Saturday, 3 January 2015

Tahun Baru 2015



Bismillah..

Sudah tahun 2015

Azam aku?

Haha. Aku belum senarai apa azam aku. Aku takut nak berazam sebab bagi aku semua tu macam "imposibble to achieve". Cumanya ada yang aku nak highlight supaya aku belajar dari kesilapan dulu. Paling utama, tahun nie aku cuba untuk capai beberapa perkara:

1- Tahun akhir di universiti
: sikit lagi aku nak habiskan degree. Insya Allah, dengan izin-Nya dapat aku grad hujung tahun. Cuma aku risaukan MUET. Hope segalanya dapat diselesaikan sebelum aku graduate dan dapat naik pentas sama-sama dengan classmates yang lain.

2- Tamat zaman honeymoon
: Habis je raya nanti, dah kena fikir cari kerja untuk bayar segala hutang pelajaran yang ada.MARA/PTPTN. Aku sendiri memang rasa takut nak berdepan dengan dunia pekerjaan kelak. Entah apa kerja lah yang akan aku berkhidmat. Aku harap sangat biarlah kena dengan minat. Jujur lah aku kata, aku tak suka lari bidang dari apa yang aku belajar.

3- Semester 6 yang bakal sibuk
: Pening fikir. Next sem macam akan banyak duit nak pakai. Insya Allah , trip ke Jogjakarta/Bandung atau Trip to Pantai Timur. Then Independent Study (IS) yg sangat wajib keatas setiap mahasiswa UiTM yang bakal menamatkan pelajaran (untuk fakulti aku lah eh).

4- Cuba peraiki dari segala segi:
-bangun awal dan berpagi-pagian
-jaga lebih kesihatan diri terutama bab minum air masak
-kurang berjaga malam
-solat sentiasa awal waktu especially Subuh
-lebih matang dan tidak emosi untuk semua segi
-nak hilangkan parut jerawat dimuka (eh perlu ke masuk? HAHA)
-tidur awal dan secukupnya.
-lebih menghargai masa dan diri sendiri
-lebih say "NO" untuk perkara yang memusykilkan/membebankan/memeningkan.

5- Kurangkan media sosial.
Aku kalau boleh nak je delete akaun Facebook/Wechat. Nak active di Twitter & Instagram je. Aku malas nak terlibat dengan segala mak nenek apps yang mengarut. (Paling tak boleh percaya : Beetalk.Serious talk.)

Mengarut sekarang ni dengan berita palsu then orang share padahal perkara-perkara yang jadi tu belum tentu jamin kesahihannya. Tapi sayang pula sebab kawan-kawan dan terutamanya keluarga ada kat situ. Situ je lah tempat nak bertanya khabar pun.

But i think without this kind of social network, life of human can be more peaceful and worthy. I don't want all of my friends become my virtual friend. Kalau nak jumpa kat luar, punyalah payah but dalam FB selalu je ada.


Soal hati dan perasaan?

Semoga satu hari dipertemukan jodoh dengan abang fighter pilot airforce yang bujang lagi beriman lagi hensem...

Buat 2014,

Terima kasih kerana menghadirkan satu peristiwa yang mengajar aku erti kekuatan dan ketabahan.
Terima kasih kerana menyedarkan aku sikit demi sikit apa sahaja penantian selama ni tak berbaloi sama sekali.
Terima kasih kerana berikan aku petunjuk untuk kenal siapa kawan siapa yang mengambil kesempatan.
Terima kasih untuk segala keceriaan dan kepahitan.

Berikan aku ketabahan, kekuatan untuk mengahadapi hidup yang mendatang.

#Buat seseorang,
Semoga bahagia. Jangan lupa aku. Till we meet again one fine day. I claim your promise until eternity. Maybe not know, maybe will be on future. We'll see. **F


Yang lain aku rasa ada lagi but biarlah itu je buat masa nie.





No comments:

Post a Comment