Bismillah..
Di hari kedua .. the breeze of Bandung ;)
Di Bandung, aku kena bangun lebih awal dari Malaysia. Ini kerana waktu siang di sana lebih cepat cerah berbanding di Malaysia. Habis berdandan, aku turun untuk makan. Lepas makan, sambung wefie dengan kawan-kawan kelas.
Bersama cik pembahas kita, Nur Zafirah (Tudung Biru) dan tetanggaku, Cik Fanaa :) |
Cik Ayu Ashari kite, merah mak ngah gitew |
Madam Azah, lecturer kami menyampaikan sumbangan kepada pihak UPI |
The Pariwisata students. From Malaysia with leplep |
Persembahan dari pelajar-pelajar UPI |
Sourvenir dari UPI. Yang cream color tu serius sedap. |
Nasi Ayam Penyet Bandung over again |
Lepas makan, kami bergerak ke Dinas Pariwisata dan Kebudayaan Provinsi Bandung. Kami sekali lagi dapat sourvenir mcm Kartikasari tadi. Dalam tue ada kuih-kuih tradisional dan air mineral. :)
Kami solat dan tukar baju di situ. Setelah siap, kami bergerak ke Pasar Baru, Bandung. Disitu merupakan antara kawasan tumpuan pelancong dari negara kita selain Factory Outlet. Kain-kain pasang, telelung etc memang banyak dijual. Sure rambang mata. Average price untuk sepasang kain around Rp100 000++. Sebelum turun dari bas, tour guide kami ada pesan supaya berhati-hati dengan duit dan belongings kerana banyak pencopet dan peminta sedekah. So jangan simply bagi duit sebab takut diserbu.
Dua jam masa diberikan untuk shopping memang tak cukup, wa cakap sama lu. Mana nak cari telekung untuk Mya, kain pasang lace Kak Erna, kain pasang biru BN Kak Eja, telekung dan kain pasang nak buat baju raya aku. Ohnooo. Tak lupa t-shirt Bandung untuk Syima, Arip dan anak-anak sedara.. Hoho memang rushing gile! *exchange sourvenir sebab Arip belikan sourvenir kat Vietnam untuk aku :P
Psst: tak sempat snap pictures sebab rushingggg! ><
Time's up!
Kami bergegas ke restoran milik travel agent yang kami guna, Etnik Nusantara di Jl Setiabudi. Kami makan agak santai. Restoran tue pun agak cozy, ala-ala hutan dan lampu malap memang romantik habis. KAH!
Aku pesan nasi tembikai dan spagetti. Nak merasa jugak spagetti versi Indonesia. Beberapa minit kemudian, pesanan sampai. Terkejut bila air tembikai kat sini warna hijau muda.Air Tembikai Susu rupanya. Yang merah tu untuk air Guava.
Lepas makan, kami bergerak ke Factory Outlet lupa dah yang mana satu. Cihampelas aku rasa. Kat situ aku just cuci mata sebab tengah saving duit. Kemudian, aku nampak kedai barangan kulit . Attracted dan aku belikan beg kulit tu untuk bro tercinta, Abg Eman. Aku dapat tahu yang dia nak sangat beg kulit dari Bandung. Itu yang gigih gila mencari kat situ. Tapi aku rahsiakan dari dia kononnya nak surprise alih-alih aku lupa nak bawa balik sebab beg tu tertinggal di Ampang. Ceh.
Lepas penat shopping tak henggat (kawan-kawan aku laa), kami bergerak balik ke Hotel Salis. Ekceli, ada rasa hampa sikit sebab aku dah plan nak keluar ke Factory Outlet Rumah Mode dengan Ayu Ashari. Addition, Abg Lan beria-ria nak aku survey barangan kat situ. So next trip boleh datang. Tapi masa tak cukup dan trafik kat Bandung sangat teruk! Kami sampai hotel pukul 11 malam. EXHAUSTED!
ENd of Day 2 :)
No comments:
Post a Comment