Sunday, 22 March 2015

Alhamdulillah





Bismillah

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang memberi kekuatan kepada ku selama ini

Alhamdulillah atas segala ujian sebelum nie yang mematangkan diri dan membuatkan aku belajar dari kesilapan.

Alhamdulillah atas kenikmatan yang Dia beri setelah menguji ku dengan dugaan besar dahulu.

Alhamdulillah untuk keluarga yang memahami dan sentiasa disisi bila ditimpa kesusahan.

Alhamdulillah dengan persahabatan. Ditipu oleh seorang adik yang konon mengganggap aku "kakak"
dan Allah kurniakan rakan-rakan lain yang membangkitkan kembali keceriaan yang terpadam sebelum nie.

Alhamdulillah untuk rezeki keputusan peperiksaan yang agak baik dan kemasukan tempat tinggal di kolej seawal yang mungkin berbeza dari semester-semester lepas.

Alhamdulillah untuk rezeki menyambung pelajaran. Walaupun takut, dah nak sampai juga keakhiran degree tak lama lagi. Dan walaupun hanya biasa-biasa, namun dapat merasa kehidupan sebagai pelajar universiti.

Alhamdulillah untuk makanan yang sentiasa cukup walau kadangkala sempit, tapi tak pernah lagi sampai tak makan.

Alhamdulillah menemui rakan yang dimana tidak pernah berjumpa namun mengenali menerusi rakan tapi memahami dan sanggup menolong diri ini taktala dirundum kesusahan.

Alhamdulillah trip ke luar negara hampir menjadi realiti.

Alhamdulillah dengan abang yang sanggup hantar balik Puncak Alam hampir setiap hujung minggu tanpa meminta se-sen duit minyak mahupun tol.

Alhamdulillah dengan abang yang menyediakan kereta untukku ulang alik ke tempat kerja mencari rezeki dan mencarikanku pekerjaan..

Alhamdulillah dengan rumah kecilku walaupun kecil tapi penuh rasa kedamaian. seolah-olah hilang masalah taktala berada dirumah.

Alhamdulillah untuk pancaidera yang masih berfungsi dengan baik

Alhamdulillah ya Allah.

Banyak lagi yang hendak disebutkan..

Namun hanya Allah yang menegerti betapa bersyukurnya aku atas segala nikmatnya.

Ya Allah, janganlah Kau hilangkan kasih sayang-Mu.. Sentiasa ada denganku, di kala susah dan senang.

Hanya Allah sebaik-baik penjaga..


Alhamdulillah dengan kesyukuran ini..


















Majlis Silang Pedang Navy


Bismillah.

"Nak pegi kenduri pegawai navy kawin ni yeop!"

Gitew semangat ayah aku masa kawan dia call ajak keluar. Maklum ler bekas tentera laut dulu. Bangga betei dia explain setiap inci istiadat silang pedang TLDM tempoh hari. *Semoga anak ayah nanti kawin  silang pedang jugak . KAH!

So here..

My cousin's wedding at Kg Sengat, Simpang Pulai Perak.

Yang pengantin lelaki tu kiranya anak sedara kepada ayah aku coz tok dia (Pakcik Buyong) bapa sedara kepada ayah. Haa begitulah ceritanya bagaimana aku dan dia menjadi "Dua-Pupu".

Well jujur aku cakap aku tak pernah jumpa pun dia nie. Muahaha. But maybe masa kecik dulu pernah kot. Aku pun tak ingat sangat. Yang pasti aku baru teringat rumah tok buyong tu aku pernah datang masa usia aku 6 tahun camtu..

So, sword barrel.

Aku tak pernah tengok orang kawin silang pedang nie. Tahu pun sebab tengok dari Utube je dowh.

Nak tunggu dorang ni berarak memang lama. Dari pukul 12.15pm aku tunggu. Beria makan cepat-cepat takut tak sempat nak snap gambar pengantin berarak bawah pedang. Yang abang-abang navy pun, acah-acah nak kawad padahal warm-up je.Haish laa..><""

So around pukul 1.15pm lepas azan.. barulah mereka standby untuk berarak. Itupun setelah aku dah hentam cendol semangkuk, laksa semangkuk & grape-apple-choc fountain 6 lidi (share dengan makcik aku XD).



Aku try untuk hupload. Taktahu la boleh view ke tidak.








Yang bawah nie a few pictures masa bersanding yang sempat dicaptured.



Gerbang cinta pasangan sejoli.. :')




Pengantin perempuan memang cantik. Abang pengantin cakap student degree kat Sabah.
Untunglah dia dah kahwin.. Aku yang sama dengan dia pun mereput sorang-sorang forever alone.
LOL 



Amboi brader tengah tue, mengantuk ka? Nguap tu jangan lupa tutup mulut. Haish



Kelakor tengok budak kecik kat tengah abang-abang navy tu. 
Aku perasan mak dia panggil suruh keluar tapi dia buat bodoh je. 
KAKAKA pandai eh menyempit kat situ. Gatai~
boleh pulak 


Candies buffet. Comel!
Cumanya.. choc fountain tu agak membuatkan tekak aku tersedak sebab manis gile.
Uhuk-uhuk.





Akhir kata,

Selamat Pengantin Baru buat Leftenan Johari Yusof & pasanganya, Nurul Mieza,

بَارَكَ اللهُ لَكَ ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ ، وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ
May Allah bless for you (your spouse) and bless you, and may He unite both of you in goodness.







*Harap nanti boleh update entry kawin silang pedang sendiri. Tapi nak yang epos boleh? KAHKAH berangan~~

Friday, 6 March 2015

Suara Hati


Bismillah..

Aku bukan nak luahkan "suara hati" aku pada entri ni. Jangan salah anggap. HAHA






Ni nak throwback novel-novel kesukaan aku and "Suara Hati" is one of  my favorite.


Novel Suara Hati by Anis Ayuni.

Aku start baca hujung tahun 2004 dan aku baru darjah 6. The 1st novel aku baca ialah Ombak Rindu ( yang Aaron Aziz & Maya Karin berlakon sekali tuu). Suara Hati pulak aku baca dalam tahun 2006. Masa tu aku pinjam dari sedara kak ipaq aku.. Bila dah kumpul duit sekolah baru aku able beli ni as my own. Budak sekolah kan masa tu. Mana nak ada duit beli bukan-bukan. Duit pun cukup-cukup. 

Sinopsis :

Cerita nie mostly environmentnya di universiti lah.. Kisah Hani Jalina, seorang student yang sangat aktif dengan aktiviti kat U. Then ada kekasih , Haris from other universiti... Singapore kot. Then Haris ni senyapkan diri sebab kena spend more time with family coz adik dia eksiden. At the same time, parents Hani kenalkan dia dengan Amirul Naim, seorang pensyarah di fakulti kejuruteraan di universiti yang sama dengan Hani. Mereka berdua disatukan dan semasa Hani pregnant anak kedua, suami dia, Naim meninggal dunia. Setelah lapan tahun, Hani Jalina bertemu kembali dengan ex-lamanya , Haris dan hidup happily ever after..


1. Novel nie berjaya buatkan aku nangis tak hengat masa tu coz Naim meninggal. Oh seriusly, aku tak boleh if seorang perempuan mengandung kehilangan suami. Aku rasa sangat sebak disitu >.<

2. Aku tak pernah bayangkan artis atau mana-mana selebriti kat dunia ni as their punya roles semua.

3. Disebabkan novel ni, aku jadi berkobar nak masuk unversiti and rasa kehidupan kat U tu best gile. KAH. Poyo pulak aku. 

4. Aku tak suka watak Haris walaupun dia adalah hero cerita ni. Bagi aku, Amirul Naim lagi sesuai untuk Hani Jalina dan aku juga tak boleh terima hakikat watak dia meninggal di tengah cerita. Walau dah 2015, aku still tak boleh terima hakikat. *Poyo kuasa dua*

5. My novel that i love the most. Muah ciked.


Haa gitew. And tak tahu kenapa, aku mesti rasa sebak if aku baca balik novel tu. *kalau part Naim meninggal tu lah..*

Well yang lain ada jugak yang aku minat..

1. Kisah anak bos besar yang mengandung luar nikah kena kawin dengan pak sanggup dia and stay kat kampung. But laki tu tak pernah layan baik pada dia. Aku tak ingat tajuk.

2. Kisah pilot TUDM bercinta dengan orang asli. Lepas aircraft dia terhempas, orang lain sangka dia dah mati but dia diselamatkan oleh tok batin. An unique story.. dan baca di library sekolah dulu. KAH

3. Kesinambungan Ombak Rindu, Cinta..Tiada Akhirnya..Hmm jalan cerita okeylah but dari segi bahasa macam kurang best tak macam Ombak Rindu. Yang ketiga, tak sempat baca sebab takde duit nak beli novel tu. Plus aku dah kurang minat nak baca novel.


Banyak juga novel yang aku dah baca cuma malas nak list. Novel zaman sekarang pulak memang aku tak baca sebab aku rasa nanti akan orang yang adaptasi cerita tu. Better tak payah baca. Aku bersara baca novel umur 15 tahun. Since that time, aku akan pilih novel if nak baca pun. But Suara Hati , aku tetap baca sampai sekarang.*pilih part best, bahagian arwah Naim masih hidup.


Sekian sahaja throwback novel kesayangan, 


till then..

Part time sem 5


Bismillah..

Sudah semester 6.

Aku baru balik cuti sem yang lepas. Syukur Alhamdulillah sebelum masuk sem lagi, aku dah dapat bilik kolej. So tak payah dah nak merempat macam sem-sem lepas. Serius bersyukur.

Pasal part time cuti sem lepas..

Ekcelli kali nie aku dah bersara dari kerja kat Sushi King. Nak tukar angin pulak. Plus aku serius annoying duduk KL lama-lama. Semak kepala je rasa.. I think , back to your hometown is better kot rather than staying at city centre. Hence, my hometown is really really calmy. Bandar warisan kan?

SO, yeaa.. part time di Mc Donalds.

The place that i learnt a lot about management skill, human skill and technical skill. Well even though, it just a simple mimmple part time job, i kinda fun work here.

1. Kita cakap bahasa loghat utagha balik lah. Orang kampung kita kan..
2. Kerja more easierrrr than Sushi King
3. Able to manage my own drawer or simple language nya, jadi cashier.. It takes risk. So i learn how to manage.
4. Setiap kali break, makan free. Wakakaka


Selain dari kerja, aku senang duduk di rumah sendiri. Bukan aku cakap aku tak suka duduk rumah abg aku di Ampang tu but here.. its a home! My home! Setiap hari tidur berbantalkan bantal busuk yang berbulan-bulan ditinggalkan. Muahaha

And the other part, it can look after my own house during my father went to JB. (He came back to JB for my step bro's wedding)... After all, i have my brother to share problems, thoughts and so on..

I love all my brothers and my only dad. I love them so much!

I couldnt imagine if i lost one of them.. I ever feel lost my mother, so for the remaining time, i want to  spend with my family as much as i can. SO that would be one of my reason why i took decision to work here..


Enough sad story..


The first picture is during food handling class at Mc Donalds Autocity Juru, Penang. So, meet my friends (all of them are younger than me.. hahaha) . It such a very good lecture by the way.. Such a nice moment.



And this? Hahaha one of my selfie picture during CNY .

Rasa macam cantik pulak bila bibir aku sama dengan tanglung kat belakang tu. HAHAHA




Last sentence.

You would if you could. 


Till then..