Sunday, 14 June 2015

DAY 4 - Yogyakarta Precious Attractions!


Bismillah.


Terimalah pose tak seberapa dari Yogyakarta, Kota Sejarah :)

Good morning!


Destinasi pertama - Gunung Merapi.

Perjalan ke sana mengambil masa lebih kurang satu jam. Gunung Merapi ni masih lagi aktif dan pada tahun 2006, sudah meletus dan mengorbankan dua nyawa yang terperangkap di bawah tanah. Rasanya tahun lepas, ada meletus tapi tak sebesar tahun-tahun sebelumnya. 

Perjalanan ke puncak kena guna jeep. So sesiapa yang nak feeling real roller coaster with 4X4 , bolehlah mai rasa. Memang adventure beb! Suasana disini nyaman. Sangat nyaman! Udara yang dingin walaupun ada matahari, kami disajikan dengan pemandangan yang menghijau di kiri kanan jalan. Tanah disini sangat subur. Warna pun lain, warna hitam.. Warna tanah area gunung berapi memang macamtu. Sangat subur dan memang dijual di bandar. 







Suku perjalanan, kami singgah sebentar di Muzium Merapi. Disini terdapatnya koleksi barang-barang penduduk kampung yang affected masa terjadinya merapi. Paling mengejutkan, kitab suci AL Quran yang tak terbakar walau affected dengan merapi!


Kun Faya Kun.. Terjadilah.. maka terjadilah ia!


SubhanAllah! Bukti kekuasaan Allah SWT! Bukan sahaja AL Quran malah sejadah juga terselamat!



Binatang ternakan, lembu yang dah jadi rangka! 



Sedikit informasi..



Ride or die~

Puncak yang tak sampai puncak lah.. Yang bukit belakang tu lah gunung berapi



Belakang tu gaung sebenarnya. Laluan bagi lava panas merapi. Tanah pun hitam je..
Ada kawasan kat situ masih ada lagi rasa wap panas gunung merapi



Destinasi Kedua - Borobudur Temple

Aku yakin korang familiar bukan? Kuil nie dikhaskan untuk agama Buddha suatu ketika dahulu.Pembinaan yang sistematik. Tour guide yang pula berikan penerangan yang sangat bagus tentang Borobudur. Material batu digunakan dari batu-batan gunung merapi yang dipotong kepada bentuk rectangle.Hmm macamana orang dulu potong batu jadi sangat kemas gitu eh? Misteri sungguh! Tapi ada yang kata kuil tersebut ada kaitan dengan Nabi Sulaiman AS.

Sini terdapat perkhidmatan payung. Kalau sewa sebelum hujan, Rp5000 & sewa waktu hujan Rp10000. Memang buat duit betul. Huh! Kawasan tersebut memang sangat ramai orang WALAUPUN hujan lebat mencurah-curah. Unbelievable!

Borobudur also listed as UNESCO Heritage Site.




Sistematik dan kemas pembinaannya. Persoalan betul!



Gigih walaupun hujan. Steady!


Waktu perjalanan balik, kejadian tak diingini berlaku dan kami terpkasa cancel lawatan sambil shopping kami di Malioboro Town. Makan malam pula, aku ingatkan di Mc Donalds, Malioboro. Disebabkan pihak agensi listkan dalam itinerary. Rupanya... makan di sebuah restoran jawa, Gudeg Mbarek Bu Hj. Amad Selokan, Mataram. Hoho though kak ipaq i orang jawa di Kuala Selangor, dia pun tak tahu apa itu GUDEG! HAHAHA

Nasi Gudeg (Ayam + Kerisik+ Nangka goreng)


Malas nak rotate. Pandai-pandailah baca :P



Teh botol yang rasa seperti Teh Jasmine. Femes seluruh Indonesia! :D


Destinasi Ketiga - Factory Outlet

Tidak gah seperti di Bandung. Tapi anda berpeluang membeli t-shirt berkualiti yang ada gambar Yogyakarta etc. Seperti biasa, aku tak beli. Most of the design bermotifkan kuil Prambanan dan Borobudur. Kata Madam, tak elok jika seseorang tu pakai masuk ke masjid. You know what i mean?

Kemudian balik , siap kan diri..

Lupa nak bagitahu, malam kedua aku di Yogyakarta, aku memang susah nak tidur sebab mungkin aku lawat banyak sangat kuil haritu. Aku whatsapp kak ipar, Kak Erna. Dia nasihatkan suruh baca Yassin dan baca ayat-ayat suci Al Quran. Mungkin aku tak biasa dengan keadaan disini dimana kebanyakkan mereka wajah Melayu tapi agama Hindu. Ada yang Islam tak tak berapa nak banyak macam di Malaysia yang kita sendiri tahu, Melayu itu pasti Islam. Hindu itu bangsa India. Tak kau rasa pelik bila kawasan macam Kuil Batu Caves tu penuh orang Melayu? Of course peliks.

Dan gambar nie (dibawah), yang ada di merata-rata tempat buatkan aku rasa seram sejuk ikat tepi. HOHO No offense. Pandangan aku sebagai umat Islam tapi saya tetap hormati :)





No comments:

Post a Comment