Wednesday, 21 May 2014

Puteri Harbour Family Indoor Theme park


Bismillah..

Sorry for late update. I'm quite busy tido-ing. Kekeke..

Seperti dijanjikan sebelum nie, nak story morry pasal trip ditaja khas oleh my 3rd bro, Abg Lan & SIL, Kak Erna ke Sanrio Hello Kitty Town yang terletak di Nusajaya, Johor.


BIG APPRECIATION TO THEM FOR THE TREAT! =D

Kenapa aku caps lock besar-besar? Hahaha. Ianya sebagai tanda TERIMA KASIH sebab sudi bayarkan harga tiket yang sikit lagi nak sampai RM100 :P Kitaorang amik tiket Two Park Pass and with this pass, we are allowed to visit Sanrio Hello Kitty Town and Little Big Club.




And free drink at Lat's Place from 11am until 7pm.


Area luar Lat's Place. *Tapi tak ambik pun free drink :P*


1stly, korang dah boleh agak kan ini tempat apa. Yes, ianya sejenis indoor themepark yang bagi aku selesa dan okey untuk bawa anak-anak kecik sebab tak panas. Tapi bila mengenangkan price nya.. (oh price sebenar RM85 tapi mesti kena tunjukkan IC untuk dapatkan price nie..) , hmm aku rasa dalam 10 minit korang boleh habis tawaf kot kawasan dalam Hello Kitty Town. Thats the cons.



Well aku mulakan dengan Sanrio Hello Kitty Town.


1) Masuk je dalam tue, memang seluruh kawasan tu akan terpampang dengan muka Hello Kitty je. Pinky shineee gitew. Well chidlren of course lah akan attracted dengan keindahan disekeliling sebab cantik dengan lampu-lampu, decorations bla bla..

2) Dihiburkan dengan "Hello Kitty show" dekat stage. So adalah kita nampak Si Kitty nie menari-nari atas stage. (Gambaran seperti korang tengok Hi5 tu.. Kehkeh). Lepas Si Kitty habis show, boleh la selfie dengan dia. Oh yea, Kitty rupanya ada boyfriend named as Dear Daniel *baru tahu..>.<


Eventually, Anis dapat jugak jumpa Hello Kitty depan-depan :)

3) Kemudian, ke beberapa rumah Kitty. Rumah 1st, kita akan decorate cookies yang bentuk muka si Kitty nie dengan peralatan yang diberi and after that, kita boleh makan cookies tue.


Taraaah! Yang pink tu actually gula yang dikalerkan. Rendam dengan sirap kut. 
Then yang mata and misai tue normal lah, gune Hershey's rasanya. ^,^

Huh burok gile aku buat. Tangan tak kreatif memang cenggitu.


My 3rd bro's family... cute and small..
 Terima kasih kepada mereka yang sudi menaja aku. *terharu sikit :')*

Oh Anis! baru pandang kamera, Ahahaha..



Ini dapur di rumah Hello Kitty dan aku yang buat buat rajin disitu. ". ."

4) Then, moved ke rumah kedua. Hmm lebih sesuai dipanggil bilik kut. Okey, bilik kedua. Photography session dengan kostume Hello Kitty... Nice one.. 



Tak faham aku kenapa abangku tak mahu pakai kostume nie. Melawakkan barangkali?
Baru perasan kostume iolls sama dengan Anis, hikhik.

6)  Kemudian, kami ke Hello Kitty Town Black Wonder


Bahagian nie pula kitaorang macam kena main satu game cari hint la.. Alkisahnya Hello Kitty nie kena culik, so koranglah yang kena selamatkan dia.*Nampak tak kat atas tu due ekor Hello Kitty kena kurung..* Sekali pandang, kawasan nie macam dalam cite Pirates of the Carribean. Dengan kena cari guna lampu nie..


Kena guna lampu nie untuk cari hint kat map.

Ikut hati, aku memang malas gila nak teka-teka password dan hampir give-up.
Tapi pekerja situ memang sungguh-sungguh suruh aku habiskan mission nie.
*siap pancing lagi nak bagi sijil if menang :P

Maka dengan itu, aku dengan Kak Erna strunggle lah cari balik hint untuk lepas si kucing nie.

Then setelah dapat, rupanya passwordnya adalah "K I T T Y"

And me is like "huhhhhhh!"

Hahahaha. Sengaja je nak bagi thrill kan. Akhirnya barulah...


Hello Kitty senyum sebab dah dilepaskan.. :)


Sijil yang dijanjikan.. Sweet like sugar kan. :P





Lepas pusing pusing kawasan dalam tu, maka kami moved ke tingkat seterusnya..



LITTLE BIG CLUB



Seperti gambar diatas, dalam LBC terdapat kartun Thomas & friends, Angelina Ballerina, Barney, Pingu dan BoB n Builder. Kat sini rasanya sesuai untuk budak budak kecik lelaki. Yelah yang Hello Kitty lebih sesuai dengan perempuan, kat sini untuk lelaki la pula. 

Memang havoc and exciting. Even aku nie sekali pandang ingatkan mak kepada si Anis, aku tanpa segan silu ride permainan yang ada. Not only me, my SIL pun sekali but dia temankan Anis la..

Muka tak tahu segan betei la aku nie. Kikiki :P


Ahaks. Zaman iolls kecik dulu takde menatang nie lagi, 
itu yang excited lebih. Kakaka


Again with our family portrait atas train ala ala kat Times Square

Eh sedondon merah? What the heck!? 

Nie pulak ermm anybody knows who is he? I forgot already..
I found him merayau rayau dekat tingkat atas LBC =.=



The most cute cartoon instead of Hello Kitty i think.. Angelina Ballerina.
Eventhoo dia hanyalah seekor tikus yang bermimpi untuk menari ballet.
^_____^


Daydream with magical stick! >,>


Dan setelah berpuas hati selfie dan ride bermacam macam benda sampai tak henggat dunia,
kami pun beransur pulang. oh yea last but not least

Our memory that need to bring home..



My SIL said she wants to paste it at her daughter's room
(also surrounded by pink colour..!) 


We had ended our enjoyable trip with a couple glass of ice - blended (SHARING!)
*juga ditaja oleh Abg Lan, huh geleng kepala iolls, ekcelli tak mintak pun suruh beli*


Setelah keluar dari Nusajaya, ingatkan balik KL terus. Rupanya menyinggah pula kat sini...


Johor Premium Outlet

Adalah dimaklumkan aku tak shopping apa pun. Cuma stop makan, solat semua.

Aku dan Abg Lan shopping mata jer.. Yes, memang murah sikit lah dekat sini. 20% off dari price biasa.

Padini pulak memang mengancam hatiku. Ada ke time tue, jeans tinggal RM39 hengget je! 

PDI kot!! Tapi duit makin menyusut. Nanti-nantilah..


My SIL? Ada kot borong sikit. Abg Lan cakap nanti kumpul duit dan boleh datang lagi. 
Ahaha tak tahu la tahun bila. Tunggu aku kawin la senang. 
Beli barang hantaran kat sini. Kikiki.


*This outlet memang nak generate economic sebab attracting Singaporean untuk shopping disitu.*


Selesai semua , kami gerak balik Ampang. 
*sampai pukul dua pagi >.<*

Tak balik Palam terus sebab Abg Lan tak larat gile nak hantar.


End of my Johore trip :)




*Lepas nie boleh kumpul duit, trip ke USS pulak.


Till then...

Sunday, 11 May 2014

Indeed


Bismillah,

Petikan dibawah aku dapat dari blog Kak RYEHANNA.

Pada aku,  kata-kata paling tepat buat diri aku sekarang nie...



"Kenapa ya... bila aku ketemu insan yang aku senangi, aku seringkali melukakan perasaan mereka?

Kenapa ya... bila aku ketemu mereka yang mengasihiku, aku seringkali menjauhkan diri walaupun sememangnya kasih itu yang ku cari?

Kenapa ya... bila seseorang itu mengatakan betapa dia sukakan aku, aku sangat-sangat sukar mahu mempercayai katanya itu?"


Semoga Allah mendengar doaku dan biarlah jodoh ku bersama orang yang tidak pernah mengenali ku namun aku mengenalinya.."


Amin..



Till then..

Wedding kezen di Kluang, Johor


Bismillah..

Selamat kembali ke sekolah. Walau dah cuti dekat enam hari, hari nie (Selasa) masih lagi tiada kelas. Hehehe. Alhamdulillah journey ke Johor berjalan lancar dan selamat pergi dan balik. Selesai akhirnya majlis perkahwinan sepupu aku kat Kluang nun. Apapun selamat pengantin baru diucapkan buat Kak Leen dan suami.



Sebagai orang utara, pastinya aku akan sedikit jakun bila tengok tradisi perkahwinan negeri negeri lain. Tentu sekali, negeri negeri Selatan (obviously Johor, Melaka dan N9). Tapi yang sepupu aku nie, katanya ikut tradisi orang Johor. Ada sesi "tol" dan acara " baling gula-gula kepada kanak-kanak".

Okey bagi yang tak pernah experience acara-acara seperti ini, meh sini aku nak story. Yang TAK PERNAH tau. :D

1) Acara kutip tol : Macam di kenduri sepupu, pengantin lelaki di block supaya tak masuk di kawasan pelamin. Pengantin perempuan pula akan duduk di atas pelamin sambil wajahnya ditutup dengan kipas tangan. Setelah pengantin lelaki berjaya memberikan beberapa wang tol yang diminta, barulah dia akan dilepaskan ke pelamin. Tapi di block kali kedua untuk tol kedua dan seterusnya tol ketiga (yang dijaga oleh pengapit). Sekiranya pengapit berpuas hati, dia akan dilepaskan untuk disandingkan bersama pasangan pengantin perempuannya.

2) Acara membaling gula-gula : Macam biasa. Gula-gula akan dilemparkan dan kanak kanak akan berebut untuk mengutip gula gula berkenaan dilantai. Dibelakang gula-gula tersebut, telah dilekatkan duit syiling 10sen, 20sen atau 50sen. Haa, macam niece aku, total kutipan dia peroleh adalah RM1.40. Hahaha itupun dia rasa dah besar sangat. :P

Selain dari acara-acara diatas, macam biasalah.. kita dapat mengeratkan lagi silaturahim antara keluarga jauh dan dekat. Well malas nak kupas banyak. Ayat yang keluar akan klise.


Yang dari kiri berbaju merah ala JDT tu family Abg Lan, abg ketiga iolls.
Yang tengah tue konfemlah pengantinnya.
Yang kanan berwarna gelap tu ayah, ummi dan Muaz (step nephew)


Nie pula whole family Abg Long..
Dari kiri : Fateha Alya, Haqimi dan Fateha Amira.



This pic takde filter. Ahaks suker pulak akak tengok muka.
 Macam pakai Wonderglow :P
Aku ikut tema pengantin. Kikiki


With my nieces.. Kelabu tu Fateha Alya. Niece yang selalu ikut aku kemana saja aku jalan.
Yang kecik comey tu Anis Musyrifah
Haih dia nie dari gambar atas sampai bawah asyik main dengan bunga tu, hai lah Anis..



Last but note least, sempat jugak aku ber-Henna time majlis berinai. Kehkeh. Sebelah RM5. Memang aku nak pakai sebelah pun and nak yang paling simple serta cepat pudar. And YES, setelah seminggu dah pudar sikit-sikit. Aku yang request dari India tu nak light henna. =D

So lepas kenduri beransur ke penghujung, aku dan family mohon diri sebab akak ipaq nak g mencari coconut shake di Parit Raja, Batu Pahat..

Itu sahaja.. Cerita kenduri di Kluang. Apa yang aku ingat, daging kambung masak hitamnya sedap, goodies bag best dan bunga telur kelakar sebab letak telur masin ( yang kaler putih) tue dan lauk pauk kenduri kesyukuran sedap sebab masak sendiri ( actually terliur pasal nasi panas, gulai pisang and sambal belacan jer. ahaha)

Till then.




#Entry ini sudah dikarang Selasa lepas but baru dipublishkan berikutan tuan belog kedaung terlupa nak publish. Sekian

.

Next entry pasal Hell-o Kitty ;)

Jalan Jalan Cari Makan : Edisi Johor


Bismillah..

Johor memang terkenal dengan makanan yang sedap..

Antara daerah yang sempat aku lawat adalah Kluang, Batu Pahat, Ayer Hitam dan Johor Bahru.

1) Kluang.
-Di daerah nie, aku berpeluang mengunjungi tempat popular disini iaitu Kluang Station yang terletak di Stesen Keretapi Kluang. Makanan popular semestinya roti bakar. Mentega yang ada dalam roti bakar tu memang sangat best sebabnya tak cair dan bentuk serupa cheesedale yang di potong. Tapi aku makan se-slice sebabnya aku lagi tertumpu pada half boiled egg. Kehkeh. Lama dah aku teringin nak makan huhu.

Kedua, dapatlah merasa ABC Tabur (kalau orang Utara kata, ABC Taboqq) di Gerai Kak Esah. Aku tak sure kawasan tu nama apa. Yang aku tahu gerai tu dalam kawasan perumahan dan dekat dengan Taman Intan (seberang jalan Taman Intan). Sorry iolls lupe nak check kordinate coz malam tu iolls sakit kepala yang teramat sangat.

2) Batu Pahat
-Sebenarnya tak disengajakan pun nak sampai Batu Pahat. Kak ipaq aku nak mencari coconut shake dekat depan UTHM tu tapi takde rezeki untuk dia sebabnya kedai tue tutup. Maka kami meneruskan perjalanan ke Batu Pahat (Kata signboard berapa jauh lagi nak sampai situ). Sekali pandang, kawasan bandar BP macam Lumut. Huhu..


Di daerah ini, kami sempat mencuba beberapa makanan Johor yang bagi aku sedap juga.

1) Putu Piring
(Sumber : Google)

Putu piring nie beli kat tepi jalan berhadapan Hospital Pakar Putra, Batu Pahat. Rasa tue, ermm not bad :)

2) Briyani Gam
Sumber : Google

Briyani Gam yang makan lain sedikit dari gambar yang diatas. Masa aku tunjukkan gambar briyani gam yang aku makan pada mak tiri aku yang juga origin dari Johor, dia cakap yang aku makan tu bukan briyani gam tapi briyani biasa. Hmmphh. Sepatutnya makan kedai satu lagi tapi tutup pulak habis awal.


3) Kacang Pool

Yang ini memang sedap. Orang panggil "Kacang Pool Larkin" dan di Batu Pahat tu adalah cawangannya. Mati-mati aku ingat kacang pool tu macam kuah kacang rupanya bukan.Yang pasti rasanya sedap. Tak pernah jumpa lagi , dan 1st time makan.

4) Mee Racun
Sumber : Google

Ini gambar Google. Harap maklum. Yang aku makan dulu, mee nya tak berbukit cenggini. Separuh dan kurang isi dalam tue. Yang pasti, aku nyaris tersilap ingatkan mee hailam. Hoho.


5) Murtabak Cheese 

Sumber: Google


Hmm camni kot rasanya murtabak cheese yang aku makan dulu. Yang aku pesan tu murtabak untuk dua orang makan. Boleh tahanlah rasanya. Not bad.

Selain tu, otak-otak. Aku tak perlu kot nak tunjuk otak otak tu cemana rupanya. Guarantee korang semua tahu. Lagipun, otak otak dah jemu makan sebab ayah selalu bawa balik dari JB. ;)

S : Kenapa semua gambar di sini adalah gambar gugel dan bukannya gambar aku sendiri? 
J : Aku dah amik semua gambar menarik untuk diabadikan dalam belog aku yang tak seberapa ni. But malangnya fone Sony White melecun aku sakit dan tak boleh on.So sekarang di dalam waranti di Sony Centre. 

But credit to them yang amik pics diatas. adalah jugak aku dapat tunjukkan pada korang rupa makanan yang aku makan di BP.


3) Parit Raja
-Of course Coconut Shake. Beria ria kak ipaq aku bawak satu family konvoi dua kereta dari Kluang ke Parit Raja lepas kenduri semata mata nak makan coconut shake disini. Yang kami try tue berhadapan UTHM. 


Sumber : Google


Selepas try coconut shake, kami kembali ke Ayer Hitam. Disini memang kawasan orang bershopping pun. Macam-macam barangan seperti tembikar, buah-buahan tempatan dan tentu sekali patung-patung comels comels tah hengat seperti Pink Panther, Spongebob, Elmo dan lain lain. Aku ? Tak beli apa pun , cuma belanja Fateha Alya & Muaz (anak saudara) makan ais krim goyang.Hahaha pity them. Well ur mak sedara tak keja lagi okey nak belanja lebih lebih.

Time weekend, memang kawasan Ayer Hitam akan jadi jem sikit. No worries and very common environment. Dan disini juga ada banyak kedai yang menjual barang-barang perkahwinan macam bunga telur semua tue. Selain dari Nilai, why not try sini pula kan?

Setelah settle hal kat Kluang, kami gerak ke JB. Check in hotel dan keluar semula untuk family dinner dekat Stulang Laut. Kalau tak, sis in law, Kak Erna nak makan kat Snibung, tapi ummi cakap situ mahal dan boleh cecah RM500-600. Hmm scary kan?

Pic yang dicapture menggunakan Experia MINIkus aku.. 

Itu je lah yang aku nak share and nak letak dalam entry kali nie sebagai tanda ingatan untuk diri sendiri dihari depan.  Well banyak lagi entry bertangguh yang nak aku post.

Till then..