. 
Suami belikan air kepala buat penenang hati. Kami xde sedih xde apa. Masing2 menahan perasaan
Dalam hati tiada siapa yg tahu. 
Malam tu husband belanja makan McD. Lepas makan, aku jalan sekitar rumah. Naik tangga
Aku ckp "Mama redha Adam. Takpe. Keluarlah sayang. Mama okey"
Malam tu ramai berkampung di rumah aku. 

Pagi subuh tu mula kontraksi. Secara natural.
Mak masak nasi goreng. Makan semulut dah tak lalu.
Perut dah start kontraksi. Tunggu sampai pukul 11.30am. 
Aku mandi,siap2 nak ke Wad Bersalin. Pukul 1 ptg tu ya Allah nak menapak ke kereta pun sakit sgt2
Husband pegang tangan dibelakang, adiknya tlg drive ke hospital.
Jalan Masjid Negeri ke hospital tu jem pulak ahhh stress!
sampai wsd, diorang suruh tukar check bukaan dah 3cm
lps tu tunggu wad dekat dgn LR. Dahaga sungguh. Tunggu air dr husband tak sampai
rasa nak marah pun ada. Lidah tak berhenti zikir Nabi Yunus A.S
Lepas asar tu masuk LR bukaan 6cm
Tgh tunggu doktor deliver katil depan aku tu, sis tu dapat anak perempuan. 
Bersorak satu LR nak sambut baby girl. Ketuban pecah, nurse tukar sheet.
Senyap sedikit, aku teran sorang-sorang. Maka berlarilah doktor2 ke tempat aku pula
2-3 kali teran akhirny Adam lahir ke dunia namun hanya jasad sahaja
Doktor nangis, Kata nak pegang tak? Aku waktu tu tak mampu dah nak buat apa
Lemah sangat. Husband tengok Adam lepas tu mereka bawa kerumah mayat
Suami bg kata kata semangat
Kemudian hadap jahitan pulak. Warghh Terasa sangat jarum menembus. Fuhh

Siap semua around 8pm. Aku ditolak ke wad semula
Mandi, segarkan badan
Husband bawakan nasi panas2 dan ikan bilis 
suapkan aku. masa tu aku makan berselera sgt.
mlm tidur tu baru rasa nyenyak. mungkin sbb satu beban dah hilang
selagi tak bersalin, selagi itu org bertanya tak keluar lagi ke? sampai fedup aku nak layan

Ahad tu 
Aku discharge bersama Adam. Aku, suami, ayah aku dan abg2 aku menunggu di depan bilik mayat
Adam kaku berada di pangkuan aku. Suami aku mengucup pipi Adam
Dia mmg sentiasa ada dan kuat bersama aku. Tak pernah menyalahkan
Mak mertua pun sama. Mak nangis kata cucu mak dah pergi syurga dulu
Kita ni belum tentu. Aku sayu tapi aku kaku tiada reaksi.
Sampai di Semeling, saudara mara dah sambut Adam. Ramai sayang dia walau dia tidak bernyawa
Yang memandikan Adam, Kak Ilah, kak angkat suami. Menitis mata. 
Sayu suasana ketika itu. Air mata aku menitis. Jiwa kosong. Tenang. Tak macam hari pertama aku tahu Adam meninggal. Aku tenang. Aku redha cuma air mata turun tanpa esakan, tanpa sedu sedan

Maka berakhirnya kisah aku dan Adam..
Allah pinjamkan 38 minggu dalam kandungan
Seminggu sebelum Covid-19 melanda
Waktu bersalin tu, kami stranded di Semeling. Aku ketika itu tengah berpantang sama
Walau begitu, dia cukup sempurna
Kakinya panjang sama mcm aku
Wajah mcm abahnya. 
Kadangkala bila tengok Adam nampak mcm suami tengah tidur

Adam pilih menjadi anak syurga dikala dunia gempar dilanda Covid-19
Ya lama kisah ni aku pendamkan
Aku menulis di sini utk ingatan suatu masa nanti
Yang aku pernah mengandung, bersalinkan seorang bayi
Till now, aku masih belum ada rezeki
Aku redha. 
Aku harap aku stabil dan sihat walafiat
Itu pun cukup bersyukur bagi aku

Till now, aku masih takde rezeki untuk mengandung semula.
Aku mcm dah redha
Aku mcm kalau ada, adalah.. Kalau takde, aku redha
Aku serahkan urusan itu kepada Allah. 

Demikian itu kisah Mohd Adam Muqri
satu-satunya anak aku dan suami

Yang ada sekarang, anak bulus je
Chiko and furfriends..
Tapi itulah diva sikit Chiko tu. BSH kan..
Berlagak, tak suka dipeluk, digomol
Macam i need my own privacy gitu

Terima kasih sekiranya ada yg membaca
Tapi aku rasa,aku je kot yg baca HAHA

Till then