Sunday, 11 May 2014

Wedding kezen di Kluang, Johor


Bismillah..

Selamat kembali ke sekolah. Walau dah cuti dekat enam hari, hari nie (Selasa) masih lagi tiada kelas. Hehehe. Alhamdulillah journey ke Johor berjalan lancar dan selamat pergi dan balik. Selesai akhirnya majlis perkahwinan sepupu aku kat Kluang nun. Apapun selamat pengantin baru diucapkan buat Kak Leen dan suami.



Sebagai orang utara, pastinya aku akan sedikit jakun bila tengok tradisi perkahwinan negeri negeri lain. Tentu sekali, negeri negeri Selatan (obviously Johor, Melaka dan N9). Tapi yang sepupu aku nie, katanya ikut tradisi orang Johor. Ada sesi "tol" dan acara " baling gula-gula kepada kanak-kanak".

Okey bagi yang tak pernah experience acara-acara seperti ini, meh sini aku nak story. Yang TAK PERNAH tau. :D

1) Acara kutip tol : Macam di kenduri sepupu, pengantin lelaki di block supaya tak masuk di kawasan pelamin. Pengantin perempuan pula akan duduk di atas pelamin sambil wajahnya ditutup dengan kipas tangan. Setelah pengantin lelaki berjaya memberikan beberapa wang tol yang diminta, barulah dia akan dilepaskan ke pelamin. Tapi di block kali kedua untuk tol kedua dan seterusnya tol ketiga (yang dijaga oleh pengapit). Sekiranya pengapit berpuas hati, dia akan dilepaskan untuk disandingkan bersama pasangan pengantin perempuannya.

2) Acara membaling gula-gula : Macam biasa. Gula-gula akan dilemparkan dan kanak kanak akan berebut untuk mengutip gula gula berkenaan dilantai. Dibelakang gula-gula tersebut, telah dilekatkan duit syiling 10sen, 20sen atau 50sen. Haa, macam niece aku, total kutipan dia peroleh adalah RM1.40. Hahaha itupun dia rasa dah besar sangat. :P

Selain dari acara-acara diatas, macam biasalah.. kita dapat mengeratkan lagi silaturahim antara keluarga jauh dan dekat. Well malas nak kupas banyak. Ayat yang keluar akan klise.


Yang dari kiri berbaju merah ala JDT tu family Abg Lan, abg ketiga iolls.
Yang tengah tue konfemlah pengantinnya.
Yang kanan berwarna gelap tu ayah, ummi dan Muaz (step nephew)


Nie pula whole family Abg Long..
Dari kiri : Fateha Alya, Haqimi dan Fateha Amira.



This pic takde filter. Ahaks suker pulak akak tengok muka.
 Macam pakai Wonderglow :P
Aku ikut tema pengantin. Kikiki


With my nieces.. Kelabu tu Fateha Alya. Niece yang selalu ikut aku kemana saja aku jalan.
Yang kecik comey tu Anis Musyrifah
Haih dia nie dari gambar atas sampai bawah asyik main dengan bunga tu, hai lah Anis..



Last but note least, sempat jugak aku ber-Henna time majlis berinai. Kehkeh. Sebelah RM5. Memang aku nak pakai sebelah pun and nak yang paling simple serta cepat pudar. And YES, setelah seminggu dah pudar sikit-sikit. Aku yang request dari India tu nak light henna. =D

So lepas kenduri beransur ke penghujung, aku dan family mohon diri sebab akak ipaq nak g mencari coconut shake di Parit Raja, Batu Pahat..

Itu sahaja.. Cerita kenduri di Kluang. Apa yang aku ingat, daging kambung masak hitamnya sedap, goodies bag best dan bunga telur kelakar sebab letak telur masin ( yang kaler putih) tue dan lauk pauk kenduri kesyukuran sedap sebab masak sendiri ( actually terliur pasal nasi panas, gulai pisang and sambal belacan jer. ahaha)

Till then.




#Entry ini sudah dikarang Selasa lepas but baru dipublishkan berikutan tuan belog kedaung terlupa nak publish. Sekian

.

Next entry pasal Hell-o Kitty ;)

No comments:

Post a Comment