Sunday, 22 March 2015

Alhamdulillah





Bismillah

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang memberi kekuatan kepada ku selama ini

Alhamdulillah atas segala ujian sebelum nie yang mematangkan diri dan membuatkan aku belajar dari kesilapan.

Alhamdulillah atas kenikmatan yang Dia beri setelah menguji ku dengan dugaan besar dahulu.

Alhamdulillah untuk keluarga yang memahami dan sentiasa disisi bila ditimpa kesusahan.

Alhamdulillah dengan persahabatan. Ditipu oleh seorang adik yang konon mengganggap aku "kakak"
dan Allah kurniakan rakan-rakan lain yang membangkitkan kembali keceriaan yang terpadam sebelum nie.

Alhamdulillah untuk rezeki keputusan peperiksaan yang agak baik dan kemasukan tempat tinggal di kolej seawal yang mungkin berbeza dari semester-semester lepas.

Alhamdulillah untuk rezeki menyambung pelajaran. Walaupun takut, dah nak sampai juga keakhiran degree tak lama lagi. Dan walaupun hanya biasa-biasa, namun dapat merasa kehidupan sebagai pelajar universiti.

Alhamdulillah untuk makanan yang sentiasa cukup walau kadangkala sempit, tapi tak pernah lagi sampai tak makan.

Alhamdulillah menemui rakan yang dimana tidak pernah berjumpa namun mengenali menerusi rakan tapi memahami dan sanggup menolong diri ini taktala dirundum kesusahan.

Alhamdulillah trip ke luar negara hampir menjadi realiti.

Alhamdulillah dengan abang yang sanggup hantar balik Puncak Alam hampir setiap hujung minggu tanpa meminta se-sen duit minyak mahupun tol.

Alhamdulillah dengan abang yang menyediakan kereta untukku ulang alik ke tempat kerja mencari rezeki dan mencarikanku pekerjaan..

Alhamdulillah dengan rumah kecilku walaupun kecil tapi penuh rasa kedamaian. seolah-olah hilang masalah taktala berada dirumah.

Alhamdulillah untuk pancaidera yang masih berfungsi dengan baik

Alhamdulillah ya Allah.

Banyak lagi yang hendak disebutkan..

Namun hanya Allah yang menegerti betapa bersyukurnya aku atas segala nikmatnya.

Ya Allah, janganlah Kau hilangkan kasih sayang-Mu.. Sentiasa ada denganku, di kala susah dan senang.

Hanya Allah sebaik-baik penjaga..


Alhamdulillah dengan kesyukuran ini..


















No comments:

Post a Comment