Bismillah..
Hari keenam yakni hari terakhir disini, kami freeee!
Lepas breakfast, kami ke Malioboro selama dua jam (9-11pagi). Waktu ni kami gunakan untuk beli cenderamata untuk keluarga dan sahabat handai. Aku pun sama. Belikan untuk Abg Eman purse kulit (again!), baju Hello Kitty untuk Anis, keychain untuk kawan-kawan kat Mcd, frdge magnet untuk Cik Ani, t-shirt capong Yogyakarta yang dikirim oleh kawan sekolah, Fitri also for my elder brother. Itupun tak cukup masa lagi.
Ikut hati aku nak shopping sejam je sebab nak rasa spa kat hotel. Murah kot spa harga RM30 kalau nak banding kat Malaysia yang akan cecah ratusan ringgit. Lagi satu sebab mungkin urat dan berlari kot berjalan sakan sepanjang di Indonesia. Nevertheless, tak kesampaian pun. T.T
Balik bilik, kemas barang untuk check out. Berkali-kali check supaya tak tinggal barang. Paling penting, passport mesti kena ada. Lepas luggage dah letak di lobi, pihak agensi loading masuk ke dalam bas. Dan kami? Sesi wefie terakhir di Yogyakarta!
Kami menuju ke kedai bakso in town. Mas Tommy, tour guide kami expresskan rasa sedih sebab kami nak balik. Dan kami semua enjoice kan diri nyanyi lagu Kenangan Terindah by Samsons ramai-ramai. :')
Bakso disitu memang enak banget. Nyummeh! Masih terasa sampai sekarang. Es Teler (minuman buah) pun sedap gile. Tak tahu mana nak cari kalau kat Malaysia. Haihhh..
Ada bezanya dari di Malaysia. Sos pun sedap! |
Es Teler. |
Menunya mbakk. kehkeh |
Yang buat tanda bagus itu Mas Tommy. Capcuiii! HAHAHA with my classmates, From left: Bedah, Me, Kang, & Anas , the Penang Mai Guy. hihi |
Kemudian, kami beredar menuju ke kedai bakpia. Kata Pak Afan, another guide, bakpia itu makanan tradisi orang Yogyakrta. Memang ramai sangat manusia kat situ. Kami ke situ hampir sejam sahaja. Kemudian, kami teruskan perjalanan ke Adisucipto International Airport.
Waktu disini, phone aku very very very about to die! Aku whatsapp awal-awal kat abang aku yang aku akan landing dalam pukul 9 malam waktu Malaysia. Sebab nak suruh dia pickup kat KLIA. Then, jam 5 kami berlepas pulang ke Kuala Lumpur menaiki Air Asia.
Flight kali nie sekali lagi dapat seat sebelah wing dan tingkap.Tapi aku memang banyak kali ketiduran sebab letih. Tapi benda yang buatkan aku terjaga balik bila bau nasi dan kari kurma ayam yang orang seat sebelah makan. Mak aii! Berkeroncong gile perut. Tak sabarrrr nak landing!
Dua jam kemudian.. Oh Malaysia kuuuuu :')
Kami landing around jam 9 lebih.. Cari luggage-check kastam-scan passport kat imigresen then ke arrival hall. Pinjam phone Ilyas nak call abang aku. Nasib jumpa kat Gate 2. Baru nak redha balik KL naik ERL je. Masuk kete minta dia bawa g makan. Lapaq oii!
Jalan di highway KLIA yang luas dan kurang sesak mengingatkan aku dengan Bandung & Yogyakrta yang sesak.. Goodbye Indonesia! Till we meet again ;)
End of my Indonesia trip! |
No comments:
Post a Comment