Thursday, 24 January 2013

Salam Maulidur Rasul

Bismillah..

Hari ini hari Maulidur Rasul yakni hari kelahiran junjungan besar kita iaitu Nabi Muhammad SAW *selawat*.

Dulu kalau time sekolah rendah or menengah , mesti sekolah buat pertandingan nasyid ke atau aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan. But bila dah besar nie tak ada dah nak rasa semua tue. Tapi itu bukan alasan untuk kita tidak menyambut maulidur rasul. Apa susah, berselawatlah ke atas Rasulullah SAW time kita duduk sensorang tu. Mudah kan? :)



Semoga kita semua tidak mengingati Rasulullah SAW untuk hari ini sahaja tapi biarlah tetiap hari kita mengingati, menyayangi dan mengikut ajaran-ajaran Rasulullah SAW demi mendapatkan keredhaan Allah SWT. 

Macam juga aku. Honestly, aku tak baik dan aku juga tak alim. Aku biasa-biasa je. Cuma, kita jangan lupa perkara-perkara yang WAJIB kita patut laksanakan. Contoh terdekat : Solat 5 waktu. :) 

Hmm lagi satu nak share. Last Friday masa balik lunch hour tue, terdengar khutbah Jumaat masjid kat Lumut tue cerita pasal Golongan yang mendapat naungan masa hari akhirat. Ustaz tu cakap..

"Jangan merasa kagum melihat orang-orang tua yang rajin membuat amal ibadah. Ini kerana sudah masanya untuk mereka kembali  taat.. tapi merasa kagumlah dengan PEMUDA yang membuat amal kebaikan.."

I agree! terdapat 7 Golongan orang yang bakal dapat naungan ketika akhirat kelak :

  1. Pemimpin yang adil.
  2. Pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada Tuhannya.
  3. Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid.
  4. Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah. 
  5. Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk berzina lalu dia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”
  6. Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya.
  7. Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya 

Hahaha sila refer yang aku dah Bold tue.

Oleh itu,
Wahai abang-abang hensem kat luar sana, silalah berbuat kebaikan di masa muda anda. Allah nak bagi naungan free di akhirat kelak, takkan nak tolak? Tak gentleman lah weh. ;)

Hoping that semoga semua kawan-kawan lelaki aku semuanya mendapat naungan ini. Mudah-mudahan.. *doa dari seorang rakan anda yang comels , wink*




Muka sedih sebab tak dapat cuti :p

Oh mayy, dah terlari tajuk pulak. Apepun aku ucapkan Salam Maulidur Rasul. Sorry silap entry pulak tapi boleh lah tue. Kena juga sikit-sikit kan? Hiks. Akhir kata , contohilah Rasulullah SAW dalam perlakuan hidup seharian kita. :)


Regarding to "Maulidur Rasul" day, sesuai sangatlah baca buku diatas nie. Bought it at Kedai Buku 1 Malaysia :)

Till then..


NotaKaki: Rakan-rakan lelaki tersebut tiada kaitan dengan heart-heart feeling okey.. kbai.





Monday, 21 January 2013

Degree thing


Bismillah..


"Semalam tidak akan sama seperti hari ini, Hari ini tidak akan sama seperti esok.. "

Realized that i am 21-years-old.. Aku rasa ini adalah yang terbaik to move one step in my life. 

What a bright and sunny day.. aku ke BSN Lumut then terus mintak nak beli no pin bagi Penerapan Diploma ke Ijazah UiTM.



Thanks to Cik Ququ sebab banyak kali aku kacau dia time isi form. Actually aku memang terlupa pasal form biru kecik yang macam kat bawah nie..



Nasib baik jugak time Cik Ququ cakap tu, baru giliran ke 1067. So dengan kadar segera, aku terus fill form. Hmm everythings running well dan aku pun dah boleh log in borang permohonan. Cumanya, aku baru fill yang basic informations kat page one je. Page kedua pasal result SPM. Ommo.. tertinggal pulak dekat kampung. Tak pe , a month remaining before tarikh tutup. nanti aku isi balik. Kehkehkeh.

Maka dengan itu, aku nak kabor pada budak-budak Diploma UiTM yang rasa nak continue study..




PENERAPAN UiTM sudah pun dibuka. So ape lagi! Follow these steps untuk isi borang permohonan.

1. Pegi beli no pin di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan. 
2. Buka student portal then masukkan no matrik dan juga password.
3. Then amik yang Application for continuation of Studies.
4. So lepas tu pilih program pengajian yang ingin dipohon :  program ijazah sarjana muda atau program profesional. ( of course lah amik degree bukan profesional hokey).
5. Masukkan no pin BSN yang korang belik kat BSN tu.
6. Selamat isi form. Take extra care time isi okey. 


Until this sec, aku still berpegang pada degree tourism. Aku macam malas nak tukar course, yep memang aku malas pun. Lagipun aku dah fall in leppp dengan travelling, so biarlah aku keep in this track. Semoga tercapai hendaknya nak jadi lecturer. Upss. Kalau dapat, aku nak ajar student aku subjek Tourism Geography. Ala-ala Madam Nesma gitew. Amin, insya Allah. Doakan aku yer korang =)


Till then.. 

Alhamdulillah,

Monday, 14 January 2013

Note to Self








Bismillah..



                                     




Alhamdulillah,

Wednesday, 9 January 2013

Hai Saya nak tunang!

Bismillah..





Sabtu lepas baru tengok baju kawen saya.. *terajang muka sendiri*

Kfoinee! Aku meneman Wanie je tengok baju kawen dia dengan Kak Ngah (Syima Nadz) dekat Butik Cinta, Alor Setar. Tapi walau bagaimanapun, nampak macam sesuai pulaks tengok veil tue dok tergantung atas kepala aku. Seems like sesuai pula dengan muka. *terajang muka kali kedua! dush dush*

So Wanie akhirnya sudah memilih busana perkahwinan dia yakni ; satu persalinan baju nikah, satu persalinan untuk bersanding (belum tetap lagi theme color) dan ehemm sepersalinan baju putih yang meletopss nak pakai time photoshoot dengan abg askar komando dia dekat Jubli Mas nanti. Auww! Dengar katanya , Wanie nak pakai baju putih tue dengan baju istiadat tentera darat but yang lower rank kot.  Hmm harap semuanya lancar. Insya Allah :)


 Semua sibukkan diri mencari pelamin up-to-date masa kini. 
Yang tengah try veil tu baru pengantin yang sebenar :)


Well. Ramai jugak kawan-kawan aku nak tunang/kahwin.

Happy married dear friends. Jangan ditanya bilakah masa aku. Keje pun tak tetap lagi, kereta pun tak beli lagi, praktikal pun tak habis lagi and and and boyprenn pun dok tak dak lagi.. ada hati nak memikir pasei kawen. ;p

Till then ..

:)
 
Alhamdulillah,













Friday, 4 January 2013

Hello New Year 2013!

Bismillah,

Not too late to wishing uolls HAPPY NEW YEAR !!

Disaat orang ramai sibuk counting new year, aku rilex melayan movie FORREST GUMP kat laptop. Even bunyi bunga api tengah meletup-letup kat belakang rumah, aku tetap focus on movie tue. Bagus movie tue. Penuh rasa inspirasi dan motivated. Kenalah dengan mood new year malam tue kan. 


:)


So..
Alhamdulillah. I survived last 2012 year without facing any natural disaster like tsunami etc. :p

Maka berlalulah tahun 2012.. it was a great year. Syukur alhamdulillah semuanya okey dan banyak momen happy tapi sedih pun ada jugak. Biasalah hidupkan ;)

2012.. surrounded by besties yang gila-gila, classmates yang happening, dapat anak saudara perempuan yang comel (Anis Musyrifah & Durratul Nia Ashira) , travelling sana sini, dan habiskan sisa-sisa hidup student Diploma ; pegi kelas, buat esaimen menimbun lagi menggila, attend extra class sampai pukul 1 pagi(kelas law lettew), kena marah sbb tak pegi taklimat LI Madam Lenee, dan banyak lagi.

Itulah kehidupan aku tahun lepas. Apapun , its full of enjoyments...

Now.. new year at Lumut. Strange to me. New Year disambut dengan banyaknya kerja menimbun dari bos. Pheww. Aku admit hidup kat Lumut mmg sgt menekan. Hal kerja , personal.. dan aku selalu rindu nak balik rumah kat Taiping. Still lagi berbaki dua bulan je nak stay sini then say babai kat Lumut. hmm...

Thanks for all the lessons.. I felt strong now. yeah, i'm stronger girl. i knew it. kalau tak strong, dah lama aku jadi gila masa arwah mama meninggal dulu. betul tak? sila berbangga  CK, tepuk2 :)

So Azam 2013 ..

Hmm.. aku tak berapa nak tekankan sangat azam tahun baru. Cuma harap jadi lebih baik dari semalam. Tapi aku still nak jot down jugak beberapa items yang dikira azam untuk aku. Weeee

  • Tidur awal seawal sepuluh malam dan bangun seawal enam pagi.
  • Merajinkan diri minum ayaq masak melebihi lapan gelas sehari.
  • Menjaga masa solat dan kerjakan time awal waktu. Insya Allah.
  • Improve diri dengan sikap matang, disiplin dan serius dalam sesuatu kerja.
  • Mengumpul aset - aset mcm Samsung S3 mungkin atau Note II. 
  • Nak spend more time with family.
  • Kumpul duit then nak pergi travel dengan family kat Bandung ;)
  • Tak nak ada heart feeling dengan sesapa dah. Cukuplah si F tue dulu :(
  • Nak setiap hari lebih baik dari semalam , yeah!

Hmm ada lagi sebenarnya. Tapi takkan cerita semua. Kenalah simpan sikit. Kehkehkeh.

Harapan 2013..

Takde apa yang aku harap selain dapat jalani ujian Allah bagi tue dengan baik, penuh rasa cermat, tabah dan kuat walaupun kadangtu ujian yang Dia bagi macam dah exceed limit. tapi, Dia takkan bagi ujian kalo kita tak boleh hadapi. Betul tak? 


Penutup tirai kisah 2012. Aku dapat hadiah birthday istimewa dari Bukit Merah Laketown. Hadiah merupakan "masuk rumah hantu free" oleh sebab birthday bulan December. Thanks Bukit Merah Laketown! Anyway, rumah hantu anda tak seram . Sekian~




To Bukit Merah Laketown .. " pocong anda melucukan "
:p