Saturday, 29 March 2014

Jalan Jalan Kedah


Bismillah,

Genap seminggu balik dari Kedah. Wuarghh rindu lah dengan suasana sana.

Actually aku balik sana sekejap je pun. Itupun last minute planning. Planning sebenar aku nak balik ziarah ayah je kat Taiping. But aku balik juga Taiping , tapi sekejap je lah.. Lagipun ayah pun nak balik JB ..

So petang Jumaat ( balik Taiping pada Khamis petang coz aku takde kelas hari Jumaat) , Kak Ngah dan Noomie arrived kat rumah aku di Taiping. Dorang bertolak dari Puncak Alam ke Taiping hampir 4 jam. Katanya ada masalah kereta sikit dengan tukang sewa tu. Setelah itu, tukar shift dengan Kak Ngah, drive dari Taiping ke Sungai Petani ( via jalan Selama-Kulim-Butterworth-SP). Sampai sana tukar ke Kak Ngah pulak sebab nak kejar masa ke Jitra.

Motif utama ke Kedah adalah melawat anak Wanie. Yerrr, bestfriend aku yang kawin tu dah ada anak. Anak lelaki yang diberi nama Muhd Aniq Amsyar. Bin ? Alamak aku lupa nama suami si Wanie nie. Aku selalu panggil Fendi je :P

Family Wanie greet kami dengan mesra sekali. Especially mak dia. Aku rasa mak dia dah anggap kami nie anak angkat dah. Siap kami sampai rumah, dah siap makan, tempat tidur etc.. Waaa aku memang terharu sangat. Almaklum lah, dah lama tak rasa ada mak >.<

Oyer, meh nak tunjuk gambar anak angkat aku yang kiut miut nie..



Presenting the new born baby.. Muhd Aniq Amsyar :)


Sebelum ni, aku ada dengar ura-ura yang mengatakan husband Wanie nak letak nama Fatah Amin. So otw ke Kedah, aku asyik ingat yang Fatah Amin tu nama anak dia. Sekali dapat tahu, dah tukar nama. Atoknya cakap sepupu dia dah ada nama Amin. Well, Aniq Amsyar pun okey jugak. Seems like suit to him. 

ANIQ AMSYAR nie tersangatlah bagus budaknya. Jarang aku dengar dia melalak. Cuma time nak mandi tu macam merengek rengek sikit lah. Mungkin sebab dia kurang selesa. Part tu je lah yang dia merengek. Lepas tu, dia senyap balik. Aku syak dia ikut perangai pak dia. Laki Wanie tu pun agaklah pendiam. Cuma sekarang ni je la agak banyak sikit cakap. Mungkin kesan dulu, kami paksa dia sengih masa amik gambar time dia sanding dlu. :P

Maka keesokan harinya, kami selfie terok dengan budak kecik nie. Yelah new born baby.. Anak kawan pula tue. Eksited dia lebih la kot. *wondering if i have my own baby.. but of course lah lambat lagi.. Hahaha macam tak kena jer..* 

Nah, mai nak tempek gambar Noomie Mummy Noomie kita dengan anak angkatnyer. Hihihi




Semurni kasih ibu.. Eceh.. Hello dear, i'm your Mama Katie! Hiks


Setelah puas berselfie, kami minta izin nak balik. Yelah perjalanan masih jauh. Banyak tempat nak disinggah. Tapi mak Wanie tak bagi balik lagi sebab suruh makan lunch kat rumah before balik. Siap mak dia goreng ikan pekasam kot. Feveret kite tue. Last last makan juga lah sebab nak jaga hati plus memang aku dah lama kempunan ikan tue.

So lepas rumah Wanie, bertolak ke Jitra semula attend kenduri. Lepas tue, ke Sentosa Plaza. Hmmm, finally disinilah aku laburkan baucar buku aku yang terakhir.1st baucer, beli buku Statistics dr lecturer but kena tambah duit juga. 2nd baucer, aku beli barang alat tulis, kamus Thesaurus kat Midvalley. 3rd, aku beli printer. Menggunakan secara berhemah nampaknya.Hikhok.

Untuk sape yang tak tahu, Sentosa Plaza sebijik Plaza Low Yat, KL but versi negeri Kedah. Aku suka beli kat sini sebab banyak barang boleh dapat. Printer tu pun pakai separuh baucer, separuh cash. (Tambah pendrive 8gb/RM20/Toshiba/KalerPurple). Kak Ngah pun cari CD software kat situ. Padahal kat Shah Alam payah kot nak dapat. Aneh. So lengkaplah sudah pencarian aku selama nie. Minggu sebelum tu ada jugak mengusha dekat Low Yat, but seriusly like 98% jual laptop semata. Printer pun cam mahal sikit lah. 


I'm happy girl now :D

Lepas tu , terus otw ke rumah kuntom kat SP. Ala ala sweet gitew amik opah kat tempat kerja. Then pegi rumah dia yang ala ala villa kat Taman Kempas. recharging balik energy, mandi segarkan badan then kuar lepak kejap dekat Jam Besar, SP. *bihun sup situ sedap gila babeng mai nak habaq*

Seronok dapat lepak. Yelah dekat setahun lebih jugak tak jumpa kuntom nie. Makin ayu, makin muslimah dan maintain kering. hahahaha! Well nanti , jangan lupa mai jenguk kami pulak kat Palam noh, Tom ;P


Muka muka suci setelah lama tak bertemu. Huhuhu

Ada lagi gambar tapi banyak yang muka hat tak elok. Maka dengan itu, biarlah menjadi simpanan beta sahaja. XD

So setelah selesai semua hal, kami bertolak kembali ke Puncak Alam malam tue. Sempat jugak lah nak mengimbas kenangan kat Lumut. Tapi kejap je pun. Tak sampai lima minit. Syukur kepada-Nya yang memberikan kami keselamatan sepanjang perjalanan pergi-balik. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Nak tunggu jalan jauh, mungkin lambat lagi kot. Mungkin next sem pulak kot, ke pantai timur or ke selatan.Tengoklah cemana. Well sebelum menutup tirai, aku hadiahkan anda anda semua gambar gambar kenangan aku sepanjang berada di sana. 


Till then,

Alhamdulillah..

No comments:

Post a Comment