Hari ini hari Maulidur Rasul yakni hari kelahiran junjungan besar kita iaitu Nabi Muhammad SAW *selawat*.
Dulu kalau time sekolah rendah or menengah , mesti sekolah buat pertandingan nasyid ke atau aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan. But bila dah besar nie tak ada dah nak rasa semua tue. Tapi itu bukan alasan untuk kita tidak menyambut maulidur rasul. Apa susah, berselawatlah ke atas Rasulullah SAW time kita duduk sensorang tu. Mudah kan? :)
Semoga kita semua tidak mengingati Rasulullah SAW untuk hari ini sahaja tapi biarlah tetiap hari kita mengingati, menyayangi dan mengikut ajaran-ajaran Rasulullah SAW demi mendapatkan keredhaan Allah SWT.
Macam juga aku. Honestly, aku tak baik dan aku juga tak alim. Aku biasa-biasa je. Cuma, kita jangan lupa perkara-perkara yang WAJIB kita patut laksanakan. Contoh terdekat : Solat 5 waktu. :)
Hmm lagi satu nak share. Last Friday masa balik lunch hour tue, terdengar khutbah Jumaat masjid kat Lumut tue cerita pasal Golongan yang mendapat naungan masa hari akhirat. Ustaz tu cakap..
"Jangan merasa kagum melihat orang-orang tua yang rajin membuat amal ibadah. Ini kerana sudah masanya untuk mereka kembali taat.. tapi merasa kagumlah dengan PEMUDA yang membuat amal kebaikan.."
I agree! terdapat 7 Golongan orang yang bakal dapat naungan ketika akhirat kelak :
- Pemimpin yang adil.
- Pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada Tuhannya.
- Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid.
- Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah.
- Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk berzina lalu dia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”
- Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya.
- Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya
Hahaha sila refer yang aku dah Bold tue.
Oleh itu,
Wahai abang-abang hensem kat luar sana, silalah berbuat kebaikan di masa muda anda. Allah nak bagi naungan free di akhirat kelak, takkan nak tolak? Tak gentleman lah weh. ;)
Hoping that semoga semua kawan-kawan lelaki aku semuanya mendapat naungan ini. Mudah-mudahan.. *doa dari seorang rakan anda yang comels , wink*
Muka sedih sebab tak dapat cuti :p
Oh mayy, dah terlari tajuk pulak. Apepun aku ucapkan Salam Maulidur Rasul. Sorry silap entry pulak tapi boleh lah tue. Kena juga sikit-sikit kan? Hiks. Akhir kata , contohilah Rasulullah SAW dalam perlakuan hidup seharian kita. :)
Regarding to "Maulidur Rasul" day, sesuai sangatlah baca buku diatas nie. Bought it at Kedai Buku 1 Malaysia :)
NotaKaki: Rakan-rakan lelaki tersebut tiada kaitan dengan heart-heart feeling okey.. kbai.
No comments:
Post a Comment