Sunday, 14 June 2015

DAY 4 - Heritage Trail in Yogyakarta!


Bismillah.

Hari keempat yang memenatkan dimulai dengan breakfast terlebih dahulu. Muahehe.

Hye uolls, akak mengantuk lagi ni. Yawning!



Dari kiri : Bedah, Athirah, Aleen, Fanaa (kang) & Me :)




Destinasi pertama - Keraton ( Sultan's Palace)

Disini merupakan kawasan pentadbiran Sultan Jawa di Yogyakarta. Untuk ke situ, bas yang kami naiki kena parking di satu tempat khas. Hanya van sahaja yang dibenarkan untuk hantar pelancong ke Keraton. Di pintu masuk Keraton memang banyak orang menjual-jual. Lebih murah aku rasa. Sebelum sampai lagi, Madam Azah dah pesan suruh usha sekeliling kawasan tue untuk subjek. Camane dia manage tempat tu? Cemana dia limitkan pelancong? Blablablalbla.. Sesungguh proses pembelajaran tak henti di kelas sahaja okey T.T







Di Keraton, mungkin hanya kami je group dari luar negara. Nevertheless, tempat tu masih lagi crowded dengan empat lima group besar yang datang dari lain-lain tempat di Indonesia seperti Bali, Medan, Sulawesi dan lain-lain. Korang kena tahu, walau mereka satu negara tapi jarak antara tempat mereka memang sangat jauh! Sebagai contoh, Semenanjung ke Singapura, Semenanjung ke Sabah/Sarawak whatsuever.


Destinasi kedua - Silverware (silver making)

Tempat pembuatan barang-barang silver. Tempat yang membosankan bagi aku sebab aku tak minat dan tak ada duit nak beli. Walaupun dah tukar currency, aku still rasa tak mampu bila sebuah cincin bernilai RM150 dan keatas. Kbye









Destinasi ketiga - Batik Making

Disini, kami belajar bagaimana pembuatan batik Indonesia yang korang biasa nampak di Langkawi nun. Yer, Langkawi import batik dari Indonesia. Terdapat 99 corak atau lebih batik yang dibuat oleh karyawan-karyawan kilang batik tersebut. Do and Don't disini, korang tak boleh bagi duit kepada pekerja mereka. Then sekali lagi aku rasa boring. Semua benda tak kira lah cadar, baju, kain, seluar, kemeja, bekas tisu blablabla semua bermotifkan corak batik, aku still tak mampu nak beli. Satu baju pun dah bernilai Rp 1 juta, kau rasa? *RM300 after convert..

Demonstration of Batik


Pakcik ni dah kerja lebih dari 50 tahun disitu



Batik Lukis



Tempat bancuh color yang nak di celurkan dengan batik



Batik yang siap dan dijemurkan



Destinasi keempat - Prambanan Temples & Sewu Temples

Di Yogyakarta, memang terdapat banyak kuil-kuil peninggalan sejarah. Salah satunya Prambanan Temples yang sudahpun diwartakan sebagai World Heritage Site oleh UNESCO. Kuil nie untuk agama Hindu. Serius aku tak larat nak naik semua kuil yang ada. Ada juga struktur kuil yang dah jatuh dari tempat asal sebab gempa bumi dulu. Yang sempat aku masuk pun dua tiga yang main temple je. Tak disangka even berada di negara asing, ada budak sekolah sudi nak interview aku pasal negeri Perak! Auwww.. terharunyerrr. Teringat Perak Darul Ridzuan ku. Bagi Sewu Temples yang ada lebih kurang 200++ tapi mostly banyak dah runtuh sebab gempa bumi. Agak sunyi kawasan tu dan of course, menyeramkan. Kami kesini hanya lima minit dan menggunakan khidmat buggy.


Pemandangan dari luar.. 






Muka akak yang penat memanjat kuil :P



Little cutie kids yang interview i tempoh hari.. auww sweet ;)




Destinasi Kelima - Keraton Ratu Boko

Terletak nun di atas bukit. Sampai disitu, kami dihidangkan dengan sebotol air, perisa ikut pilihan masing-masing.Kemudian menapak ke kawasan peninggalan Ratu Boko. Keadaan yang lepas hujan tu membuatkan kami memang kena berhati-hati dengan trek yang licin. Kemudian kami makan malam disitu. Memang cantik melihat pemandangan senja dari atas bukit. Tetiba berangan duduk zaman purba Jawa. :P






Destinasi Keenam - Rama Sita Ballet Show.

Dikatakan Rama & Shinta ni mitos dalam agama Hindu. Cerita tentang sepasang kekasih yang mempunyai cinta sejati yang suci gitew. Persembahan yang berjalan lebih kurang dua jam. Jalan cerita dan persembahan yang menarik. Mencuci mata dengan kehenseman pelakon lelaki mereka yang nampak gagah dari atas stage padahal tak bila tengok dekat-dekat. Wekk :P





Lepas penat, kami menuju ke hotel dengan perjalanan yang memakan masa hampir satu jam. Balik dan melenakan diri.. Kroooh.. End of day 4.


No comments:

Post a Comment