Saturday, 4 January 2014

Recap Moments 2013 & Azam 2014





Bismillah,

Salam tahun baru 2014!

Aku tahu hari nie dah 4 Januari. Busy study final plus Wi-Fi dalam kolej yang macam hampeh jagung , maka dengan itu aku tangguhkan dulu update entry baru. Hmm 2013 sudah pun meninggalkan kita. Well nice and challenging year for me i think.

So let reflash back moments menarik diriku dalam tahun 2013. Check it out!

1) Praktikal di Sharifah Nor Travel di Lumut

Aku praktikal situ dari bulan Nov 2012 sampai Mac 2013. Alhamdulillah walau macam macam perkara yang jadi, i learned many things, kenal bermacam orang. Hah experiences.. Dapat bertemu dengan orang yang tak sangka akan jumpa, yang sangat motivated and sharing experiences dgn aku but dah jarang contact sekarang.. runs event bersama Tourism Malaysia. Dapatlah tido hotel sekali. Okeylah sebab nya selama aku kat situ, Kak Pah tak pernah bawa pergi trip. So dapatlah two nights free kat Orient Star, Lumut :) Dan time nie jugak hal yang tak disangka berlaku, ada orang confess ayat-ayat cinta kat aku sebelum habis praktikal. Well.. sorry. Belum masanya dan bukan orangnya ;) Selama di Lumut, berkali juga aku travelling dengan Kak Ngah ke Pangkor. Yelah dekat sangat weh. Tiket pergi balik RM10 jer. Apa susah sampai pulau, sewa motor jer . Weeeee..


Kengkawan kita dekat booth Tourism Malaysia dulu :')


My niece Anis yang tengah tembam bam bam gile time tu . Masa cuti CNY tu 
abang ku datang dari KL melawat kita sensorang kat sinun. 


Bukti kita nie peserta Tourism Malaysia time tu.


BERCUTI!
Samada bersama keluarga mahupun teman-teman. Tapi bulan 3 hari tu short vacation dengan adik beradik aku. Buat BBQ and stay kat homestay di Cameron Highlands tajaan kak ipar ku terchenta, Kak Eja :D Best dan sangat best. Kena sangat dengan timing. Time tu aku pun macam perlukan masa untuk release tension dari bebanan praktikal. Spend time dengan nieces and nephews, seronok sangat. So lebih kurang family trip lah. 



Anak anak saya. Ramai tak? Semuanya merah kecuali my sayang, Khalisha.. Hehe


FRIEND'S WEDDING
Alhamdulillah Wanie sudah pun selamat menikah dan sekarang sedang menunggu kelahiran anak sulung pada akhir Februari atau awal bulan Mac. Syukur segalanya lancar. Wanie pun bahagia dengan suami tercinta, Efendi walau kerap ditinggalkan. Yelah, bini komando awok awok semua. Berkorban je lah.. Insya Allah cuti sem ni planning nak menziarah bakal mummy kita di Kedah nanti. Haihhh nak dapat anak sedara baruuu :') *call me Mama Katie*


Friendship forever Insya Allah :')


Officially husband and wife. Congratsss :D


Kenangan bersama teman-teman yang hadir bagi memeriahkan majlis..


MASUK DEGREE

Part nie, woahh moment terbesar kot rasanya. Memang bawa perubahan besar pada aku. Aku kena adapt new campus life. Beb, KPTM dan UiTM main campus tak sama okey. But biasalah, mana mana tempat baru kena adapt. Alhamdulillah makin okey hari ke hari. Aku belajar dari kesalahan dan kesilapan. Even selalu gelak, tak semestinya aku tak ada my own probs kan? Still ada. But kuatkan hati bila berdepan dengan problem tu dan think Allah is always beside us. :)

Degree time : kenal ramai kawan-kawan. Kawan berjimba still lagi Kak Ngah tercinta. Hahaha!. Kak Ngah or Syima Nadz continue dekat UiTM Puncak Alam. So tak jauh mana pun. Selalu jugak aku keluar dengan dia.Aktiviti wajib ialah makan ayam penyet dekat Nusantara, Seksyen 7 Shah Alam. Yang lain tu, haruslah kegiatan wajib iaitu menapak dari Kolej Seroja ke tempat-tempat yang kami rasa nak pergi. Contoh : Seksyen 2 ke... Seksyen 7.. Or also Plaza Alam Sentral. Bagi yang tak biasa, dorang akan kata penat tapi sebenarnya korang akan rasa dekat je. tak jauh mana pun. Lain-lain.. biasalah TS, Midvalley.. Setia City.. Hmm cuci mata.

Subjek degree? Hmm carry 9 subjects. Dua subjek tak masuk final iaitu Arab language dan ELC (BEL) kalau tak tahu lagi, Bahasa Inggeris :P Yang lain tue, Ekonomi yang aku menyampah gile tu, Hubungan Etnik (Sejarah SPM) hihihi dan other tourism subjects. Banyak juga yang aku study tu lebih deep. Macam Front Office Management. Research pasal hotel.Park Rec: Research kat Taman Botani, Putajaya.. Macam macam lagi.


On my way to Putrajaya. 1st time naik ERL. Ngeee


Ni masa research di Taman Botani Putrajaya. Geng dengan Fyqa & Fanaa.



Berjimba timeeee dengan Kak Ngah di Setia City Mall.


Kengkawan kelas kita yang sama-sama join kontinjen fakulti di
majlis penutupan Sukan Antara Fakulti (SAF) bagi tahun 2013.


KONVOKESYEN DIPLOMA

Most memorable. Alhamdulillah dengan izin-Nya, aku dapat jugak genggam segulung diploma. Aku syukur usaha dan lelah selama nie, berhasil. Hadiah khas buat orang orang yang berada dengan aku time susah.. Abg Eman, Kak Eja, Abg Lan dan juga Ayah.. :') Insya Allah aku cuba berjuang habis-habisan untuk degree pulak. Moga dipermudahkan. Mana nak tahu, dapat ANC :P aminnn! Hehehe. Paling penting time konvo tu, tercapai juga dua hasrat aku.. 1) Nak bergambar famili. Nak cukupkan semua adik beradik dalam satu gambar. 2) Dapat empat bouquet of flower dari seorang satu abang. Hari hari aku dok membelai bunga-bunga tu. Bunga hidup pulak. Jenuh nak bawa balik kampung. Cuma bukay ayah bagi tu je masih simpan kat kolej. Buat teman malam :')


Hanya tiga yang aku bawa balik ke kampung sebabnya bunga hidup. 
Takut layu pula kalo tinggalkan dalam bilik.
Abg Long : Purple
Abg Eman & Kak Eja : Red & Yellow
Abg Lan & Kak Erna : Peach 
:)



Gambar kenangan bersama bekas rakan sekelas diploma dulu :)



Mak buyung kita, Wanie yang awal awal lagi dah buka jubah. Panas dan penat katanya. Ihik.
Haaaa yang aku pegang tu lah peneman tidur malam kita sekarang :')


Long time not snap a picture with this man... Ayah and his little cute girl :)


Ucapan istimewa dari mereka yang ada dengan aku, susah dan senang. Terima kasih kalian :")


PORT DICKSON & REUNION KAWAN SEKOLAH

Aktiviti overnite pertama dan terakhir bagi tahun ini. Overnight di Port Dickson. Girls day out. Lama tak jumpa Noomie. So sekali dia datang bawa dia jalan sampai PD. Sampai jugak. Teringat pada seseorang yang pernah ajak datang sini ambik kucing. SObss O.o..  Sewa kereta dan esoknya ke Puncak Alam dan Sungai Buloh. Kat Sungai Buloh tu datang kenduri kawin kakak kawan sekolah, Fifi. Dah lama jugak tak jumpa, finally bertemu juga di kenduri tu. Time tu adalah jumpa kawan lain seperti Fendi & Qilah. Seronok. Rasa macam semalam je aku tingkatan dua dan rasa macam semalam Fifi pindah dari Taiping ke Sg Buloh. Time flies kan? 

PORT DICKSON
  





No need to say anything.. Memang semua feeling lepas tension. Sengih jer memanjang. Hehehe.
Harap dapat datang lagi lepas nie. Amin :')


SG BULOH



Aku tak tahu apa yang kami tengah gelakkan tue, yang pastinya kelakar! Hihihi.
 See! datang rumah Fifi,
aku songlap bunga ros kat meja bawa balik tapi dah minta izin tuan rumah yer. 
Oh I'm so crazy when see roses. Feeling calm :)


Masih banyak moments yang lain yang agak memberikan kesan. Tapi cukup lah hanya aku yang tahu. Bagi aku, 2013 adalah tahun permulaan untuk aku keluar dari comfort zone. Moga 2014 dapat memberikan 1001 kekuatan untuk aku terus kuat, tabah dan aiways motivate to achieve my goals. 

Aku ada baca balik azam tahun lepas dan re-checking back samada tercapai atau tak. Hmm rasanya 50-50. kikikiki. Meh aku mulakan dari yang dah tercapai:-

1) Berjaya dapatkan asset
-Motor dan phone baru. Jenama tu hanya aku dan yang terdekat dengan aku jer tahu okey? Biasa jer tapi cukup untuk sekrang. Nak lebih, kita usaha lagi time kerja.

2) Spend time with family
-Rasanya aku cukup spend masa menganggur hari tu kot. Hmm cukup rehat dah empat bulan dok rumah tak kerja. Hmm tiba masa kena kerja keras pula.

3)Heart Feeling
-Even sometimes terbabas crush pada seseorang , but no worries. Now dah kembali ke normal. Masih fikir tapi tak payah kot nak fikir beria. Ye dok? But.. Hmm nevermind.

Yang belum atau susah nak capai.

1) Jaga solat awal waktu
Aduhhh. kelalaian sokmo. Tapi terus perbaiki diri untuk solat awal lepas azan. Doakan aku.

2) Travel Bandung.
Belum cukup duit nak ke sana. Teruskan usaha menyimpan duit untuk itu. 

3) Tidur awal 
Masih mencuba hari ke hari. Selalunya aku akan lena pada pukul 1 ke 2 pagi. Susah betul nak lena awal. Takpe, itu azam untuk tahun nie. 

4) Minum banyak air masak.
Bukanlah aku tak sayang diri, tapi aku masih kurang minum air masak. Ya Allah, apa nak jadilah dengan aku. Okey itu pun azam kedua 2014 aku. Hikhik

dan untuk 2014 ..

aku nak tambah azam

1) kurang pakai mekap
2) be punctual
3) motivate always
4) menabung
5) cari sendiri jawapan. Hahaha setakat itu jelah boleh kabor ke kamu. 

Well.. Happy New Year uolls. 

Sempena new year, belog ini jug dah ada new domain name... 


Hidup perlukan perubahan. Walaupun suam suam kuku. Takpe. Improve sikit sikit. 

Pelajaran 2013
"Apapun masalah yang datang, hadapi dengan tenang dan jangan mengeluh. Allah nak uji hambanya supaya kuat.."-CK,2013 

Till then,

Doakan aku jawab paper final dengan baik eh?

:)
















No comments:

Post a Comment