Bismillah..
Johor memang terkenal dengan makanan yang sedap..
Antara daerah yang sempat aku lawat adalah Kluang, Batu Pahat, Ayer Hitam dan Johor Bahru.
1) Kluang.
-Di daerah nie, aku berpeluang mengunjungi tempat popular disini iaitu Kluang Station yang terletak di Stesen Keretapi Kluang. Makanan popular semestinya roti bakar. Mentega yang ada dalam roti bakar tu memang sangat best sebabnya tak cair dan bentuk serupa cheesedale yang di potong. Tapi aku makan se-slice sebabnya aku lagi tertumpu pada half boiled egg. Kehkeh. Lama dah aku teringin nak makan huhu.
Kedua, dapatlah merasa ABC Tabur (kalau orang Utara kata, ABC Taboqq) di Gerai Kak Esah. Aku tak sure kawasan tu nama apa. Yang aku tahu gerai tu dalam kawasan perumahan dan dekat dengan Taman Intan (seberang jalan Taman Intan). Sorry iolls lupe nak check kordinate coz malam tu iolls sakit kepala yang teramat sangat.
2) Batu Pahat
-Sebenarnya tak disengajakan pun nak sampai Batu Pahat. Kak ipaq aku nak mencari coconut shake dekat depan UTHM tu tapi takde rezeki untuk dia sebabnya kedai tue tutup. Maka kami meneruskan perjalanan ke Batu Pahat (Kata signboard berapa jauh lagi nak sampai situ). Sekali pandang, kawasan bandar BP macam Lumut. Huhu..
Di daerah ini, kami sempat mencuba beberapa makanan Johor yang bagi aku sedap juga.
1) Putu Piring
(Sumber : Google)
2) Briyani Gam
Sumber : Google
Briyani Gam yang makan lain sedikit dari gambar yang diatas. Masa aku tunjukkan gambar briyani gam yang aku makan pada mak tiri aku yang juga origin dari Johor, dia cakap yang aku makan tu bukan briyani gam tapi briyani biasa. Hmmphh. Sepatutnya makan kedai satu lagi tapi tutup pulak habis awal.
3) Kacang Pool
Sumber : eyriqazz.blogspot.com
Yang ini memang sedap. Orang panggil "Kacang Pool Larkin" dan di Batu Pahat tu adalah cawangannya. Mati-mati aku ingat kacang pool tu macam kuah kacang rupanya bukan.Yang pasti rasanya sedap. Tak pernah jumpa lagi , dan 1st time makan.
4) Mee Racun
Sumber : Google
Ini gambar Google. Harap maklum. Yang aku makan dulu, mee nya tak berbukit cenggini. Separuh dan kurang isi dalam tue. Yang pasti, aku nyaris tersilap ingatkan mee hailam. Hoho.
5) Murtabak Cheese
Sumber: Google
Hmm camni kot rasanya murtabak cheese yang aku makan dulu. Yang aku pesan tu murtabak untuk dua orang makan. Boleh tahanlah rasanya. Not bad.
Selain tu, otak-otak. Aku tak perlu kot nak tunjuk otak otak tu cemana rupanya. Guarantee korang semua tahu. Lagipun, otak otak dah jemu makan sebab ayah selalu bawa balik dari JB. ;)
S : Kenapa semua gambar di sini adalah gambar gugel dan bukannya gambar aku sendiri?
J : Aku dah amik semua gambar menarik untuk diabadikan dalam belog aku yang tak seberapa ni. But malangnya fone Sony White melecun aku sakit dan tak boleh on.So sekarang di dalam waranti di Sony Centre.
But credit to them yang amik pics diatas. adalah jugak aku dapat tunjukkan pada korang rupa makanan yang aku makan di BP.
3) Parit Raja
-Of course Coconut Shake. Beria ria kak ipaq aku bawak satu family konvoi dua kereta dari Kluang ke Parit Raja lepas kenduri semata mata nak makan coconut shake disini. Yang kami try tue berhadapan UTHM.
Sumber : Google
Time weekend, memang kawasan Ayer Hitam akan jadi jem sikit. No worries and very common environment. Dan disini juga ada banyak kedai yang menjual barang-barang perkahwinan macam bunga telur semua tue. Selain dari Nilai, why not try sini pula kan?
Setelah settle hal kat Kluang, kami gerak ke JB. Check in hotel dan keluar semula untuk family dinner dekat Stulang Laut. Kalau tak, sis in law, Kak Erna nak makan kat Snibung, tapi ummi cakap situ mahal dan boleh cecah RM500-600. Hmm scary kan?
Pic yang dicapture menggunakan Experia MINIkus aku..
Itu je lah yang aku nak share and nak letak dalam entry kali nie sebagai tanda ingatan untuk diri sendiri dihari depan. Well banyak lagi entry bertangguh yang nak aku post.
Till then..
No comments:
Post a Comment