Bismillah..
1st, final exam dah habis.Yahoo!
So let's packing things. Actually aku bukan semangat pun nak kemas nie. Rasa penat menahan mengantuk untuk study final belum habis lagi. Tapi terpaksa gagahkan diri mengemas, melipat dan membersih bilik.
Esok pagi , kena berangkat hantar barang di Puncak Alam pula. Fyi, next semester aku akan sambung di UiTM Puncak Alam pula dan akan kembali ke Shah Alam time master. Kehkehkeh. Insya Allah.
Segalanya dah settle. Sebelum keluar, kena clearance dulu dekat pejabat kolej, serah kunci , loading barang ke kereta dan bye bye Seroja dan Shah Alam :'(
So bermulalah kehidupan baru di Puncak Alam. Bye bye kucng kesayanganku di kolej kediaman.. Toro, Twins dan Bulat.. Lepas nie tak tahu mana diorang nak cari makan.
Ini gambar Toro yang sempat aku snap petang semalam. Dia masuk dalam bilik masa Tia (roomateku) tengah busy angkat barang. Dia masuk senyap - senyap terus panjat tidur sebelah aku kat katil. Seriusly dia sangat over. Tido kalahkan orang.. Dekat sejam lebih lena kat katil aku..Gambar diatas nie Toro peluk tangan aku selepas mengeliat. Alkisahnya aku main hidung comel dia tu, then tiba-tiba Toro mengeliat terus capai tangan aku. Haihh la Toro, rasa macam nak bawa dia pindah sekali ke Puncak Alam. :'(
Apapun, banyak kenangan aku kat kolej nie. Syukur dapat roomates yang okey. Bilik yang selesa, dan kolej yang aku describe punyai banyak kemudahan sendiri berbanding kolej kediaman lain dalam UiTM Shah Alam ni. Then jarak kolej dengan kelas dekat sangat, atm bank pun dekat dan senang nak dapat bas. Hmm satu kelemahan, monyet je la yang suka bertandang waktu petang. Hehe.. Lepas nie dah tak ada dah nak kena serang dengan monyet-monyet kat sini. Haha!
Oh Allah, rasa macam baru semalam ayah , Abg Eman dan Kak Eja hantar aku kat sini. Kemas locker aku.. Hari nie dah packing semula masuk dalam beg. I will never forget my memories here :)
Good bye Chaos 1209
Good bye Seroja 1
Good bye UiTM Shah Alam
Au Revoir..
No comments:
Post a Comment