Saturday, 29 March 2014

KL Sogo


Bismillah,

Minggu nie minggu keempat hujung minggu semester 4. Before nie, setiap hujung minggu aku mesti akan keluar dari Palam yang serba bukit ala Cameron.

1st weekend   - Balik kampung di Taiping
2nd weekend  - Balik Ampang
3rd weekend  - Balik Taiping-Kedah
4th weekend  - ????

Oleh disebabkan setiap minggu sokmo takde kat kampus, haaa kali nie aku bertapa kat Palam. Tapi aku keluar juga ke KL. Alah teman Miss Farhana Daisy cari hadiah kawin abang dia kat Sogo.

Aku admit nie 1st time aku datang Sogo. Perasaan? Suam suam kuku jer sebab aku rasa Sogo nie best pergi time duit berkepuk kepuk dalam wallet. So as student yang sokmo kebocoran duit nie, aku abaikan apa sahaja sales yang ada sekeliling aku.

Sebelum nak sampai Sogo, beberapa perjalan yang harus ditempuh.

1) Naik bas Rapid U90 (UiTM Puncak Alam-UiTM Shah Alam(Sek2)) adalah perkara yang memenatkan aku. Sebab? Bas nie hanya muncul setengah jam sekali (if u're lucky) atau sejam or dua jam sekali. Memandangkan aku seorang yang bertuah, bas sampai kolej kediaman tepat masanya. Hahaha! Tapi perkara kedua yang memenatkan aku adalah trafik jemmm sekitar Klang yang menyebabkan kami sampai lewat pada waktunya dan juga pusingan di sekitar Setia Alam, Setia City Mall dan Klang Sentral. Pheww

2) Untuk ke KL (Via Bangsar, UM, KL Sentral, Pasar Seni etc), anda perlu menaiki U80. haa bas nie tersangatlah banyak. Boleh dikatakan 10 mins-15mins sekali (bergantung keadaan kesesakan manusia dan trafik).Bas nie memang femes among UiTM students here whether Palam or Shah Alam. The only bus that can bring you to KL city. Rasanya lah..

3) Sampai KL Sentral, catch komuter lane Batu Caves/Tanjung Malim.  KL Sogo is located near to ''Bank Negara". But you also can take LRT and choose "Bandaraya"station. Much closer than Komuter. Its up to you.

Unfortunately, masa lunch di Sogo, aku tetiba kena attack sakit kepala yang amat sangat. Seriusly.. Lepas order makan, aku rasa macam angin dalam badan yang buatkan aku rasa nak muntah.Selalunya aku akan lapik perut before kemana mana, tapi tadi terlupa coz terkejar bas..Alkisahnya lemah satu badan. So biarkan Cik Fanaa mencari barang, aku pula tido kejap kat McD sambil minum pepsi (katanya boleh hilangkan angin, tu pasal aku minum jugak)..

Settle semua, dalam tren otw balik ke Padang Jawa, Shah Alam.. Fanaa bagi panadol. 1st time aku tidur dalam tren. Selalunya berjaga tengok keindahan alam. :P Sampai Shah Alam, dah kurang sakit. So dapat merapu meraban menggila balik dengan Fanaa.



Hmm pastu tunggu bas U90 macam biasa untuk balik Puncak Alam. Hahaha balik bilik, aku perhangat balik nasi yang tak habis makan kat Sogo. Alhamdulillah, kenyang. Tak baik membazir. So makan juga.

Haaa, teringat masa naik bas U90. Masa bayar duit tiket, dia kata suruh duduk belakang sebab dia kata dia nak cepat. Sampai kat simpang federal highway iCity, dia pusing mcm nak terbalik. Hmm hati hati lah sikit abg oii, awak bawak ramai anak dara orang nie dalam bas.

Hmm itu je lah nak kabor. Sekarang sihat sikit lah.. Kurang minum air kosong, cuaca panas dan tak makan punca kesakitan ku hari nie.

Okeylah..

Nak melenakan diri..

Mengantuksss..

Till then..


Alhamdulillah..

Jalan Jalan Kedah


Bismillah,

Genap seminggu balik dari Kedah. Wuarghh rindu lah dengan suasana sana.

Actually aku balik sana sekejap je pun. Itupun last minute planning. Planning sebenar aku nak balik ziarah ayah je kat Taiping. But aku balik juga Taiping , tapi sekejap je lah.. Lagipun ayah pun nak balik JB ..

So petang Jumaat ( balik Taiping pada Khamis petang coz aku takde kelas hari Jumaat) , Kak Ngah dan Noomie arrived kat rumah aku di Taiping. Dorang bertolak dari Puncak Alam ke Taiping hampir 4 jam. Katanya ada masalah kereta sikit dengan tukang sewa tu. Setelah itu, tukar shift dengan Kak Ngah, drive dari Taiping ke Sungai Petani ( via jalan Selama-Kulim-Butterworth-SP). Sampai sana tukar ke Kak Ngah pulak sebab nak kejar masa ke Jitra.

Motif utama ke Kedah adalah melawat anak Wanie. Yerrr, bestfriend aku yang kawin tu dah ada anak. Anak lelaki yang diberi nama Muhd Aniq Amsyar. Bin ? Alamak aku lupa nama suami si Wanie nie. Aku selalu panggil Fendi je :P

Family Wanie greet kami dengan mesra sekali. Especially mak dia. Aku rasa mak dia dah anggap kami nie anak angkat dah. Siap kami sampai rumah, dah siap makan, tempat tidur etc.. Waaa aku memang terharu sangat. Almaklum lah, dah lama tak rasa ada mak >.<

Oyer, meh nak tunjuk gambar anak angkat aku yang kiut miut nie..



Presenting the new born baby.. Muhd Aniq Amsyar :)


Sebelum ni, aku ada dengar ura-ura yang mengatakan husband Wanie nak letak nama Fatah Amin. So otw ke Kedah, aku asyik ingat yang Fatah Amin tu nama anak dia. Sekali dapat tahu, dah tukar nama. Atoknya cakap sepupu dia dah ada nama Amin. Well, Aniq Amsyar pun okey jugak. Seems like suit to him. 

ANIQ AMSYAR nie tersangatlah bagus budaknya. Jarang aku dengar dia melalak. Cuma time nak mandi tu macam merengek rengek sikit lah. Mungkin sebab dia kurang selesa. Part tu je lah yang dia merengek. Lepas tu, dia senyap balik. Aku syak dia ikut perangai pak dia. Laki Wanie tu pun agaklah pendiam. Cuma sekarang ni je la agak banyak sikit cakap. Mungkin kesan dulu, kami paksa dia sengih masa amik gambar time dia sanding dlu. :P

Maka keesokan harinya, kami selfie terok dengan budak kecik nie. Yelah new born baby.. Anak kawan pula tue. Eksited dia lebih la kot. *wondering if i have my own baby.. but of course lah lambat lagi.. Hahaha macam tak kena jer..* 

Nah, mai nak tempek gambar Noomie Mummy Noomie kita dengan anak angkatnyer. Hihihi




Semurni kasih ibu.. Eceh.. Hello dear, i'm your Mama Katie! Hiks


Setelah puas berselfie, kami minta izin nak balik. Yelah perjalanan masih jauh. Banyak tempat nak disinggah. Tapi mak Wanie tak bagi balik lagi sebab suruh makan lunch kat rumah before balik. Siap mak dia goreng ikan pekasam kot. Feveret kite tue. Last last makan juga lah sebab nak jaga hati plus memang aku dah lama kempunan ikan tue.

So lepas rumah Wanie, bertolak ke Jitra semula attend kenduri. Lepas tue, ke Sentosa Plaza. Hmmm, finally disinilah aku laburkan baucar buku aku yang terakhir.1st baucer, beli buku Statistics dr lecturer but kena tambah duit juga. 2nd baucer, aku beli barang alat tulis, kamus Thesaurus kat Midvalley. 3rd, aku beli printer. Menggunakan secara berhemah nampaknya.Hikhok.

Untuk sape yang tak tahu, Sentosa Plaza sebijik Plaza Low Yat, KL but versi negeri Kedah. Aku suka beli kat sini sebab banyak barang boleh dapat. Printer tu pun pakai separuh baucer, separuh cash. (Tambah pendrive 8gb/RM20/Toshiba/KalerPurple). Kak Ngah pun cari CD software kat situ. Padahal kat Shah Alam payah kot nak dapat. Aneh. So lengkaplah sudah pencarian aku selama nie. Minggu sebelum tu ada jugak mengusha dekat Low Yat, but seriusly like 98% jual laptop semata. Printer pun cam mahal sikit lah. 


I'm happy girl now :D

Lepas tu , terus otw ke rumah kuntom kat SP. Ala ala sweet gitew amik opah kat tempat kerja. Then pegi rumah dia yang ala ala villa kat Taman Kempas. recharging balik energy, mandi segarkan badan then kuar lepak kejap dekat Jam Besar, SP. *bihun sup situ sedap gila babeng mai nak habaq*

Seronok dapat lepak. Yelah dekat setahun lebih jugak tak jumpa kuntom nie. Makin ayu, makin muslimah dan maintain kering. hahahaha! Well nanti , jangan lupa mai jenguk kami pulak kat Palam noh, Tom ;P


Muka muka suci setelah lama tak bertemu. Huhuhu

Ada lagi gambar tapi banyak yang muka hat tak elok. Maka dengan itu, biarlah menjadi simpanan beta sahaja. XD

So setelah selesai semua hal, kami bertolak kembali ke Puncak Alam malam tue. Sempat jugak lah nak mengimbas kenangan kat Lumut. Tapi kejap je pun. Tak sampai lima minit. Syukur kepada-Nya yang memberikan kami keselamatan sepanjang perjalanan pergi-balik. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Nak tunggu jalan jauh, mungkin lambat lagi kot. Mungkin next sem pulak kot, ke pantai timur or ke selatan.Tengoklah cemana. Well sebelum menutup tirai, aku hadiahkan anda anda semua gambar gambar kenangan aku sepanjang berada di sana. 


Till then,

Alhamdulillah..