Friday, 16 January 2015

Pencinta Airforce, sila tonton movie ini


Bismillah..

Salam Jumaat penghulu segala hari.


Nah! Dipersilakanlah sarapan dari aku yang tak seberapa nie 

Ada lagi dua paper sebelum melabuhkan tirai sem kali ini. Huarghh penat oii nak counting days. Sadis perasaan aku bila tengok rummet dah balik kampung, angkat barang semua :(

So ada seminggu lagi nak habis tu.. selain daripada menelaah buku e-Tourism nie, bukan penghalang aku nak jalankan rutin harian tengok movie kat lappy. 






So the movies are listed here...


1. Wira Angkasa



Nampak tak disitu, Datuk Yusof Haslam masa mudeee. Hensem doe ;)

SINOPSIS : 
Kisah Lt Iskandar (Sabree Fadzil), seorang pemuda kampung + pesawah yang sangat bercita-cita untuk menjadi seorang fighter pilot manakala Lt Redhuan Dato Mazlan ( Datuk Yusof Haslam) join TUDM since ayah dia macam suruh ikut jejak langkah dia yang juga bekas air force. So bermulalah kisah diorang dari start training ground school, penerbangan solo, formation etc lastly awarded as best student. Next jadi seorang pilot as they wished before. Then adalah selit-selit kisah cinta disitu.. Iskandar dan Norli (arwah Noreen Noor) , Redhuan dan Aini (Aznah Hamid)

Bagi aku not bad. Jarang ada cerita melayu macam nie. Aku pun tak faham kenapa orang sekarang tak buat filem jenis nie.. Cerita nie boleh inspired budak-budak kecik nak jadi fighter pilot kot. Akak yang tengok pun tetiba rasa nak menukar profesion *berangan* Even cerita lama , set in 1987 camtu, jalan cerita boleh lagi faham. Barulah tahu cara-cara abang-abang pilot training cemane. Kbye.  





2. Skyfighter ( Les Chevaliers Du Ciel )


SINOPSIS 

While in an international fair of exhibition of airplanes, a French Mirage 2000 of the last generation vanishes and pilots "Walk'n" Marchelli and "Fahrenheit" Vallois are assigned to locate the plane that is flying in a hiding position below a commercial plane. The pilots order the Mirage to return to the base but the Mirage attacks Fahrenheit instead and Walk'n immediately shots the Mirage and saving his partner. However, the evidences are forged by the leader of a force called "Special Mission and Walk'n is falsely accused of not following the orders and discharged from the airforce. Walk'n is also blacklisted in the commercial flight companies. Afterthat, Walk'n and Fahrenheit are pressed to join the Special Mission team where they disclose betrayals in a net of espionage - Source from IMDB


There are several reasons why i love watch this movie again and over again :

1- Sebab Kapten Machelli nampak hensem disitu. KAH. Rasa oshem gilos bila dia terbangkan aircraft tue even aku tahu yang sebenarnya dia berlakon je. :P Well still nampak real.

2- One of my favorite during school day. Mengingatkan zaman sekolah menengah dulu.. Balik sekolah tengok movie nie on Astro. During that time, aku agak pencinta perang/military type movie. Maybe sebab terpengaruh dengan ayah dan abang-abang. 

3- Ada PARIS! KAH. Perlu ke mention? Bukanlah.. Baru aku tahu yang sebenarnya Paris adalah kawasan airtight and aircraft jenis nie tak boleh merewang-rewang disitu kecuali if ada parade. Maybe sebab kawasan pelancongan kot. Yelah jet pejuang ni kan noise sikit. So takut menggangu orang yang honeymoon kat kota cinta tu. Another beautiful information :P

Part paling aku kesian, masa Kapten Machelli kena discharged dari air force and dia tak diterima oleh mana-mana airlines sebab blacklisted. Masa tu memang dia sangat down. Riak muka sedih, terkejut and semua lah. Kesian gile. Padahal bukan dia bersalah pun. *Emosi terlebih pulak*


Nampak tak muka dia tengah sedih tu? Tengok! Dah kurang hensem daa , huh!
*Emosi lagi sekali ;(*



The real rogue in this movie. I hate her!


Well boleh tengok FULL MOVIE DISINI


Demikian itu, inilah movie2 yang mengisi masa lapang aku dalam seminggu dua kat kolej nan sunyi sepi nie. Bilik TV takde.Layan streaming je lah since ada wifi kan. SO kepada pencinta tentera udara or air force, dipersilakan tonton movie-movie ini untuk mengisi masa lapang anda seperti saya.

Till then..


Saturday, 3 January 2015

Tahun Baru 2015



Bismillah..

Sudah tahun 2015

Azam aku?

Haha. Aku belum senarai apa azam aku. Aku takut nak berazam sebab bagi aku semua tu macam "imposibble to achieve". Cumanya ada yang aku nak highlight supaya aku belajar dari kesilapan dulu. Paling utama, tahun nie aku cuba untuk capai beberapa perkara:

1- Tahun akhir di universiti
: sikit lagi aku nak habiskan degree. Insya Allah, dengan izin-Nya dapat aku grad hujung tahun. Cuma aku risaukan MUET. Hope segalanya dapat diselesaikan sebelum aku graduate dan dapat naik pentas sama-sama dengan classmates yang lain.

2- Tamat zaman honeymoon
: Habis je raya nanti, dah kena fikir cari kerja untuk bayar segala hutang pelajaran yang ada.MARA/PTPTN. Aku sendiri memang rasa takut nak berdepan dengan dunia pekerjaan kelak. Entah apa kerja lah yang akan aku berkhidmat. Aku harap sangat biarlah kena dengan minat. Jujur lah aku kata, aku tak suka lari bidang dari apa yang aku belajar.

3- Semester 6 yang bakal sibuk
: Pening fikir. Next sem macam akan banyak duit nak pakai. Insya Allah , trip ke Jogjakarta/Bandung atau Trip to Pantai Timur. Then Independent Study (IS) yg sangat wajib keatas setiap mahasiswa UiTM yang bakal menamatkan pelajaran (untuk fakulti aku lah eh).

4- Cuba peraiki dari segala segi:
-bangun awal dan berpagi-pagian
-jaga lebih kesihatan diri terutama bab minum air masak
-kurang berjaga malam
-solat sentiasa awal waktu especially Subuh
-lebih matang dan tidak emosi untuk semua segi
-nak hilangkan parut jerawat dimuka (eh perlu ke masuk? HAHA)
-tidur awal dan secukupnya.
-lebih menghargai masa dan diri sendiri
-lebih say "NO" untuk perkara yang memusykilkan/membebankan/memeningkan.

5- Kurangkan media sosial.
Aku kalau boleh nak je delete akaun Facebook/Wechat. Nak active di Twitter & Instagram je. Aku malas nak terlibat dengan segala mak nenek apps yang mengarut. (Paling tak boleh percaya : Beetalk.Serious talk.)

Mengarut sekarang ni dengan berita palsu then orang share padahal perkara-perkara yang jadi tu belum tentu jamin kesahihannya. Tapi sayang pula sebab kawan-kawan dan terutamanya keluarga ada kat situ. Situ je lah tempat nak bertanya khabar pun.

But i think without this kind of social network, life of human can be more peaceful and worthy. I don't want all of my friends become my virtual friend. Kalau nak jumpa kat luar, punyalah payah but dalam FB selalu je ada.


Soal hati dan perasaan?

Semoga satu hari dipertemukan jodoh dengan abang fighter pilot airforce yang bujang lagi beriman lagi hensem...

Buat 2014,

Terima kasih kerana menghadirkan satu peristiwa yang mengajar aku erti kekuatan dan ketabahan.
Terima kasih kerana menyedarkan aku sikit demi sikit apa sahaja penantian selama ni tak berbaloi sama sekali.
Terima kasih kerana berikan aku petunjuk untuk kenal siapa kawan siapa yang mengambil kesempatan.
Terima kasih untuk segala keceriaan dan kepahitan.

Berikan aku ketabahan, kekuatan untuk mengahadapi hidup yang mendatang.

#Buat seseorang,
Semoga bahagia. Jangan lupa aku. Till we meet again one fine day. I claim your promise until eternity. Maybe not know, maybe will be on future. We'll see. **F


Yang lain aku rasa ada lagi but biarlah itu je buat masa nie.