Bismillah..
Aku bukan nak luahkan "suara hati" aku pada entri ni. Jangan salah anggap. HAHA
Ni nak throwback novel-novel kesukaan aku and "Suara Hati" is one of my favorite.
Novel Suara Hati by Anis Ayuni.
Aku start baca hujung tahun 2004 dan aku baru darjah 6. The 1st novel aku baca ialah Ombak Rindu ( yang Aaron Aziz & Maya Karin berlakon sekali tuu). Suara Hati pulak aku baca dalam tahun 2006. Masa tu aku pinjam dari sedara kak ipaq aku.. Bila dah kumpul duit sekolah baru aku able beli ni as my own. Budak sekolah kan masa tu. Mana nak ada duit beli bukan-bukan. Duit pun cukup-cukup.
Sinopsis :
Cerita nie mostly environmentnya di universiti lah.. Kisah Hani Jalina, seorang student yang sangat aktif dengan aktiviti kat U. Then ada kekasih , Haris from other universiti... Singapore kot. Then Haris ni senyapkan diri sebab kena spend more time with family coz adik dia eksiden. At the same time, parents Hani kenalkan dia dengan Amirul Naim, seorang pensyarah di fakulti kejuruteraan di universiti yang sama dengan Hani. Mereka berdua disatukan dan semasa Hani pregnant anak kedua, suami dia, Naim meninggal dunia. Setelah lapan tahun, Hani Jalina bertemu kembali dengan ex-lamanya , Haris dan hidup happily ever after..
1. Novel nie berjaya buatkan aku nangis tak hengat masa tu coz Naim meninggal. Oh seriusly, aku tak boleh if seorang perempuan mengandung kehilangan suami. Aku rasa sangat sebak disitu >.<
2. Aku tak pernah bayangkan artis atau mana-mana selebriti kat dunia ni as their punya roles semua.
3. Disebabkan novel ni, aku jadi berkobar nak masuk unversiti and rasa kehidupan kat U tu best gile. KAH. Poyo pulak aku.
4. Aku tak suka watak Haris walaupun dia adalah hero cerita ni. Bagi aku, Amirul Naim lagi sesuai untuk Hani Jalina dan aku juga tak boleh terima hakikat watak dia meninggal di tengah cerita. Walau dah 2015, aku still tak boleh terima hakikat. *Poyo kuasa dua*
5. My novel that i love the most. Muah ciked.
Haa gitew. And tak tahu kenapa, aku mesti rasa sebak if aku baca balik novel tu. *kalau part Naim meninggal tu lah..*
Well yang lain ada jugak yang aku minat..
1. Kisah anak bos besar yang mengandung luar nikah kena kawin dengan pak sanggup dia and stay kat kampung. But laki tu tak pernah layan baik pada dia. Aku tak ingat tajuk.
2. Kisah pilot TUDM bercinta dengan orang asli. Lepas aircraft dia terhempas, orang lain sangka dia dah mati but dia diselamatkan oleh tok batin. An unique story.. dan baca di library sekolah dulu. KAH
3. Kesinambungan Ombak Rindu, Cinta..Tiada Akhirnya..Hmm jalan cerita okeylah but dari segi bahasa macam kurang best tak macam Ombak Rindu. Yang ketiga, tak sempat baca sebab takde duit nak beli novel tu. Plus aku dah kurang minat nak baca novel.
Banyak juga novel yang aku dah baca cuma malas nak list. Novel zaman sekarang pulak memang aku tak baca sebab aku rasa nanti akan orang yang adaptasi cerita tu. Better tak payah baca. Aku bersara baca novel umur 15 tahun. Since that time, aku akan pilih novel if nak baca pun. But Suara Hati , aku tetap baca sampai sekarang.*pilih part best, bahagian arwah Naim masih hidup.
Sekian sahaja throwback novel kesayangan,
till then..
No comments:
Post a Comment