Sunday, 14 June 2015

DAY 3 - Dari Bandung ke Yogyakarta


Bismillah.

Awal pag selepas sarapan, kami bergegas ke Stasium Bandung untuk menaiki keretapi ke Yogyakarta.



Show off siket! Muahaha



Selepas tiket diagihkan, kami bergerak masuk ke gerabak keretapi. Rasanya, kami dapat 1st class kot. Keadaan train selesa. Disediakan bantal. Cumanya kalau korang lapar, akan ada stewardess keretapi yang datang menjual nasi goreng dan korang kena membayar sekiranya korang ambil. 



Oleh sebab pihak agensi dah sediakan makanan (seperti gambar diatas), aku decide untuk tak nak beli. Makanan yang diatas tu lebih kurang macam nasi ayam KFC kalau di Malaysia. Ada nasi putih, ayam goreng ala KFC seketul dan sos sambal peket. Disediakan bersama air mineral oleh pihak agensi. Yang bawah (biru) tu, bantal kecil yang disediakan pihak train untuk korang buat bantal peluk. Harga tiket untuk kelas aku around RM90 after convert. *Sorry aku lupa berapa dalam Rupiah..



Perjalanan ke Yogyakarta mengambil masa kira-kira 8 jam. Disekitar kiri kanan jalan memang korang akan disajikan dengan pemandangan paddy field dan bukit-bukit yang indah. Lebih kurang macam pemandangan di Kedah. Beberapa minit lepas keretapi bertolak, aku memang tidur mati sebab penat dua hari tak cukup tidur. Aku bangun pun dah dekat pukul 1 petang. HAHA 4 jam kelenaan tak sedar apa. Gile!

Pukul 3 petang camtu, kami tiba di Stasiun Yogyakarta. Bas Pariwisata dah sedia menunggu. Kami bergerak ke Hotel Gowongan Inn yang jaraknya kira-kira 10 minit dari stesen tersebut. Trafik di Jogja sedikit kurang sesak berbanding Bandung. Tak adalah aku sakit kepala sangat. Huhu..

Lepas check-in, kami berehat sebenatar sebelum makan malam jam 7 nanti. Masuk bilik, tetangga saya cakap air shower tak ada. Then terjadilah beberapa masalah teknikal tapi Alhamdulillah selesai lepas panggil technician. Bilik hotel yang kami dapat kat sini lebih besar berbanding di Bandung. Dan lebih menyeramkan.. Serius!

Jam 8, kami makan malam. Kemudian keluar merayap di sekitar Bandar Malioboro. Kami kesana menggunakan perkhidmatan becak yang disediakan pihak hotel. Bayaran dikenakan lebih kurang RM15. Abang becak kami baik banget. Sebelum hujan turun lagi, dia dah tutupkan becak dengan plastik agar kami tak basah. Tapi aku ni degil. Aku ingat belum hujan dan minta dia buka balik sebab tak puas nak tengok jalan. Suku perjalanan, hujan lebat mencurah dan abang tadi turun pasangkan balik plastik tu. HAHA kan dah kata. 







Di Malioboro, banyak t-shirt yang lagi cantik, unik dan cute dari Bandung. Rasa menyesal pula beli awal-awal. Memang macam-macam barangan sourvenir yang dijual. Pakaian pulak banyak bercorak batik Indonesia. Tapi key chain.. banyak yang gambar kuil dan family aku pula macam tak nak sebab korang faham sendiri lah.

Balik hotel kemudian melenakan diri. Tamat hari ketiga yang santai :)

No comments:

Post a Comment