Bismillah.
It just a quick update actually..
Aku baru je sampai dari Kelantan pukul 9 malam tadi. Sebelum ni dekat 4 hari starting Khamis hingga Ahad berkampung du UiTM Machang. To be specific, Kolej Tun Hussein Onn 1 tak silap aku lah..
Nampak tak permainya UiTM Kelantan disitu? Dikelilingi dengan oksigen =P
Reason aku berada kat sini bukan lah travelling semata-mata, but aku join program CSR under fakulti, FPHP. Lagi senang, Misi Akademik & Khidmat Masyarakat yg bertempat di SMK Machang, Kelantan. Aku kiranya wakil dari course Pelancongan. Majoriti course , Kulinari & Food Service rasanya.. Then, adik kami dari UiTM Dungun, Terengganu pun ada join but as minoriti lah untuk food carving.
Aku dan sorang lagi classmate, Athirah join under Demosntrasi Daging Burger & Mayonese. So kami tolong Sir Zain untuk bagi demo buat patty burger disamping menjadi pembantu gitew. Aku rasa macam nak gelak sebenarnya sepanjang demo tu sebab cikgu2 sekolah tu tak habis2 tanya itu ini pasal buat homemade patty burger and mayonese. Bukan apa, aku ni bukan budak Kulinari pun. And masa demo tu pun, 1st time aku buat semua tu. Kikikiki..
Daging Kisar..
Meh nak share resipi yang aku belajar. Aku rasa korang pun tahu yang patty beger tu boleh buat sendiri je. Kalau pandai modified resepi, konfem meletops macam Burgerbytes ke Abg Burn ke..
RESEPI SIMPLE CK
PATTY BURGER
Daging Kisar
Garam & Lada Sulah (Secukup rasa)
Bahan A (Carrot, Bawang Besar) - Kisar
Bread Crumbs (Serbuk Roti)
Kuning telur
Cara-cara
Gaul semua bahan. Then bentukkkan daging. Ikut korang nak besar ke tebal ke nipis..
Then bakar atas pan.. buh minyak sikit ok. Then rasa-rasa cm dah masak, angkat.
Sedia dihidang :)
HOMEMADE MAYONESE
Minyak olive (healthy sikit)
Kuning telur sebiji
Mustard (suku sudu besar)
Garam & Pepper (secukup rasa)
Distilled vinegar (putihkan warna mayonese tu)
Cara-cara
Masuk kuning telur. kuning je tau
Then masuk garam & lada sulah.
Mustard sikit then pukul or guna mixer.
Sambil tengah mixer tu, tuang olive oil sikit-sikit. PENTING!
Then letak distilled vinegar sikit (SIKIT JE) untuk tukar kaler mayo dari kuning ke putih.
Lepas mixer agakagak macam dah nak jadi mayonese tu, boleh la dihidang bersama daging tadi.
Simple bukan?
Akak -akak Kulinari tengah take over keje kami sebenatar layan pelanggan ;P |
Demo sampai masak, lepas tu bagi adik-adik sekolah rasa. Kenyang depa makan daging free. HAHA |
Meja demonstari yang tak berapa nak kemas.Maklumlah kami kan budak tourism. Tak masuk kitchen. Kitchen rumah ada lah.. kikiki |
Ada lagi demonstrasi lain seperti pastry (cupcakes), table setting dan carving. Memang semua demo-demo ni diserbu pelajar sekolah tu. Tapi yang table setting tu.. more kepada guru-guru lah.
Yang nie pulak carving dari student UiTM Dungun. Kreatif kan?
Aku paling suka yang atas ni.Kalau ada kat Palam, lama dah cilok bawa balik bilik.
Tapi tembikai je yang simpan. Yg lain tu buang masuk bakul sampah dah..
Aktiviti2 lain.. Seperti gotong royong kemas kelas dan lukisan mural pada dinding sekolah. Makanan tengahari berupa Nasi Hadrawart dan segala jenis lauk pauk mcm jelatah, daging, ayam, dessert ( kuih ape ntah..) semua benda tu , budak kulinari dan lecturer yang buat. Total untuk 400 orang makan. Hmm memang makan besar masa tu. Cuma tak besar sangat la, perut rasa nak meletop tibai macam-macam..
So sepanjang kat Kelantan, kami jugak dihidang dengan bermacam jenis makanan yang berbeza. Contoh hari 2nd, dapat nasi dagang & nasi daging. 1st day makan kat rnr & twiggies jerr. 3rd day pula makan, nasi kerabu dan nasi hadrawart. Hari last but not least, nasi berlauk (breakfast). Tengahari n petang makan kat RNR Gua Musang & RNR Gombak. Sendiri beli..
So shopping! HAHA on 2nd day tu, kami ke Rantau Panjang. 3rd, ke Wakaf Che Yeh. On last day, Pasar Siti Khadijah. Bagi aku, lebih kurang je tempat ni. Cuma Pasar SK tu agak unik sikit sebab jual barang basah kan.. So most of the goods sell tu.. local people. Tak tau la kalau ada hat Siam kan.
As tourism conclusion, Kelantan is one of the good example in Sustainable Tourism.
1st - They maximizing local benefits. Eg: Providing meals to tourists based on locally produced foodstuffs.
2nd - Educate tourists about cultural tourism. Cth : Teach us how to kecek in Kelate slang. Hok Aloh!
3rd - Buildings itself, Melambangkan negeri Kelantan dan tulisan jawi yang ada pada signboard.
Certain yang aku boleh bagi fakta sebab apa dia sustaining in their tourism.. Ada lagi , cuma malas nak menaip. Yang lain.. cleanliness. Aku tak kata Kelantan sahaja but other states also involved. TOILET/TANDAS/JAMBAN. Benda ni yang aku tak faham..
We claimed that Malaysian nie agak maju dari negara Asia lain but don't you think our toilets are worst? Based on experience aku ke Indonesia last month (belum update/later on okey), mana ceruk pun aku pergi.. Kat Bandung ke.. Kat Malioboro, Jogja ke.. Kedai makan ke.. Kraton ke.. gunung merapi semua lah.. semuanya bersih dan tak pernah aku jumpa "sesuatu" kat bowl tu. Mereka sangat bersih bab tu. Tapi balik Mesia, i wonder.. kenapa kita tak pentingkan cleanliness tu? Tak guna jadi maju kalau kebersihan kita abaikan. As a tourist, that is one the value we are seeking for? Ko nak masuk ke toilet yang tak bersih?
This one untuk teguran lah.. as a whole.. bukan di Kelate je.. Selangor ni pun bersepah je toilet tak bersih.. Tesco Ampang? Tesco Puncak Alam? hmm lebih kurang je boh. Take note la okey?
Aku admit, Kelantan ni best jugak kalau kita buka mata hati melihat keunikan sesuatu tempat tu. Melainkan kalau jenis seek for entertainment.. Yes, this destination is absolutely NOT in your list to visit. Kat sini lebih kepada cultural activities.Tambah kat Pasar SK tu.. pitam aku tengok sayoq banyak2. Hadoi.. i wish kat Taiping pun ada. Mesti tak la kan? HAHA
Then,environment yang jauh dari kotaraya .. damai je rasa.. more to humble place gitew. Ekcelli aku teringin nak merasa eksrem nyior Wakaf Bharu. gugel map rupanya tempat yg kami visit tu tak sampai situ pun.. Hmmm.. sedih :( Nak shopping pun.. pitih tak berapa nak banyak.. Minggu depan nak balik kampung cuti Gawai break. Nset rosak. Satu lagi dah kecai kena langgaq bas. Haduii.. masalah semua tu.. But aku syukur, Allah beri kesempatan nak rasa jenjalan free dgn fakulti sem terakhir ni.. Rasa lah journey 10-11 jam atas bas pegi-balik Kelantan-Puncak Alam. HUHU....
PASAR SITI KHADIJAH, KB Pasar yang unik, masih ada tinggalan banjir teruk yang melanda penghujung 2014 dulu.. |
Gambar tak banyak sebab phone rosak. So macam malas nak snap banyak-banyak. HAHA.
Till then..
No comments:
Post a Comment